Philosophy
The Pearl of Heart
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~
Saturday, January 31, 2009
tombo ati ( ubat hati ) by Opick
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani
Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi
*lagu ini antara lagu-lagu yang mengaluni hari2 kami di Mukhayyam Khoriji 2009.. memang menenangkan mereka yang mengamati alunan serta maknanya.. =)
Monday, January 26, 2009
Mukhayyam Khoriji 2009
mukhayyam = perkhemahan
* Jungle tracking (aktiviti ini aku tidak turut serta memandangkan kudrat yang x mengizinkan)
seorang kanak2 cuba untuk memecahkan plastik itu
Ketika merejam zionis, aku disuruh untuk merejam batu pada bungkusan air berlambang star zionis yang digantung pada tali.. Jarak untuk merejam lebih kurang 4 meter dan membukit.. Baru aku rasai bagaimana hamasah(semangat) seorang pelontar batu di Palestin.. Hanya ada jihad dalam hati.. Allahu akbar..
( dari kanan Ukhti Wana,Roqaiyah,Rashidah, Rahmah, Friday, January 23, 2009
mengapa begitu?
Assalamu'alaik...
Kalimah agung itu seringkali terlontar dari lidah yang berkata-kata..
" Ya Allah...."
" Astaghfirullah..."
" Subhanallah.."
Tetapi jika diamati akan alunannya.. Ada nada gelak ketawa yang menjadi ekorannya.. Kalimah agung ini umpama suatu kata penyedap bicara tika ingin bersenda.. Jika diputar-putarkan waktu, fikir-fikirlah pasti ada perlakuan ini di sekeliling kita.. seolah kalimah agung ini hilangnya suci tiada erti..
Tetapi andai kita menggunakannya dengan betul pada tempatnya, pasti ada berkatnya di situ.. Hadirkan hati ketika menuturkannya..
" Astaghfirullah.." kata ini disebut apabila kita terlanjur bergelak ketawa.. Tetapi jarang sekali mata ini melihat kelibat yang menyebutnya itu dipenuhi dengan hati yang sesal.. tetapi ia hanya seperti trend gurauan masyarakat Islam kini..
Sepatutnya, jika kalimah " Astaghfirullah.." itu disebut.. Hendaklah ia juga dilintaskan pada hati..
Dengan hati pun turut sama berbisik.."Ampunkan kami ya Allah.."
Itulah IMAN..
Begitulah juga dengan kalimah agung " Ya Allah.."
Masih ada kelibat yang mengucapkannya dengan nada berseloroh..
Tiadakah rasa segan apabila nama Allah s.w.t. itu diseru dengan rasa tidak hormat dan merendah diri..
Bagaimanakah yang sepatutnya Allah s.w.t. memandang hambaNya yang sebegitu?
Jadi..Wajarkah ianya menjadi intipati gurauan.. Fikir-fikirkanlah..
" Assalamu'alaikum..." seringkali pasti ada sahaja sebutannya tidak tepat.. Di dalam majlis ilmu, di tempat-tempat mesyuarat.. Bukankah kalimah ini adalah " Salam sejahtera ke atas kamu.." ?
Doa ini seharusnya disebut bersama hati.. Supaya impaknya terhasil.. Ianya bukanlah suatu adat atau protokol dalam sesuatu majlis.. Tetapi ia adalah suatu keikhlasan yang dihadiahkan dalam bersilaturrahim..
Wallahu'alam..
Wednesday, January 21, 2009
Modul ketiga..
assalamu'alaik..
FAKULTI PERUBATAN UKM, KL
di sini lah aku berterusan menjejakkan kaki demi meraih segunung ilmu, sebukit kemahiran, selampiran pengesahan khidmat.. untuk menjadi seorang ahli baru dalam dunia perubatan.. yang bakal menabur benih budi pada yang memerlukan..
hampir 2 tahun aku di sini.. hanya menunggu detik masa berakhirnya sesi maya di KL, seterusnya menempuhi alam baru, dunia realiti perubatan...PPUKM (Pusat Perubatan UKM).. insyaAllah..
Akhir tahun kedua ini juga dikenali sebagai akhir semester ke-4.. saat inilah kami sering dihujani ilmu yang padat.. pasti ada yang tidak tahu,fakulti ini menggunakan sistem modul.. dan setiap semester ada 4 modul semuanya.. modul ni lebih kurang sama maksudnya dengan suatu "bab utama"..
kini, kami telah pun berada dalam modul ke-3 untuk semester ke-4. Kali ini merupakan modul sains neuro.. ia merangkumi pengetahuan tentang anatomi sistem saraf termasuklah otak manusia.. jadi kami diperkenalkan tentang bagaimanakah keadaan struktur otak yang kemudiannya bersambung dengan saraf tunjang yang terdapat pada tulang belakang manusia.. disamping itu, kami juga perlu tahu akan saraf2 yang keluar dari saraf tunjang yang disalurkan pada otot2 manusia..itulah dunia kami.. beramah mesra dengan struktur badan manusia serta organ2 nya..bukan sahaja perlu menguasai ilmu anatomi ( struktur), tetapi kami turut diterangkan bagaimana sistem ini berfungsi.. memang menguji kesabaran..
walaupun penuh dengan cabaran, ada nikmat disebaliknya.. dari situ lah kami terbuka mata akan betapa lemahnya kami di sisi Allah s.w.t.. pelajaran yang berharga ini mampu mendekatkan kami pada Yang Maha Mencipta.. bayangkanlah kami ini hanya belajar tentang manusia sudah terasa akan kompleksnya.. bagaimana pula dengan makhluk2 lain yang Allah sahaja yang tahu betapa banyak makhluknya di muka bumi..? Subhanallah.. Itulah Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.. Tidak mungkin akan ada manusia yang dapat menandingi-Nya..
ada yang berpendapat, dunia perubatan ini amat payah.. perlu banyak masa untuk membaca.. kena menghafal.. jadi mereka tidak mahu mengambil risiko dengan melibatkan diri..
ketika aku membuat keputusan ini dahulu.. ada juga yang memandang rendah.. Mampukah aku? Sanggupkah aku mengorbankan hidup demi orang lain?
Ya, aku sanggup..itulah jawapanku..
Aku berpegang pada kata-kata Allah..
" La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.. " (Al-Baqarah:286)
~Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..~
Jadi, itulah yang menjadi asasku untuk terus gagah meneruskan matlamat.. Kerna, aku yakin, inilah yang Allah telah aturkan bersesuaian dengan kesanggupanku.. kerana semua proses untukku ke arah ini telah dipermudahkan olehNya.. Moga benarlah jayanya.. InsyaAllah..!
Wahai Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Permudahkanlah..
wassalam 'alaik..
Tuesday, January 20, 2009
time
i walked through it
in calm..
in peace..
with joy..
with the sincere in people..
with the love in a friendship..
i could imagine the beauty of life..
as there are always aims for Allah's bless..
Tuesday, January 13, 2009
ingat-ingat selalu..
assalamu'alaik..
Segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa..
Syukur.. Program Untukmu Palestin berjalan lancar.. Itulah nikmat dari Allah apabila kita bersungguh-sungguh untuk menjayakannya.. Walaupun kita pasti mengorbankan masa, wang, tenaga dan kesihatan.. Cukup berbaloi jika ianya demi Allah dan demi saudara seiman kita di Palestin.. Program ini telah tamat, tetapi moga jangan pernah tamat dari hati kita untuk senantiasa mengingati mereka dan berusaha secara konsisten untuk menyumbangkan sesuatu demi mereka.. InsyaAllah..
Kini, masih ada perjuangan yang perlu diteruskan.. Perjuangan demi mencapai matlamat diri.. Pasti akan lahir rasa gundah.. Pasti akan lahir rasa khuatir..
Namun, ada petikan yang aku rasakan mampu mengubat hati yang mulai disinggah pelbagai rasa..
Taqwa bagi orang mukmin itu ada 3 perkara :
1) Bagus tawakalnya pada apa yang tidak dicapainya
2) Bagus redhanya pada apa yang dicapainya
3) Bagus sabarnya pada apa yang telah hilang daripadanya
.:. riwayat Nabi Daud a.s
dan ada satu lagi petikan yang membuatkan aku jua ingin menjadi seperti itu..
Keuntungan bagi orang yang bertaqwa :
1) Tidak gelisah apabila ditimpa bahaya
2) Tidak pernah mengeluh dan bergoncang jiwanya
3) Suka menahan marahnya
4) Tidak mengerjakan sesuatu menurut kehendak nafsunya
Apabila ayat demi ayat ku baca.. Ya, inilah penawar.. Alhamdulillah..
Ya Allah yang Maha Mengasihani.. janganlah Engkau berhenti dari membimbingku..
Thursday, January 1, 2009
solatku..
paip air dipulas.. lalu air diniatkan wudhu' membasahi jasad..
sejadah dihampar.. kaki mula memijak..
bibir mula melafazkan niat solat..
hamba itu pun telah bersedia untuk bertemu tuhannya.. ingin mengotakan janjinya..
mengabdikan diri tatkala tiba waktu fadhu..
" Allahu akbar.. " Allah Maha Besar..
Nama Allah mula dipanggil.. Hamba yang sudah berdiri tegak mula bersedia menghadapkan wajahnya pada yang Maha Berkuasa.. Lalu tertunduklah ia kerna rasa malu dan hina.. memikirkan dosa-dosa yang mungkin terbuat olehnya segenap detik selepas solat fadhu sebelumnya..
Doa iftitah pun dibaca...
"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya..
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang...
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi..
dengan suasana yang lurus dan berserah diri..
dan aku bukan dari golongan orang musyrik..
Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam...
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukanNya..
dan aku dari golongan orang Islam.. "
Hamba itu mula mengungkap janji setia pada Tuhannya..
Surah Al-Fatihah pun mula dibacanya..
"Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Yang menguasai hari pembalasan..
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan..
Tunjukilah kami jalan yang lurus..
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka..
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.."
Hamba itu membenarkan dengan hatinya bahawa Allah itulah satu-satunya Tuhan untuknya mengabdikan diri.. Ia ingin benar memohon agar Allah mengurniakan padanya jalan yang diredhai.. Itulah doa hamba kepada Tuhannya tiap kali ia berdiri tegak meneruskan rakaat dalam solatnya..
" Allah Maha Besar.." Ia menyeru nama Tuhannya lagi..
Lalu jasad yang tegak berdiri mula membongkok.. rasa sayu menguasai diri.. seumpama sedang memberi penghormatan pada yang sangat agung..
" Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya.." Ia mula memuji Tuhan yang ia cinta..
Kemudian ia berdiri kembali..beriktidal..
" Allah mendengar pujian orang yang memujinya..." betapa ia yakin akan Tuhannya yang Maha Mendengar..
" Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.." penuh pengabdian ia masih memuji Tuhannya..
" Allah Maha Besar.." lagi.. ia menyeru nama tuhannya.. andai ia tahu Allah sedang memandangnya..
Jasad yang masih berdiri dengan penuh adab sujud ke bumi.. Betapa ia ingin benar mendapatkan redha dari tuhannya..
" Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.." Ia masih terus memuji.. Merendahkan diri demi meraih cinta tuhannya..
Ia bangun dari sujud.. duduk sambil wajahnya masih tertunduk..
" Ya Allah, ampunilah daku.. Rahmatilah daku.. Kayakanlah daku.. Angkatkanlah darjatku.. Rezekikan daku.. Berilah aku hidayah.. Sihatkanlah daku dan maafkanlah daku.. "
Hamba itu berserah pada Tuhannya.. Allah lah tempat untuknya mengadu.. tempatnya untuk meminta segalanya..
Ia kembali sujud.. dan kembali duduk sebelum berakhirnya sesi pertemuan hati dengan Tuhannya.. Ia menuturkan kata-kata perpisahan..
" Segala penghormatan yang berkat, solat yang baik adalah untuk Allah..
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya..
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh..
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah..
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya..
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim..
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya..
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.. "
ia memberi salam.. maka tamatlah sesi itu.. tatkala hadir rasa cinta luar biasa menghiasi hatinya.. pasti air matanya bakal mengalir..
andai ia tahu apa yang ia perkatakan dalam solatnya.. andai ia menghayati tiap baris yang ia titipkan... andai ia nikmati indahnya saat pertautan hati itu.. andai ia rasai akan malunya jika solatnya itu bukanlah yang terbaik sepertimana ia janjikan pada tuhannya.... andai ia tahu..