Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Tuesday, September 29, 2009

B dan B..

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..


Kenapa emak di rumah ajar kita jadi anak yang baik?

Kenapa cikgu di sekolah juga mahu kita jadi pelajar yang baik?

Nenek yang di kampung pun mahu kita jadi cucu yang baik..

Kawan-kawan yang baik pun mahu kita jadi kawan yang baik..

Baik.. dan baik..

Menjadi orang yang baik, bererti kita berlaku benar..

Dengan berlaku benar, kita membuat kebaikan..

Iaitu kesukaan dan keredhaan Allah..

Benar dan baik..

Baik dan benar..

Tampak serupa.. Tetapi berbeza kan?

Orang A sentiasa berlaku baik pada kawannya,
tetapi di belakangnya dia mengaibkan kawan itu..

Siapakah si A?

Orang A adalah BAIK pada pandangan kawannya,
tetapi tidak BENAR pada pandangan Allah..

Jadi..
Macammana mahu jadi baik dan benar?

Firman Allah s.w.t :

" Wahai orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kamu kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan yang benar. Niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barang siapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung."

(Surah Al Ahzab : 70-71)

Benar kata-kata Allah..

Dengan menjadi orang yang benar,
Allah pasti menjadikan kita baik.. dan membuat kebaikan..

Jika dulu kita sibuk membuat keburukan dan kesilapan..
Mengukir2 dosa di tanah gersang..

Kini..
Kata-kata Allah s.w.t. telah terbit dimata..
Lalu melintas di taman fikiran..
Kemudian menyusur ke dalam hati..

Ingin pejam mata?
Menghalang laluan-laluan fikiran yang terbuka?
Menutup pintu ke hati?

Sedangkan Allah pun mahu kita berbuat benar dan baik..
Siapalah kita hambaNya untuk menolak?

Ayuh~ mari buat benar dan baik! (^^,)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails