Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Tuesday, September 15, 2009

Betul ke?



Kami duduk bertiga di bilik..

Suasana bilik yang berangin menjadikan suasana selesa untuk berbual panjang..

2 orang rakan ana turut bersama menikmati keselesaan itu..

Satu topik hangat pun bermula..

Subjeknya adalah seorang rakan ana, A..

Kami bertanya bila dia (24) akan berkahwin.. Sebab dia sudah pun ada calon dan sedang bercinta (kapel)..

Tapi jawabnya belum lagi.. Masih belajar dan mahu tunggu grade..

Seorang lagi rakan, B (23) yang juga sedang kapel pun memberikan jawapan yang sama.

"Anis?" ana pula diajukan. Betulkah pemikiran mereka ini?

" Kalau ada yang datang, terima aje kalau berkenan.." jawab ana,pendek.

Ana dipandang dengan raut tidak setuju. Masing-masing kerut kening.

"Kenapa?" tanya ana.

"Kena kapel dulu.. Entah sape2 je orang tu.. Tak takut ke? Mana tahu dia tu apa2 ke.." kata mereka.

" Kalau macam tu, tunang ajela.. " jawab ana. Saja mahu melihat reaksi..

" Bahaya.. Nanti kalau dah tunang pastu lain jadinya.. Putus.. Malu je.. Kalau kapel tak apa.." kata mereka lagi..

" Tak apa.. Buat istikharah.. Pertama kena yakin padaNya, yang kedua bersangka baik pada pihak lelaki.. Daripada berkapel lama, kahwinnya tak tentu.. Membazir.. " jawab ana.

"Tapi... " banyak tapinya mereka ini.. Yakin dengan pandangan mereka.. Begitu juga yakinnya ana pada prinsip ana.

Panjang rasanya nak tambah. Tapi ana diamkan sahaja.. Satu masa nanti, ana akan cuba buktikan bahawa YAKIN pada Allah dan bersangka BAIK pada pihak lelaki itu sahaja sudah cukup untuk mencipta bahagia 1.. InsyaAllah..

" Kalau ada orang suka anis, dan anis pun sama, tapi belum boleh kahwin? Tak takut orang tu bertukar fikiran ?" tanya mereka lagi.. Itu antara alasan mereka berkapel..

Ana hanya senyum dan menggelengkan kepala tanda tidak..

" Jaga diri dan yakin sahaja padaNya.. Kalau ada jodoh tak ke mana.. Yang penting itu DIA.. Kalau kita nak ikut kemahuan diri, tetapi mendapat kemurkaanNya.. Tak berbaloi.. " jawapan itu hanya dalam hati.. Ana belum bijak berkata-kata nyata..

Ya, memang mencabar jika kita diuji dengan dugaan seperti ini.. Kerana yang diuji itu HATI..
Tetapi jika kita mahu kuat, serahkan padaNya.. DIA adalah sebaik-baik pengatur kehidupan..

Kelak kita akan mati.. Mungkin mati ketika baru merancang untuk berkahwin.. Mungkin kita bakal mati ketika baru hendak berkahwin.. Atau mungkin kita bakal mati apabila baru selesai pernikahan.. mungkin juga bakal pasangan kita itu yang pergi buat selamanya..

Jika kita terlalu resah akan kehilangan si dia hingga kapel adalah jalan keluar..
























Kita juga masih akan tetap akan hilang si dia jika dia ditakdirkan mati setelah diijabkabulkan..
Adakah berbaloi pengorbanan kita kepada keMAHUan?

Jadi, menahan diri dari sekarang selagi belum mampu itu, adalah pentarbiyahan yang impaknya kekal lama..

Supaya apabila kita berhadapan dengan keHILANGan.. kita kuat dan redha..

Sebelum tiba masanya.. TAHAN diri..

Jika kita bakal mati.. Biar mati ketika meNAHAN diri.. Bukan mati kerana sedang mengikut keMAHUan diri..

(^^,)


* Bahagia 1- bahagia di permulaan.

2 comments:

l t t l g j h ; said...

suka (:

Anonymous said...

erm..stuju!!!

salam ziarah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails