Bismillah..
Salam 17 Ramadhan..
Penghujung Ramadhan makin menghampiri..
Adakah kita telah gagal di awalnya?
Ragam-ragam Muslim ketika bulan Ramadhan..

Makan terlalu banyak sehingga keletihan
" Ibu, hari ini kita berbuka apa ya? "
" Hari ini kita berbuka murtabak, roti john, kuih-muih, nasi lauk, jus buah, dan banyak lagi.."
" Wah, banyaknya! Seronok makan di Bulan Ramadhan kan ibu? "
Makan..
Topik utama bulan Ramadhan..
Apabila tiba pukul 3-5 petang..
Beramailah Muslim yang berpuasa mengunjungi Bazar Ramadhan..
Dari 1 bungkus makanan..
Menjadi 2..
Dan lebih lagi..
Akibat puasa menahan lapar..
Bermacam makanan dibeli bagi menggantikan lapar pagi hari..
Pemikiran kebanyakan Muslim kita..
Menjadikan kanak-kanak dan remaja turut sama..
Tidak jelas mengapa adanya bulan Ramadhan..

Ketiduran hampir separuh pagi
Puasa juga merupakan alasan seorang Muslim ingin tidur pada siang hari..
Penat menahan lapar barangkali..
Penat yang dicipta oleh seorang yang sihat fizikal..
Adalah sumber untuk menghasilkan kerugian waktu..
Muslim yang bijak..
Adalah mereka yang benar-benar menerima pendidikan Ramadhan..
Menahan kemahuan demi mentaati Allah..
Bukan kerana terpaksa disebabkan situasi atau adat..
Jadilah Muslim yang bijak..

Solat Fardhu dan Tarawih apabila tiba waktunya
Amat merugikan..
Apabila kita taat berpuasa lebih kurang 13 jam setiap hari..
Kerana mentaati ibadah wajib seorang Muslim..
Tetapi kita abaikan solat Fardhu..
Yang juga ibadah wajib..
Dan mungkin ada yang tidak pernah berTarawih?
Apakah nilai ibadah puasa kita?
Ayuh,
Masih ada waktu untuk kita mengubah..
Bagaimana kita mengisi hari-hari Ramadhan..
Harapnya tidak terlupa..
Malam Al-Qadr bakal bertamu..
Suatu malam istemewa yang lebih baik dari 1000 bulan..
Semoga kita berjaya peroleh Ramadhan lebih baik!
p/s :
Ayuh atasi masalah lalai dalam solat..

No comments:
Post a Comment