Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Thursday, December 25, 2008

dia datang..

bismillah..
salam 'alaik..

hari ini aku menemani kawan ke sekolah2 berdekatan untuk mengedarkan poster2 yang telah siap sebagai 1 lagi usaha mempromosikan program yang bakal berlangsung.. setelah segalanya selesai.. aku dihantar pulang.. tetapi aku perlu ke kedai kasut untuk mencari teman baru yang bakal setia menemankan aku kelak.. sandle baru..

sedang aku memerhati andai ada yang berkenan di hati.. datanglah seorang hamba Allah menghulurkan 1 kertas yang tertera dia atasnya " sumbangan untuk anak-anak yatim".. mulanya rasa khuatir bertandang.. tapi aku perlu bersangka baik walaupun aku tidak tahu siapakah sebenarnya hamba Allah ini..

****

teringat isu dalam perbincangan usrah baru-baru ni.. naqibahku menceritakan tentang sebuah hadith.. apabila Rasulullah s.a.w. menggalakkan para sahabatnya untuk bersedekah.. seorang sahabat ni bersemangat untuk keluar bersedekah.. hari pertama, beliau terjumpa seorang perempuan.. dan beliau pun bersedekah kepadanya.. beberapa orang yang melihatnya berbuat begitu lalu berkata "mengapakah engkau bersedekah kepada seorang pelacur? ".. lalu pulanglah sahabat ini dengan rasa kecewa..

keesokannya, beliau keluar lagi untuk bersedekah.. hari itu juga beliau pulang dengan hati yang kecewa kerana penerima sedekahnya pada hari itu adalah seorang pencuri..

beliau pun mengadukan hal itu kepada baginda Rasulullah s.a.w... akan kekecewaan beliau kerana asyik tersalah memberi sedekah.. Rasulullah bersabda,( yang mana aku tidak yakin untuk menyatakannya andai ada yang akan tersalah nanti, jadi aku hanya akan ceritakan mesej dalam kata-kata Rasulullah sahaja..) tiada yang salah jika bersedekah.. mungkin dengan sedekahnya itu pelacur itu akan berhenti dari melacur, dan mungkin dengan sedekahnya itu pencuri itu tidak lagi mencuri..

kemudian sahabatnya itu berasa tenang kerana tiada apa yang perlu dikecewakannya lagi.. beliau lebih senang hati untuk keluar bersedekah pada hari-hari berikutnya..

naqibahku juga pernah berkata.. apabila ada hamba Allah yang datang bertandang ke rumahnya untuk meminta sedekah.. beliau pasti tidak akan membiarkannya pergi dengan hanya tangan kosong.. kata beliau..duit dalam simpanannya itu.. ada hak untuk orang miskin atau orang yang memerlukan bantuan..jadi beliau menganggap sudah menjadi kewajipannya untuk menyerahkan hak mereka itu..


usrah kali itu memang memberi aku satu kesedaran baru tentang bersedekah.. sebelum ini aku agak keberatan memberi sedekah kepada orang yang meminta.. rasa segan mahupun bisikan iri hati si musuh manusia menghalangku membuat kebaikan.. naqibahku juga pernah berpesan.. mereka yang menghulurkan tangan itu sudah merendahkan diri dengan rasa hina meminta, janganlah sampai hati kita memalingkan muka darinya.. berilah walau berapa pun nilai nya.. supaya berbalas pengorbanannya itu..betul.. memang benar.. itulah sebaiknya.. indahnya Islam mementingkan umatnya..

****

apabila hamba Allah tadi masih menghulurkan kertasnya..
walau ada bisikan yang cuba memancing rasa risauku akan masalah ketidakcukupan wang.. tetapi rezekiku bergantung pada Allah.. aku mula mencari andai ada wang yang boleh ku berikan padanya.. ada rasa kurang senang apabila melihat penampilannya.. mencurigakan tapi mungkin dengan pemberianku itu akan menjadi pintu baginya melangkah ke arah kebaikan..amin..

moga cerita yang ku sampaikan ini ada manfaatnya buat teman2.. (^^,)







Monday, December 22, 2008

Bismillah...

Modul pertama untuk sem ini telah tamat.. iaitu sistem perut dan usus.. Sekarang ni bermulanya modul kedua, sistem endokrin.. iaitu sistem yang mengawal hormon dalam manusia.. Aku duduk dan termenung.. masih banyak lagi dugaan dan perjalanan yang perlu aku tempuh dalam menguasai ilmu perubatan ini.. Sebagai seorang pelajar perubatan yang menuntut di universiti,jadual harianku bukan sahaja tertakhluk pada waktu untuk menelaah nota-nota kuliah.. tetapi aku juga harus mencari peluang untuk menyertai mana-mana organisasi program yang dianjurkan universiti..ini demi menambah lagi pengalamanku dalam berorganisasi di samping mengumpul mata untuk meraih tempat tinggal di dalam kawasan hospital nanti apabila masuk tahun klinikal.. jika aku memang punyai tempat tinggal berdekatan hospital, aku boleh meluangkan kebanyakan masaku hanya untuk menelaah.. tetapi, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. berorganisasi itu penting dalam alam pekerjaan nanti..

kadangkala.. kepenatan yang berbukit mula menghalang aku dari meneruskan perjuangan..
kadangkala.. aku seperti orang yang mudah mengalah..
kadangkala.. dan kadangkala..

pelbagai rasa yang x terkata.. tetapi jika difikirkan.. bukan lumrah namanya jika tiada onak dan duri ketika menuntut ilmu.. aku ada matlamat dan aku mesti kuatkan diri untuk capai matlamat itu..

Wahai yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui akan isi hati..
kurniakanlah aku kekuatan luar biasa..agar aku bisa melalui hari-hari mendatang dengan lebih tabah..

Saturday, December 13, 2008

pakaian solat bagi perempuan..

Bismillah..

Assalamu 'alaikum buat teman2..

Hari ini saya ingin berkongsi satu topik menarik yang selalu menjadi persoalan kaum wanita yang masih lagi ragu-ragu dengan syarat pakaian solat.. Semoga perkongsian ini dapat memperbaiki lagi pengetahuan kalian..

***

Perbincangan ini khusus membicarakan syarat-syarat pakaian bagi perempuan apabila mereka hendak mendirikan ibadah solat samada dalam suasana musafir mahupun tidak musafir. Adat kebiasaan Nusantara melihatkan kaum wanita selalu dan hanya selalu memakai set kain putih yang digelar sebagai telekung setiap kali mereka bersolat sehinggakan dianggap bahawa telekung itu adalah jenis pakaian yang wajib bagi seorang wanita untuk mendirikan solat.

Insya-Allah dalam perbincangan ini akan dihuraikan syarat sebenar pakaian solat bagi wanita dan lain-lain hal bertalian dengannya. Diharapkan perbincangan ini akan membawa manfaat apabila dengan tidak sengaja timbulnya suasana yang menjemputnya.

Syarat Pakaian Solat Wanita


Pakaian wanita dalam solat terbahagi kepada dua, pertama yang menutupi kepala sehingga leher dan labuh ke dada manakala yang kedua ialah yang menutupi badan sehingga labuh ke kedua-dua kaki.

Dua hadith di bawah ini dijadikan rujukan oleh para ahli fiqh (imam daud) -

(i) Dari A'isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda:

Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung. (Khimar).

(ii) Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. :

Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar'u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ?

Baginda bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) dapat menutupi kedua telapak kakinya.


Hadith pertama menerangkan bahawa seorang wanita yang hendak bersolat, hendaklah dia memakai kain tudung atau dalam Bhs. Arab adalah Khimar iaitu sehelai kain yang menutupi kepala sehingga ke leher. Ini adalah makna dari segi bahasa, sementara dari segi tuntutan syari'at pula, tudung yang dipakai itu hendaklah dilabuhkan dari kepala sehinggalah ke dada atau lebih sedikit sampai menutupi kawasan dadanya. Ini jelas tertulis dalam al-Qur'anul Karim –

" dan hendaklah mereka menutup bahagian dada mereka dengan tudung kepala mereka."


[surah an-Nur 24 - 31].


Hadith ini juga menunjukkan bahawa memakai tudung adalah syarat sah atau tidak solat seorang wanita itu, difahami melalui lafaz …Tidak diterima solat seorang wanita…… Dari itu jelas hukum fiqh bahawa memakai tudung yang menutupi kepala sehingga ke dada seorang wanita itu adalah merupakan syarat sah solatnya.

Hadith kedua menerangkan bahawa pakaian seorang wanita itu, selain dari tudung kepalanya, hendaklah sesuatu yang panjang sehingga dapat menutup dari leher sehinggalah ke kedua belah tapak kakinya. Dar'u ialah pakaian Arab yang seumpama gaun atau jubah yang dipakai melalui leher dan ianya memanjang sehingga ke betis atau lebih,maka melalui hadith ini Rasulullah s.a.w. mensyaratkan bahawa gaun atau jubah itu haruslah memanjang sehingga menutup kedua tapak kaki wanita.

Dari dua hadith ini jelaslah bahawa pakaian solat seorang wanita itu ialah sesuatu yang dapat menutup dari kepala sehinggalah ke kakinya. Secara minimum ia terdiri dari dua helai kain iaitu yang pertama adalah tudung kepala dan kedua adalah baju panjang. Selain itu boleh memakai lebih dari dua helai kain asal sahaja ia menutup dari kepala hingga ke kaki. Dua bahagian anggota yang terkecuali ialah muka dan tangan dari pergelangan ke bawah di mana ia tidak perlu ditutup.

Ini berdasarkan firman Allah Azza waJalla:

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya."

[surah an-Nur 24 - 31].

Dari ayat di atas Allah s.w.t melarang kaum wanita daripada memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir darinya. Yang dimaksudkan sebagai zahir ialah sesuatu yang biasa terdedah, selalu dipergunakan untuk kerja harian dan tidak merangsangkan nafsu kaum lelaki secara normal. Anggota-anggota yang zahir ini ditafsirkan sebagai muka dan tangan dari pergelangan hingga ke hujung jari.Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat kedua bahagian ini, samada tangan mahupun muka perlu tetap ditutup.

Jenis Pakaian

Jenis pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan labuh yakni tidak menampak bentuk badan wanita tersebut, sekalipun dia merasakan badannya tidak mempunyai bentuk. Ini dapat difahami juga melalui ayat di atas yang melarang kaum wanita memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka. Perhiasan ini ada dua jenis, iaitu perhiasan asli tubuhnya dan kedua ialah perhiasan tambahan seperti rantai, gelang dan sebagainya. Kedua-dua ini tidak boleh diperlihatkan kepada khalayak umum kecuali kepada suaminya dan beberapa ahli keluarga terdekat.

Cara terbaik untuk melindungi perhiasan asli tubuh badan ialah dengan mengenakan pakaian longgar dan labuh dan ini adalah sesuatu yang disepakati tanpa keraguan. Antara tuntutan yang senada ialah memakai pakaian yang tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit atau bayangan tubuh badan di sebaliknya. Ini juga termasuk tuntutan menutup aurat wanita.

Daripada dua penjelasan di atas, iaitu syarat pakaian dan jenis pakaian, dapatlah kita ketahui bahawa pakaian yang semestinya dipakai oleh seorang wanita apabila sedang solat atau di luar solat adalah sesuatu yang dapat menutup dirinya dari kepala sehingga ke kaki kecuali muka dan tangan dari pergelangan ke jari-jari. Selain itu pakaian tersebut hendaklah longgar dan labuh, tidak menampakkan bentuk badan ataupun bayangan ataupun warna kulit di sebaliknya. Oleh itu, apa sahaja pakaian yang dapat menepati syarat ini boleh digunakan bagi tujuan mendirikan solat dan urusan harian di luar rumah.

Telekung yang selalu dipakai oleh muslimah di Nusantara ini sangatlah baik kerana ia menepati segala syarat-syarat tersebut tetapi perlu diketahui bahawa telekung bukanlah satu-satunya sahaja yang boleh digunakan untuk bersolat. Dalam erti kata lain,telekung bukanlah syarat wajib solat.

Seperkara lain yang perlu dinyatakan ialah bahawa walaupun muka dan tangan tidak dikategorikan sebagai aurat yang wajib ditutup, kedua bahagian ini amat dituntut agar tidak dihiasi dengan sesuatu yang boleh membawa perhatian atau rangsangan kepada orang lain.


Sebagai tambahan, walaupun muka itu tidak wajib ditutup, ia amat digalak agar diselindungi disebalik kain nipis atau yang seumpama bagi mengelak niat buruk orang-orang lelaki yang rakus sifatnya.Perkara kedua yang perlu dinyatakan di sini ialah syarat pakaian solat sepertimana yang diterangkan di atas adalah wajib dipatuhi oleh seseorang itu samada dia berada dalam suasana orang ramai atau bersendirian. Dalam erti kata lain, sekalipun seorang wanita itu berada berseorangan dalam biliknya, dia tetap wajib menepati syarat-syarat ini sekalipun tiada orang yang melihat.

Ini adalah kerana syarat pakaian solat adalah bagi memenuhi hak dan adab seorang hamba yang sedang beribadah kepada Rabbnya dan ia tidak berhubung-kait dengan adab sesama manusia.
Berbeza pula dalam suasana di luar etika solat, di mana seseorang wanita itu dibolehkan membuka kain tudung atau sebagainya apabila berhadapan dengan suami, ayah sendiri, keluarga terdekat dan seterusnya.

Kesimpulannya..Syarat pakaian solat yang diwajibkan bagi seorang wanita ialah kain tudung yang menutupi dari kepala sehingga ke bawah kawasan dada dan pakaian yang menutupi sehingga kedua tapak kakinya. Selain itu pakaiannya hendaklah longgar da tidak menampakkan bentuk badan atau bayangannya dan tidak nipis sehingga melihatkan warna kulit idsebaliknya.

Perbincangan oleh,
Al-Firdaus.com


***
pakaian dalam solat adalah satu perkara penting dan harus diambil berat.. kerna syarat sah solat bergantung kepadanya.. jadi apabila hendak solat, jangan lupa untuk periksa dulu pakaian termasuklah telekung samada telah cukup syarat ataupun tidak.. =)
sekian..

Saturday, December 6, 2008

Perjalanan menuju Illahi..

Bismillah..

" Ya rabbi,bagi-Mu segala puji seagung kemuliaan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu.."

"Aku telah redha Allah sebagai Rabbku, dan Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku.."

Sebagai seorang muslimah, aku juga punyai impian untuk menjadi seorang pembawa Islam yang hebat.. Erti kata lain, pengabdian dirinya kepada Allah sentiasa ada,pengetahuannya tentang Islam tidak terbatas, kebijaksanaannya dalam berkata-kata mampu mempamerkan betapa indahnya Islam, dan hatinya seringkali tidak pernah gentar untuk berdakwah.. sentiasa menjadi sumber sifat mahmudah.. Apabila orang terlihat akannya, mereka merasa tenang dan ingin mendekatkan diri kepada Allah... InsyaAllah..

Ya Allah.. aku benar-benar ingin menjadi hamba yang Engkau kasihi.. hamba yang Engkau cintai..
Aku memohon kepadaMu..bimbinglah aku, didiklah aku.. Agar aku bisa menjadi seorang mukminah yang sejati..
Perkenankanlah d'oa hambaMu ini..

Aku, ibarat kain putih.. dan aku sendiri yang akan mencorakkannya.. Aku mahu kain ini dihiasi lakaran nur keimanan dan ketaqwaan.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. SesungguhNya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Engkaulah yang Maha Bijaksana..

Dari tingkatan 1, aku telah pun didedahkan dengan 'usrah', maknanya 'keluarga' dalam bahasa arab.. Usrah ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan berbicara tentang Islam.. Namun, waktu itu pengisiannya tidak begitu mendalam.. Kerna tiada pantauan daripada orang sepatutnya.. Hanya berbekalkan ilmu Islam yang masih kurang, aku meneruskan hidup sebagai seorang muslimah..

Segala puji bagi Allah, Engkau meletakkan aku di kalangan orang yang mengagungkan agama Mu.. Sewaktu tingkatan 4, aku berpeluang menuntut ilmu di Kolej Islam Sultan Alam Shah.. Salah satu tempat belajar yang menyediakan ruang untuk menimba ilmu Syari'ah Islamiah, ilmu Al Qur'an dan As-sunnah termasuklah ilmu bahasa 'arab.. Aku amat bersyukur, kerna punyai waktu untuk terus mengenal intipati dalam Islam..

Berbekalkan waktu yang hanya 2 tahun, masih tidak cukup untuk aku benar-benar mahir tentang Islam..
Tetapi aku masih bersyukur kerna aku tidak pulang dari bumi barakah itu dengan tangan kosong.. Aku berjaya disulami dengan akhlak mahmudah, walaupun bukan semuanya..

Sewaktu aku di Pusat Asasi Sains UM, aku tidak berkesempatan menyertai usrah. Kerna ia dilakukan secara tersembunyi.. Sehinggalah bila sampai khabar akannya, semuanya terlambat.. Aku telah tamat pengajian di sana..
Hiduplah aku berbekalkan ilmu Islam yang masih kurang..

Aku memilih Universiti Kebangsaan Malaysia untuk belajar ilmu perubatan.. Aku tertarik dengan misinya untuk membina pelajar yang beriman.. Ketika menghadiri kursus pengenalan ilmu perubatan di HUKM, aku kagum dengan para pensyarahnya yang berfikrah Islamik.. Ya, inilah pilihanku.. Markas untuk aku mempersiapkan diri menjadi pejuang.. Dan dunia perubatan ini akan kujadikan ruang dakwahku..

Ketika mula menjejakkan kaki ke tempat ini, aku diperkenalkan dengan usrah yang dianjurkan Badan Dakwah dan Rohani.. Syukur, kerana aku masih boleh memperbaiki ilmu Islam yang aku miliki.. Tetapi, naqibahku juga seorang pelajar.. Usrah ini x akan terlepas dari dugaan waktu.. Masih banyak perkara yang x dapat dibincangkan..

Kemudian, ada seorang sahabat menceritakan tentang Persatuan Jema'ah Islah Malaysia.. Aku tertarik.. Bukankah indah jika hidup kita ini sentiasa ditemani saudara-saudara seIslam yang juga mudah berbicara tentang Islam..
Aku melibatkan diri...Peluang untuk memiliki usrah sendiri tanpa ada penghujung membuatkan aku tidak mahu melepaskannya pergi.. Cukuplah kehilangan yang aku rasai..

Aku berpuas hati dengan misi persatuan ini.. Masih ada yang bersungguh untuk menyebarkan agama Allah.. Keluar berdakwah.. Mengajak pada perkara kebaikan.. Ya, aku juga akan berusaha menjadi seperti mereka.. Persatuan ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk memantapkan lagi ilmu tentang Allah.. tentang Rasul-rasul-Nya.. dan tentang Islam itu sendiri..

Segala puji bagi Allah.. aku sangat bersyukur dikurniakan nikmat iman dan Islam.. Engkau bukakanlah pintu hati sahabat-sahabatku yang masih terleka dibuat dunia.. Agar mereka turut sama berusaha mengenaliMu.. dan mencari keredhaanMu..

" Rabbana la-tuzigh qulubana ba'da idh-hadaytana wa-hab lana mil-ladunka rahmatan, innaka antal-wahhab.."
(al 'imran: 8)

Maksudnya : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi..

Perkenankanlah wahai Yang Maha Mendengar..

Friday, December 5, 2008

MINAT

pagi ni kena pergi hkl.. ada urusan sedikit.. jalan dan terus berjalan sambil memerhati sekeliling.. ramainya patient.. kebanyakan golongan tua.. rasa segan pulak menjejakkan kaki.. sabar2.. urusan perlu diselesaikan.. hmm.. nama tempat ni pun hospital kerajaan,mestilah ramai patient.. temuduga pun penuh la.. nk berputus asa ke x ye.. xboleh2.. Allah x suka hambaNya yang mudah berputus asa... tabahlah diri.. semua ni hanya sementara.. Allah sedang memerhati.. padamkan saja rasa mazmumah tu..

perkara ni masih belum selesai, masuk list KIV lagi.. biarlah dalam KIV.. bukan priority buat masa ni.. seterusnya, operasi memborong buku2 yang sudah lama di'KIV'kan.. Syarikat Kamal,pembekal buku terbaik buat masa ni.. mata pun mencari2 mana lah agaknya buku clinical examination ni.. xjumpa.

Apabila ditanya oleh pembantu kedai.. 1 lagi masalah.. apa ye nama penulis buku? huhu.. kenapa lah x prepare awal2.. klu demi klu ditujukan.. akhirnya faham juga si pembantu tu.. lepas tu cari buku differential diagnosis pulak.. Elsevier punya agak menarik.. senang sedikit time next pbl discussion,1st session nanti.. Differential diagnosis ni 1 buku tentang bagaimana kita nak mengenalpasti punca penyakit daripada simptom2 yang ada pada pesakit.. info yang diselitkan juga lebih banyak dari buku2 sejenis yang lain..

beli buku dah pun setle.. Alhamdulillah.. sekarang pergi library pulak.. mama pesan carikan buku CPR versi bahasa malaysia.. ada ke ek? ke nak cari kat library negara? xboleh2.. jauh tu.. hmm.. bukan selalu sangat guna kelengkapan library Dr. Ismail ni.. kalau pergi pun, x lama.. dulu, time mula2 masuk u ni.. ada taklimat macammana nak cari buku dalam library ni.. Akses melalui web Gemilang.. xpernah pulak guna.. cari punya cari, memang x jumpa versi Malaysia..

cari manual pulak, pusing2.. xjumpa. memang x ada agaknya.. dunia dah maju.. masyarakat pun kena bergerak sama.. macammana nak tolong kawan2 mama ni..belajar b.i aja lah kot..sempat lagi 2 bulan nak prepare exam CPR..hihi

tiba2 nampak sorg kawan ni,nadiah namanya.. pantang nampak kawan, mesti nak pergi tegur.. memang friendly rupanya diri ini.. xdinafikan.. PPD memang berkesan.. kena akui kelebihan sendiri.. bila dah tegur, duduk dan terus x berhenti.. kenapa? Dia buat pbl.. banyak issue dia dah cover.. boleh tanya2 bagi faham lebih sedikit.. sambil duduk, memerhati suasana tingkat 3 library.. menarik jugak tempat ni.. rasa nak study tu makin meningkat.. macammana dah hampir 2 tahun belajar di u ni, baru sekarang jatuh hati? bila dah rasa tertarik, pergilah amik note n baca sebelah nadiah.. buat perkara baik kena cepat2.. yang x bermanfaat tu.. malas2 kan..senang bila ada kawan kat sebelah ni.. kita boleh tanya bila x faham.. lagi senang faham, lagi lambat rasa nak stop membaca.. ya Allah.. berkatilah usaha ku ini untuk mencari keredhaanMu.. ini lah cara aku mengabdikan diri kepadaMu.. dengan melakukan 'amal kesukaanMu..

tiba2 nadiah tanya pasal opkim.. seronok ke aktiviti kat sana.. perbualan pun makin rancak sebab memang banyak kenangan manis, dan banyak timba ilmu baru.. sewaktu habis opkim tu.. ada ikut rummate pergi rumah mak sedaranya.. pakar di klinik kesihatan mentakab.. hari pertama pergi mengaplikasikan skil mengambil darah orang.. gulp.. cuak memang cuak.. tapi. xboleh lepaskan peluang.. mencabar juga nak mencari salur darah mereka2 ni.. kata medical assistant kat sana, kalau orang tua.. sukar nak cari.. kulit dia dah x macam orang muda.. memang betul.. awal2 lagi dah dapat seorang pakcik 60an.. kena profesional.. muka kena yakin.. konon2 dah lama buat kerja ni.. Alhamdulillah.. segalanya lancar.. hinggalah tersalah masukkan dalam bekas, darah pakcik tu..huhu.. lainkali periksa dulu.. nervous2 jugak.. tapi kena berhati2..






kalau nak buat blood test ni, ada macam2 jenis mini bekas.. ada yang khas untuk renal profile, PCR, dan banyak lagi.. semua ada label warna mengikut kuantiti dan jenis bahan yang terdapat dalam bekas tu.. seronok memang seronok sebab pengalaman baru.. tapi, bukan mudah nak buat blood collection.. kalau tersilap, terpaksa lah berhadapan dengan patient, kena mintak darah baru..huhu



hari kedua, kami 'bertugas' di kaunter screening..kena amik tekanan darah,history presenting illness,tinggi dan berat dan blood test..kebanyakannya patient yang ada darah tinggi dan kencing manis.. kat sini x ade jarum auto untuk buat glucose blood test.. secara manual aje.. guna jarum suntik pulak tu.. kena pandai bajet, kalau x.. pasti melompat si patient2 ni.. yang kat meja rummate.. dah ada dah pakcik2 yang menjerit.. hihi.. terima aje lah pakcik2.. kami ni budak baru belajar.. kalau salah, harap dimaafkan.. (^^,)

lepas tu aku berpeluang memeriksa tahap kerabunan seorang kanak2.. setelah diajarkan oleh medical assistant kat situ..baru aku tahu, macammana optometrist buat kerja.. mudah aja rupanya.. boleh la aplikasi skil baru ni nanti..



terpanjang borak dengan nadiah.. terhibur juga dia mendengar.. kemudian dia bukak cerita pasal lawatan ke sabah.. Sabah? alamak.. kenapa x tahu pulak ni.. teringat kat farahain yang berasal dari sabah.. ex-rummate ketika kat pasum dulu.. huhu.. nak ikut.. bolehkah? Bukan senang nak pergi ke tempat orang ni.. boleh tengok tempat farahain sekali.. Ada peluang macam ni.. xkan pandang sebelah mata aje..

Ya Allah.. aku gembira mendengar khabar itu.. tapi, adakah rezeki untukku menjejakkan kaki?.. jika ada, permudahkanlah.. jika tiada, hilangkanlah perasaan gembira ini Ya Allah.. Agar aku x berharap pada benda yang x pasti.. (T.T).. sesungguhnya,, hanya kepada Engkau aku berserah.. Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..


kesimpulannya.. dalam apa perkara yang dilakukan.. berbaloi jika ada pertambahan ilmu.. dan pengalaman yang membina.. syukur Alhamdulillah..

Thursday, December 4, 2008

PPD

petang td ade kelas ppd, personal & professional development.. Dr. kata waktu ppd adalah waktu untuk bermain.. it's a game time.. aku pun mula gembira.. siapa x gembira bila dapat bermain dalam kelas.. ke aku sorang aje? huhu..kelas ppd kali ni tentang 'managing diversity'..

Task pertama, ada hand out diberikan.. kami diarahkan untuk isi gender, hobby, hometown, favourite module dgn quality diri.. hmm.. apa nak isi ni agaknya.. favourite module? hmm.. bagi aku.. semuanya pun ada keistimewaannya.. aku memang suka apa2 pun sama rata.. x pernah pulak terfikir perlu x suka or terlebih suka.. memang dari dulu pun macam ni.. ilmu itu kan semua dari Allah.. aku jarang mengeluh tentang module2 ni.. bagi aku semua pun sebagai 1 cabaran.. tapi, kena isi jugak benda ni.. erm... clinical science la kot.. tengok2 ramai gak yang minat modul ni.. hepi.. memang modul CS ni best.. sebab kita perlukan kemahiran, bukan sahaja kebijaksanaan.. yang bertambah menarik apabila kita boleh memeriksa orang.. dulu kecik2 orang periksa bila aku sakit.. kini, aku berpeluang berbuat begitu.. senanglah nanti nak check keluarga.. (^^,)peace..

Bila semua orang pun dalam kelas tu da isi details masing2, Dr. pun arahkan kami listkan siapa2 yang sama..
" siapa duk KL? ".. suasana makin gamat.. "siapa suka tgk tv? ".. semakin riuh.. x sangka,ramai juga yang sama minat.. ramai juga yang sama hobi.. terasa macam time kecik2.. berkumpul ramai2.. buat aktiviti bersama.. nak jadi kecik balik...huhu

selepas sibuk mencari kawan sehati sekepala.. kami pun duduk menunggu kesimpulan dr Dr.. bila Dr. tanya aku apa quality yang aku ada.. " friendly".. aku jawab acuh x acuh.. betul ke ek? aku memang jarang fikir kelebihan sendiri.. ada ke? Dr. pun berkata.. " kamu kena yakin bila berkata tentang diri sendiri.. siapa lagi akan puji diri sendiri kalau bukan dari kita sendiri.. kita kena bangga akannya.." macam tu kot yang Dr. cakap.. aku hanya senyum tersipu..

memang betul Dr. cakap, xpe.. nanti aku luang masa fikir apa kelebihan yang aku ada.. antara quality lain yang kawan2 sekelas ni ada.. hardworking, determine, kind and patient.. bagus2.. itulah yang kita mahu..


seterusnya task ke 2.. Dr. pun mula menampal 3 cebisan kertas.. "agree", "disagree", dan " unsure".. gelagat Dr. membuatkan aku rasa geli hati.. iyela,kertas2 tu ade yang disangkut pada tingkap, pada whiteboard.. bila Dr. dah x tahu nk sangkut mana yang lagi 1.. last2 letak atas lantai je.. apa agaknya task kali ni? oh,rupanya Dr. nak suruh kitorang pergi ke port2 ni bila sahaja Dr. membacakan soalan.. 1..2..3..!

'alamak,mana 1 nak pergi ni? ' aku dah mula keliru.. nak kata agree,bukan.. nak kata disagree,pun bukan.. unsure aje lah.. nasib baik bukan aku sorg aje yang dalam kategori " xpasti".. yang lain semua dah berkampung kat port 'agree'.. ade lah jugak perasaan malu.. tapi kata Dr.. kita kena konfiden dengan diri sendiri.. hmm.. bila la diri ni nak jadi betul2 konfiden..xpe, semua tu masih sempat dipupuk.. berusaha..

lepas dah ke hulu ke hilir memilih port jawapan, soalan terakhir.. " is the increased price of fuel will makes the economy better? " macam tu la kot soalannya.. semua pun bergegas menyerbu port " disagree".. memang sehati sejiwa gak kita 1 group ni ye.. tapi ada sorang masih tertinggal kat port " agree".. aku pun mula memberi isyarat pada si kawan ni, "sini2..".. dia pun berlari menuju ke majoriti.. "ape soalan tadi tu? " tanya si kawan ni.. oh,rupanya dia x dapat tangkap soalan tu.. ingatkan memang setuju.. hihi.. aku berfikir.. kenapa lah agaknya aku susah nak ubah sikap aku yang helpful ni.. kenapa x biarkan aja si kawan tu kat sana? susah.. itu bukan aku.. dah sebati sikap ni dalam diri..

dalam sesi PPD ni.. banyak perkara baru yang aku belajar.. dan perkara lama yang mengingatkan aku kembali..
untuk menjadi seorang doktor pada masa akan datang, aku perlu konfiden, punyai teknik berkomunikasi yang cemerlang, bijak menguruskan waktu dan optimis terhadap diri sendiri.. banyak lagi perkara lain.. insyaAllah, aku akan berusaha memperbaiki diri agar lebih baik dari semalam.. dan menjadi seorang yang profesional.. walau apa pun kerjaya aku kelak..

Ya Allah, permudahkanlah.. Aku memohon kepadaMu.. Ajarkanlah aku apa yang aku tidak tahu.. ingatkanlah aku apa yang aku terlupa akannya..

Rindu..


Hari raya Aidiladha bakal tiba.. Aku membelek memori2 lama.. Terbayang wajah sayu nenda kesayangan.. Dulu, dialah yang menyuapkanku santapan.. menegukkanku minuman.. bagai menatang minyak yang penuh.. Kasih yang kurang, dialah yang menggantikan.. Ketika ku sakit, dialah yang menjaga.. Dia, nenda yang risau akan anak kecil.. Menemaniku dalam sunyi.. Pengganti si ayah yang x pernah kunjung..

Didikanmu masih utuh.. Bisikanmu dalam nazak masih terngiang.. Takkan aku terus menghampakan.. Impimu akan ku jadikan nyata.. InsyaAllah..

Kini, nendaku telah menyahut seruan Illahi.. hampir 2 tahun tiada lagi di sisi.. Kenangan manis bersamamu masih berlegar.. Aku sebak.. Moga roh mu dicucuri rahmat Allah.. Aku berdoa agar dirimu tergolong dari kalangan kekasih-kekasih Allah..

Aku x pernah melahirkan kata kasih padamu walau benar ku sayang. aku x pernah zahirkan betapa terharunya aku akan baktimu walau benar ku pilu..
Kerna ku benar takut akan dirimu.. Maafkan aku nenda.. Kau tetap aku rindu..

Al-fatihah li almarhumah hajjah salbiah binti maimunah..

Buat teman-teman, selamat menyambut hari raya 'Aidiladha.. ketika kalian masih punyai waktu.. luahkanlah kasih syg kpd ahli keluarga.. dan jangan lupa.. hayatilah makna sebenar 'Aidiladha.. Bukti pengabdian seorang hamba kpd Penciptanya.. Allah yang Maha Suci..

wa Allahu 'alam..

Saturday, November 22, 2008

Insyirah Maisarah (episod 2)

Telefon bimbit yang berbunyi rancak membuatkan aku tersedar dari mimpi. Lantas aku mematikan bunyian itu, takut mengganggu teman-teman. Solat Subuh ku dirikan dengan penuh berhati-hati mengharapkan ibadah wajib ini diterima Allah s.w.t. ”Ya Allah, janganlah Engkau biarkan diriku sendiri yang menentukan segala perjalanan hidupku ini tetapi Engkaulah yang menentukan segala-galanya kerna Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Engkaulah yang Maha berkuasa..”

Kelas bermula pukul 8 pagi. Masih ada lagi 15 minit, tetapi masih tidak nampak bayang Sakinah. ”Khairina, sudah pukul 7.45 ni. Tapi Sakinah masih tidak muncul. Macammana? Risau pula jika kita terlambat. ” tanyaku kepada Khairina mengharapkan cadangan. ”Hmm.. saya rasa lebih baik kita pergi dulu. Mungkin Sakinah ada hal agaknya. Saya yakin dia faham kalau kita tak lagi menunggunya dalam waktu sekarang ni.” kata-kata Khairina mengakhiri penungguan kami. Langkah dipercepatkan, terbayang wajah tegas pensyarah patologi yang tidak gemar jika ada pelajarnya yang datang lewat.
”Ya Allah.. permudahkanlah..” hati kecilku terusan berdoa.

Pintu dewan kuliah dibuka, syukur. Kuliah masih belum bermula. Segalanya berjalan dengan lancar. Para pencari ilmu masing-masing tekun mendengar kuliah. Namun, masih ada juga yang dibuai mimpi. Pasti mereka ni sudah biasa belajar pada tengah malam hari.

Hatiku mulai risau akan ketidakhadiran Sakinah ke kuliah pagi itu. ”Khairina, Sakinah tak sihat ke?” tanyaku. Ade kerutan pada dahi Khairina. Barangkali dia juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Sakinah. Kami bertiga memang selalu bersama. Jika ada salah seorang tidak ada, pasti aku akan bertanya. ”Tak tahu pulak saya ni Insyirah, petang semalam saya tengok dia sihat aje.” jawab Khairina.

Tanganku mula mencari telefon bimbit yang tersimpan dalam beg. Setelah dua kali aku cuba menghubungi Sakinah, tetapi masih tiada jawapan. Hati mula berbisik risau. Ke manakah perginya gadis ceria ini? Sakitkah?

Ketika dalam perjalanan pulang, aku pasti akan melintasi bilik Khairina untuk sampai ke bilikku. Telefon Khairina berbunyi. Mungkin itu panggilan dari Sakinah. Aku terus menunggu disamping Khairina, menantikan berita daripada Sakinah. ”Astaghfirullah.. Nanti kami datang ye Sakinah..” Khairina menamatkan panggilan.
Hati aku gugup, mulai meronta untuk segera tahu segala isi perbualan telefon itu.

* * * *

Friday, November 21, 2008

survived

still not the ending

bigger challenge arise

never made me afraid

prepare !

awake

focus

serious

matured

proactive

strong

a war ahead..

Wednesday, November 19, 2008

Callin' U by Outlandish

I'm callin' U
With all my goals,
my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
To trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I didn't always show it
But don't doubt my love
I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin' to reach U
Still the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe
Oh, no, no
I don't need nobody& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only
I don't need nobody& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
U all I need in my life
I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U
See the time of my life
My days and my nights
Oh, it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my
I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more
Oh, no, noI don't need nobody& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only
I don't need nobody& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
U all I need in my life
Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to'
Cause when I lie to myself it isn't hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed meIt shows in my behaviour
Past
present
future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about
Yo te quiero, te extraño, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento
[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I've failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I'm shouting silently, callin' you, I'm listening to you, I'm tryin'
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I'm forgettin' you, I'm callin' you, I'm feelin' you
Oh, no, noI don't need nobody& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & OnlyI don't need nobody& I don't fear nobodyI don't call nobody but U...

Tuesday, November 18, 2008

doa Syeikh Daud..

Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Aku memohon kepadaMu..

Sebaik-baik pintaan..
Sebaik-baik doa..
Sebaik-baik kejayaan..
Sebaik-baik 'amal..
Sebaik-baik pahala..
Sebaik-baik kehidupan..
Sebaik-baik kematian..

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Kasih Suci..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu..
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu..
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu..
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu..
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu..
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya..
Kekalkanlah cintanya..
Tunjukilah jalan-jalannya..
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar..
Lapangkanlah dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal dijalan-Mu..
(As-Syahid Syed Qutb)

coretan dari iluvislam.com

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi...
www.iLuvislam.com
nur_fitrah

editor : kasihsayang


"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai..
air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.



Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya.


ia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

Insyirah Maisarah (episod 1)

“Selamat hari jadi.. selamat hari jadi.. selamat hari jadi untuk Insyirah.... selamat hari jadi..” nyanyian rakan-rakan seasramaku menggamatkan suasana pagi itu.. Umurku kini sudah mencecah dua puluh satu tahun. Mereka bergilir-gilir memberikan kad ucapan. Pagi itu mereka sudah merancang untuk membuat kejutan pada ulang tahun hari lahirku.

”Insyirah, ambillah mesti awak suka!” Suara Khairina mencelah dalam keriuhan. Senyuman lebar terukir dibibirnya. Barangkali Khairina sangat teruja menghadiahkan aku sebuah kotak kecil berwarna ungu cair. Hiasan di atasnya bertemakan daun-daun kecil dan bunga berwarna ungu gelap. Kotaknya sahaja sudah membuatkan aku terpikat. Pastinya isi kotak ini akan membuatkan aku lebih terpesona.

”Khairina,cantiknya kotak ini. Mesti cantik lagi hadiahnya kan?”Aku sahaja hendak menguji Khairina,mana tahu anggapanku tepat. ”Mestilah Insyirah sayang, saya akan hadiahkan awak benda yang paling cantik sekali saya pernah jumpa. Awak kan satu-satunya kawan baik yang saya paling sayang.. Tak begitu cik Insyirah?”

Gelak tawa menghiasi lagi pagi itu. Kami berpelukan. Hadiah itu akan ku buka kemudian apabila rakan-rakan yang lain telah beransur pulang ke bilik masing-masing. ”Terima kasih Khairina, awak juga sememangnya kawan baik yang paling saya sayang.”

Kami bersalaman dan Khairina pun meninggalkanku untuk ke biliknya.

Kenangan manis ketika pertama kali aku berjumpa dengan Khairina berlegar-legar di mindaku. ”Sememangnya kau lah kawan paling baik yang pernah aku miliki,Khairina.” Bisik hati kecilku. Jari-jemari ku mula membelek-belek kotak pemberian Khairina tadi. Di dalamnya terdapat satu utas rantai emas putih. Loketnya berbentuk rama-rama kecil dihiasi daun dan bunga-bunga yang comel. Bijak juga Khairina membuat pilihan. Memang tepat dengan cita rasa dan kegemaranku. Ungu dan rama-rama. Sayang rasanya hendak dipakai. Rantai itu ku simpan dengan kemas di dalam kotaknya semula.

* * * *


bersambung..

tabahlah wahai hati..

hati
kenapa kau bersedih?
kenapa kau x pasti ape yg kau sedihkan?

hati
sudahlah
jangan disedihkan..
jangan diingatkan lagi..

hati
engkau pasti pulih..
bersabarlah wahai hati..

hati..
jangan kau degil berbicara lagi..
nyah lah semua bisikan itu..

tabahlah wahai hati..

Sunday, October 12, 2008

a way..

a way that i need to walk..

is the way that i chosed..



a way that i need to run..

is the beginning of a long journey..



that way..

is the way that i must walk through it..



never turning back..

never regret..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails