Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Showing posts with label Writer's diary. Show all posts
Showing posts with label Writer's diary. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

14.5km sejam

Salam'alayk..

Hari ini hari yang best. Al maklumlah dah lama asyik mensunyikan diri dalam gua ilmu di UKM. Sekarang Allah bagi peluang pula luang masa dengan keluarga sebelum sy mula bertugas di hospital. Tadi kami pergi tempat adik kerja part-time. Dapat pula test power main bowling. Tidak disangka, strike dan terus strike.. 5 kali tanpa berturut2. :')

Tempat bowling ini menarik sebab boleh ukur kelajuan balingan. Walaupun balingan sy buat amatlah perlahan umpama si kura2, 14.km sejam, tapi strike tetap jua menyusul.. ;')

Terima kasih Allah kerana kurniakan kudrat beriadah di luar sambil berhibur bersama keluarga.. Alhamdulillah, kami bersyukur.


Saturday, April 14, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah,

Segala puji hanya bagi Allah atas izinNya membenarkan sy bergelar seorang Doktor, InshaAllah seorang doktor Muslimah. Buat sahabat2 yang mendapat nikmat ini, Alhamdulillah.. Berusahalah menjadi doktor yang baik dan memberi semangat kepada pesakit, dan buat sahabat2ku yang masih meneruskan perjuangan, usah tangisi ujian ini, kerna perancangan Allah itulah yang terbaik buat hambaNya.. Kuatkan semangat! Moga jihad hati dan perasaan kalian Allah pandang dengan penuh kasih sayang.. Amin ya Rabb..

" Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik.. " mutiara inilah yang sentiasa mengubati hati sy pabila yang dirancang tidak mengena, yang tidak terfikir pula berkunjung tiba. Alhamdulillah, walaupun banyak ujian yang datang dalam hidup sy selama ni, Allah tidak pernah henti mengajar dan mendidik dengan ujianNya. Terima kasih Allah!

Dulu sy bukanlah seorang Muslimah yang kuat, miliki hati yang "fragile" dan mudah gundah. Alhamdulillah, walaupun ujian Allah kali ini Maha Hebat, sy mampu tahan air tangis dari menangis malah boleh tersenyum pula merenung kasihNya Allah dalam aturanNya.

Kali ini, sy ubah perancangan hidup kepada yang baru. Penuhi rumah dengan kasih sayang untuk ibu dan adik beradik, bawa mereka merasai jalan2 bersama keluarga, dan InshaAllah menziarahi makam kekasih yang dirindui di Tanah Suci, Muhammad s.a.w. dan Baitullah.. rindunya ya Rabb~ ;')

SesungguhNya jodoh itu di'tangan' Allah..

Ya Allah ya Shamad,
Ku pohon padaMu,
Kurniakanlah daku seorang kekasih dari kalangan mereka yang Engkau kasihi kerana mengasihiMu,
Teman di kala duka dan suka,
Yang membawaku hampir kepadaMu,
Yang memahami pahit getir kehidupanku, 
Yang berusaha mencari redhaMu,
Dan tidak jemu mendidik dan mengajakku memperbaiki diri.


Ya Allah ya Rahman,
Jika kekasihku ada di dunia,
Permudahkanlah pertemuan kami,
Dalam barakah dan keizinanMu,
Mengikut cara yang Engkau redhai,
Dan Lindungilah kami dari kesilapan dan dosa,


Jika kekasihku bukan di sini,
Penuhilah hatiku dengan kasih sayangMu.
Jangan Engkau biarkan daku menzalimi diriku sendiri.


Amin Ya rabb.. 



Wednesday, February 29, 2012

Usah Gagal

Salam'alayk..


Bila buka laman blog ni, rasa rindu pula bermadah indah. Tengok sahabat2 kat sidebar ni masih lagi meng'update' blog masing-masing. Barangkali banyak sungguh nak dikongsikan.. Ye tak? Hmm.. dah lama mengarang dalam BI ni jadi janggal pula nak mengarang semula.. :')

Pejam celik mata ni, dah nak habis dah belajar kat sekolah doktor ni. Alhamdulillah ya Allah, atas segala kurniaanMu. Tapi... Biasalah manusia, lagi2 macam sy ni. Bila dah hampir tiba di penghujung sebuah perjalanan baru nak terasa kesal betapa bagusnya kalau dulu jadi orang yang bersungguh.. Yang lepas jangan dikenang, tapi jadikan pengajaran.. Ye kan Allah? (sy mmg suka monolog dengan Nya.. bukankah Dia itu sangatlah dekat? ;) )

Sekarang, sy dah mula rasa banyaknya ilmu yang belum dituntut, separuh dituntut, tidak serius menuntut, dan macam2 lagi ketidaksempurnaan menuntut ilmu. Rasa seperti, tidak ingin keluar dari medan ilmu ini.. Nak jadi doktor pula tu, ya Allah getarnya hati ini ingin membantu pesakit dengan ilmu yang tidak sempurna.. ;(

Sy luah pada along, dia kata " sudah2 la tu, sampai bila nak jadi 'student' je. Pergi kerja pula, belajar benda baru. ". Hmm, betul gak tu. Nanti kalo nak belajar lagi, siapa la pula nak menanggung.. Yuran dan belanja makan lagi... 

'Cancel la fikir pasal 'extend' ke, 'repeat' ke.. Mana lah tahu Allah memang dah plan nak bagi rezeki bekerja awal ke, kena lah usaha ke arah tu.. Fuh fuh.. Ya Allah, hambaMu ini memang tidak sempurna ilmunya, ketangkasannya, kebijaksanaannya, dan macam3 lagi.. Tapi Allah yang Maha Mengasihani, makbulkanlah doa-doaku dan sahabat2ku semuanya.. Murahkanlah rezeki kami..

Pernah suatu ketika dulu sedang berusaha memenuhkan 'log book', ada seorang rakan ni berkata " I did not plan to fail" masa tengah sediakan alatan untuk ambil darah pesakit. Wah wah.. bagus betul 'mind setting'. Nak ambil dijadikan ramuan semangat lah.. 

Sy juga tidak merancang untuk gagal sebelum berusaha! *genggam tangan*

Ya Rabbi, 
Walaupun masa semakin suntuk, dan persediaanku di luar kemampuan,
Tapi keyakinanku padaMu tidak pernah goyah.

Aku yakin padaMu,
Semua yang bakal berlaku telah lama dalam ketentuanMu,
Maka jadikanlah hati ini kuat, dan tabah,
InshaAllah akan ku terima dengan tawakkal,
Setelah rebah aku usaha..

Amin ya Allah..





p/s: All the best semua! 

" Kepada AKU (Allah) lah kamu mengabdikan diri dan kepada AKU (Allah) lah kamu meminta pertolongan " 

( Al-Fatihah : 4)

Monday, April 4, 2011

Poligami

Salam'alayk..

Beberapa hari lepas, sy ada terlibat dalam satu usrah umum. Alhamdulillah, masih ada Muslimah yang berminat untuk sertai usrah. Sebagai pentazkirah hari itu, sy ceritakan kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan patung berhala. Pernah dengar bukan? Cerita ini sangat sesuai dalam tema usrah hari itu, iaitu Syahadatain (2 kalimahsyahadah).

Perjalanan usrah alhamdulillah, tersusun dan ahli usrah ini memberikan respon yang baik. Boleh dikatakan mereka berminat dan memandang usrah ini berguna bagi mereka. Di akhir sesi usrah iaitu sesi pertanyaan, datanglah isu poligami.

Ahli usrah 1 : Akak, macamana ye bila seorang suami tu nak bernikah lagi?

Naqibah 1 : Selagi mana kita beriman pada Allah s.w.t., kita akan bagi. Tetapi bukan sekadar membenarkan, ada syarat2 nya!

Ahli usrah 2 : Iye ke akak? Macamana ye?

Naqibah 2 : Kita kena tengok bakal madu kita tu, macammana orangnya. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai isteri. Jangan sampai dia memilih calon yang salah.

Ahli usrah 3 : Tapi, macamana kalau dia dah suka. Takkan kita nak halang. Nanti dia buat benda yang tak elok macamana?

Naqibah 1 : Kita kena buat interview kat suami kita ni. Tengok check list. Suami kita ni mampu atau tidak menjadi seorang suami yang adil. Kalau anak isteri pertama dan isteri kedua sakit, macammana dia nak tolong? Dan bagi lagi byk situasi tentang keadilan. Tengok jugak kemampuan kewangan dia. Masa dia. Jangan biarkan suami kita ni terbeban nanti dan menanggung dosa!

Panjang kan isu poligami ini? Sampai sy sendiri pun dah bersemangat nak bagi penerangan lagi. Walaupun kami ni bukanlah lagi seorang isteri. Tetapi, inilah antara isu yang menjadi kerisauan. Bagi sy, sebelum seseorang itu ingin berkahwin, tuntutlah ilmu tentang sebuah perkahwinan. Fahamilah erti sebuah rumah tangga. Erti seorang isteri. Dan erti seorang suami. Sebuah perkahwinan itu bukanlah hanya menyediakan pakej percintaan sepasang suami isteri, tetapi sangat2 lah lebih dari itu. Masakan mudah Allah s.w.t. menyediakan syurga bagi sepasang suami isteri yang diredhaiNya. Tetapi mestilah ada syarat2 untuk memperoleh ganjaran tersebut.

Dan tentang isu poligami pula, seperti yang sy cakapkan, tuntutlah ilmu. Fahamilah erti sebuah poligami. Masalah masa kini, poligami itu telah salah digunakan oleh ramai para suami. Bukanlah mudah memiliki niat yang suci untuk berpoligami. Belajarlah kenapa Rasululllah s.a.w. disuruh Allah s.w.t. berpoligami. Ia adalah ibadah, bukan jalan memenuhi nafsu semata2.. Jika benar dan suci niat seorang suami inginkan poligami, pasti rumahtangganya tidak berbelah bahagi.

Menjadi seorang suami yang berhikmah dan bijaksana, amatlah penting untuk menjadikan isterinya serta ahli keluarganya faham tentang pentingnya sebuah keluarga yang mendamaikan. Sy yang berbicara ini juga masih menuntut ilmu dan masih belajar memahami.

Suka untuk sy kongsi satu cerita yang mungkin boleh dijadikan rujukan jika kita bakal berdepan situasi seperti ini kelak. Klik sini.

Akhir kata, buat para suami ataupun bakal suami, sucikanlah hati dan niat, agar isu poligami ini dipandang baik. Dan bagi para isteri dan bakal isteri, besarkanlah hati kita, bijaksanakanlah cara kita dan utamakan keredhaanNya.

InshaAllah..

Friday, November 26, 2010

Tangisku berbaloi!

bismillah..

alhamdulillah!

hari ini sangat mencabar.. menunggu 3 jam di Accident & emergency unit (A&E) tanpa sekali pun peluang membuat IV cannulation pada pesakit.. sambil memerhati kawan2 yang BARU tiba membuat IV cannulation itu pada pesakit2.. amatlah mengguris hati.. tapi apakan daya, mulut terkunci dan mata tertunduk.. mana mungkin akan dimarahnya mereka2 ini.. dan mana mungkin mahu menunjukkan ketidak puasan hati.. lalu, sy pun baliklah dengan kepanasan.. fuh2.. dan, menangis di bilik sekuat hati..

Alhamdulillah.. kerana sifat kebudak2kan yang tidak mampu ditolong..

Mungkin kerana Allah itu sangat kasihankan hambanya yang 'seorang' ini.. Berkat nekad untuk pergi ke A&E pada malamnya, cukup 5 pesakit sy berjaya buat IV cannulation.. Alhamdulillah.. ! (i love u Allah..)

kini sudah boleh tersenyum gembira..

Ibrahnya, kuatkan semangat dan yakinlah pertolonganNya.. Walaupun ada sahabat yang mungkin melukai hati, pergilah bawa diri daripada menunjukkan amarah kepadanya.. Demi menjaga silah ar rahim.. Tak salah kita menangis untuk meneutralkan perasaan geram dan tidak puas hati.. ;)

sekian..



Thursday, November 4, 2010

Indahnya hanya kami yang rasa

Bismillah..

Alhamdulillah,

INDAHNYA, HANYA KAMI YANG RASA..

indahnya sebuah usrah, sebuah medan tarbiyyah.. alhamdulillah, hampir 6 tahun hati ini dicop mohorkan sebuah tarbiyah Islam.. Kesannya tidak mungkin akan hilang, melainkan diri kita benar2 mahu kikis "tanda" mulia itu dari hati.. mahukah anda?

Walaupun kehidupan harian, kawan2, pengaruh hiburan dan bermacam2 lagi yang mampu mengubah siapa diri kita dan pegangan hidup kita.. "Tanda" yang telah terpahat pada hati itulah yang menjadi penjaganya..

Saya sendiri juga mengakui, saya mudah terpengaruh dengan cara hidup, pemikiran, pemakaian dan mcm2 lagi dari orang lain. Ia fitrah, manusia itu mudah dipengaruhi sekitarnya.. Contohnya, Jika seorang kawan itu suka berjalan, lama2 kawan2 sekelilingnya pun turut sama suka..

Indahnya ia apabila, jika kita sedang sibuk dipengaruhi dan menjadikan prinsip hidup kita kurang baik dari sebelumnya, berbekalkan sahabat2 yang pernah berkongsi tarbiyah dan usrah.. Merekalah signboard.. merekalah lampu isyarat.. merekalah bomba.. merekalah pondok telefon kecemasan.. yang mungkin membantu kita ketika memandu di jalan raya yang panjang.. sesekali kita tersalah masuk lorong jalan, merekalah yang sediakan signboard U turn..

Siapakah mereka(sahabat) ini? Merekalah sahabat yang sentiasa memberi kebaikan kepada kita.. Alhamdulillah, saya baru sahaja dapat signboard U turn daripada seorang sahabat.. Walaupun ia secara tidak langsung, prinsip kehidupannya adalah tarbiyah fardhiyah bagi saya..

Indahnya.. Manisnya.. Jazakillah Ukhti M.. ;) semoga berbahagia di Hari Mulia buatmu dan bakal suami..

Monday, September 6, 2010

Kau buatku hampir menangis..

Bismillah..

wa assalamu'alaikum sahabat..

sudah terlalu lama rasanya sy (lebih gemar menggelar diri sbg sy) tidak lagi seaktif sebelum2 ini berblogging.. tapi kali ini, sy terdetik untuk berkongsi apa yg dirasai saat ini..

wahai Muslimah.. yang masih lagi belum berumahtangga.. pasti hatimu terdetik tatkala melihat sahabat2 seperjuanganmu yang baru berumahtangga, yang bakal bergelar ibu dan berbagai2 lagi nikmat Allah yang 1 ini dikecapi oleh mereka..

pasti tersoal di hati kita, bilakah tibanya giliranku? ya, sy pun merasai begitu.. sy baru shj membaca entry di blog senior (kak ila) yang baru berkahwin 2 bulan lebih dan kini disahkan bakal menjadi ibu, membuatkan hati ini sangat tersentuh melihat kurniaan Allah yang Maha Hebat ini.. Subhanallah..

Cepat2 hati ini dipujuk, masaku kan tiba jua.. Sekarang ini fokus dulu pada amanah hidup yang Allah telah berikan.. Merebut peluang menuntut ilmu .. Cemerlang dalam Ijazah perubatan dan bertugas sebagai seorang doktor Muslimah, insyaAllah.. Bukan begitu? La tahzan ya Muslimah!
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui bila dirimu mampu memikul 1 lagi tanggungjawab berat.. Seorang pembina ummah Muslim!

Berhenti di situ. Noktah.

Hati sudah dipujuk.. ^^,

Hari ini sudah 27 Ramadhan.. Syawal pun bakal menjelma..

Sy mengucapkan salam Aidilfitri buat semua sahabat2 yang mengenali diri ini.. Mohon maaf atas segala salah dan silap.. Sy mohon juga doakan kami di fakulti perubatan UKM ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam yang bakal ditempuhi pertengahan September ini..

syukran jazilan..



Wednesday, August 25, 2010

Di jalan ini Aku bahagia


Alhamdulillah..

Meneliti hari2 yang telah berlalu menjadikan hati ini seringkali menyetujui perasaan itu..

Berkali2 diri ini cuba berlari,

atau mungkin mengelakkan diri,

tetapi tetap jua kaki ini melangkah ke situ..

Kenapa tidak berani wahai hati?

Mengapa tidak tegar wahai diri?

Itulah manusia !

Yang dilihat indah pada pandangan mata itulah bahagia..

Yang dilihat kompleks dan bosan itu penghalangnya..

Dusta!

Semuanya dusta belaka..

Hakikatnya,

di jalan Islam dan Iman ini diriku merasa bahagia..

di jalan dakwah ini hatiku terasa penuh ceria..

kerana MU waktu di jalan itu adalah fokusku..

berada bersama saudara2ku yang mengagungkan kebesaranMU..

* * *

( oops, maafkan ana bermonolog di sini.. ^^)


Oh Allah

Love me when people fail to love

Guide me when people fail to guide

Hold me when people fail to hold

Calm me when people get me sick

Cheer me when heart gets hurt

I am a Muslim who need you so lots

Where no one could fulfill me such only YOU does

I know YOU see my tears

I know YOU hear my cries

I know YOU understand my sighs

I only know YOU does all..

I will try hard to love YOU than others..

guide me..

Allah..







(oops, bermonolog lagi.. ^^ maaflah ye..)






Monday, June 28, 2010

Awaken


Awaken song by Maher Zain..

has woke me up from my land..


listening to the lyric..

made me cried all the night..


thank you Allah..

for creating this honest, brilliant and talented man..


he was able to see what I could not see about You..

he gave a new way in loving You..


Dear my friends..

Please kindly read this lyric and listen to the song..

Maybe we just so busy in our satisfaction's success..

Until we do not realize what we might missed..


AWAKEN

by Maher Zain


We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves




Friday, June 18, 2010

Ibrah Forensik

Salam 'alaik sahabat2ku..

Minggu lepas ana berpeluang melihat 1 prosedur bedah mayat..

Pagi itu ana dapat berita ada 1 kes kematian,

yang bakal dibedah siasat punca kematian berlaku..

kerana risau ana mungkin tiada selera selepas menyaksikan prosedur tersebut..

Ana bersarapan dahulu..

Makan yang berat2..

Setelah selesai..

Ana dan sahabat2 ana menuju ke dewan bedah di basement floor..

Ana tiba di dewan bedah..

Gemuruh..

Ingin tahu..

Teruja..

Bermacam2 lagi rasa..

Kali pertama akan melihat pembedahan mayat secara 'life'..

Seolah,

Seteruja kawan2 ana yg x sabar menanti aksi ahli2 " Mentor " di kaca tv..

Terkejut juga ana,

Ramai rupanya dalam dewan ni..

10.. 20.. 30 orang lebih kalau dianggar2kan..

Ada 3 katil besi..

Dilengkapi alatan2 pembersihan.. Timbangan.. Pemotongan..

Jantung ana mula berdegup kencang!

1 mayat terbujur di katil hujung sana..

Dari fizikalnya seorang lelaki lingkungan 50-an..

Tanpa pakaian..

Tiada kata2..

Tiada lagi nyawa..

Tiada lagi yang meneman..

Hanya dia,

Jasad yang mati!

dan

Anggota yang bakal dibelah alatan tajam..

Ditanggalkan segala organnya!


Wahai Allah yang Maha Berkuasa..

Sesungguhnya amat benar kata2 MU...


* * *

بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ ﴿١﴾ وَطُورِ سِينِينَ ﴿٢﴾ وَهَـٰذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ﴿٣﴾ لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ﴿٤﴾ ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ ﴿٥﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ ﴿٦﴾ فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ ﴿٧﴾ أَلَيْسَ اللَّـهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ ﴿٨﴾


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,(1)

demi Gunung Sinai,(2)

dan demi negeri (Mekah) yang aman ini. (3)

Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik2 nya, (4)

dan kemudian Kami kembalikan dia ke tempah yang serendah-rendahnya, (5)

kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus2nya. (6)

Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan2) itu? (7)

Bukankah Allah yang paling adil? (8)

* * *


Sahabat sekalian..

Ana membayangkan..

Kalau lah ana yang terbaring di katil besi itu...

DIsaksikan begitu ramai manusia..

Anggota badan yang dulunya ana gunakan untuk meneruskan hidup..

Bakal ditanggalkan..

Dan dibelah2..

Saat itu..

Apakah nilai ana di dunia ini?

Tatkala langit dan bumi menyaksikan..

Jasad ana yang tidak lagi bernyawa!

Sekiranya ana hidup di dunia ini dalam kealpaan..

Seringkali jarang mengucapkan tanda syukur padaNya..

Menikmati hidup dan berhibur dengan dunia sepenuh2nya..

Hingga ana terlupa mengumpul bekalan2 kematian..

Amat rugilah..

Pabila semuanya bakal ditinggalkan..

Sedang ana hanyalah hamba yang mendustakan hari pembalasan..


Tetapi sekiranya kita semua..

Sahabat2 sekalian..

Tahu hakikat hari kebangkitan itu..

Sudah pasti saat ini juga kita mahu kumpul semua pahala yang dipromosi..

Kita mahu kaut untung ibadah berguni2..

Moga2..

Kita tenang meninggalkan jasad..

Tersenyum..

Bertemu Allah dengan guni2 keimanan..



Friday, May 28, 2010

KBM ! KBM !


Langkahku terhenti..

" Besarnya surau ni.. Menarik!" getus hati..

Lalu,

Menapak dan menapak lagi..

Memasuki ruang legar surau..

Apabila tiba di perkumpulan akhawat..

Beg galas diletakkan di tepi..

Duduk,

sesi ta'aruf bermula..

* * *

' Sapa, Senyum dan Salam.. 3S '

wah..

ice breaking ni..

Yang menariknya,

tambah pelukan erat 2 Muslimah..

Sejuk hati..

Senyuman pula bukan senyum biasa..

Perlu senyum sambil menyebut angka tiga..!

Nampak sudah gigi2 yg tersusun..

Analoginya seperti..

" Kalau sebelum ni kita bersedekah senyuman hanya 3 bintang..
Kini bertaraf 5 bintang! "

Lepas ni..

Sahabat2 yg selalu senyum 3 bintang, boleh naik taraf 5 bintang ye..
Termasuk ana sekali tak terkecuali, insyaAllah..

Moga2 bertambah2 pahala amal jari'ah kita...


* * *

' Sila senaraikan 20 jawatan yang anda pegang sekarang.. '

Bila dapat arahan ini..

Tangan pun mula lah menyenarai panjangkan jawatan2 yang ada..

Kemudian,

Dengar pula kata seorang sahabat..

" anak pun jawatan kan? "


Allahu akhbar..

Situasi ini menyedarkan ana..


Kita terlupa begitu banyaknya jawatan terletak di bahu..

Tapi yang di depan mata sahaja yang terlihat..


Exco program itu..

Exco persatuan ini..


Tetapi,

di manakah jawatan2 lebih besar pada mata hati ?



Seorang sahabat..


Seorang pelajar Muslim..


Seorang aktivis dakwah..


Seorang anak usrah..


Seorang ahli masyarakat..


Seorang anak kepada orang tuanya..


Seorang saudara sesama Islam..


Seorang umat Rasulullah s.a.w.


Seorang khalifah..


Seorang hamba Allah!



Begitu banyak jawatan kita rupanya..

Tapi tanyalah pada diri..

Apakah benar semua tanggungjawab ini telah tertunai?

Sudah sempurnakah semuanya?


Hati ini mulai gusar..

Sakit..

Sebak..


Malunya pada DIA..

Rupanya masih jauh untuk merasa lega..

Masih jauh untuk tersimpuh selesa!



Wahai sahabat..

Masih banyak tanggungjawab dan hakmu tidak ku tunaikan..


Wahai ilmu2 Allah..

Masih banyak lagi yang tidak ku gunakan manfaatkan sebaiknya..


Wahai aktiviti dakwah..

Masih banyak sumbangan yang tidak ku lakukan..


Wahai usrahku..

Masih banyak tanggungjawab yang tidakku lunaskan..


Wahai masyarakatku..

Terutama para pesakit..

Maafkanku kerana sering terlepas pandang pada kebajikan kalian..


Wahai ibuku..

Maafkanku seringkali tidak dapat bersama dalam hari2mu..

Mendengar keluh kesahmu..

Menjaga dan mengambil berat tentangmu..


Wahai saudara sesama Islamku..

Masih banyak lagi hak kalian yang tidak ku laksanakan..

Masih banyak doa yang kadangkala ku terlupa untaikan padaNya..


Wahai Rasulullah s.a.w. !

Maafkanku umatmu yang tidak pernah melihat wajahmu..

Merasai deritamu..

Seringkali terleka berselawat kepadamu..

Seringkali lalai melakukan sunnahmu..

Seringkali alpa menguntai kasih kepadamu..

Di manakah cita2 ku untuk bertemumu di syurga?

Di manakah?

Sebak..

Tidak tertahan rasanya..



Wahai Rabbku yang satu, Allah!

Ampunilah daku..

Sungguh terobek hati ini..

Mengenangkan amanah2-Mu..

Sungguh dunia telah melitupi warasku..

Sungguh syaitan iblis telah menutup sedarku..!


Peganglah hati2 ini ya Allah..

Aku bersyukur..

Nikmat hidayah ini adalah sebaik2 kenikmatan..


p/s : bersambung..



Sunday, May 23, 2010

KBM ! KBM !

Bismillah..

Segala puji bagi Allah..

Atas nikmat2 Mu ya Rabbi..

Iman..

Insaf..

dan,

macam3 lagi nikmat2 hati dan ruhani..

tidak mampu digambarkan dgn kata2..


Alhamdulillah..

Setelah 2 hari 1 malam,

mengikuti program KBM ini..


Ana balik bersama bermacam2 buah tangan..

Ada detergen hati..

Ada peluntur kotoran degil..

Ada pengetuk2 pintu hati..

Ada madu dan manisan ukhuwah..

Wah..

Dan macam3 lagi..

Ana nk cerita ni pun masa belum izinkan..

InsyaAllah..

InsyaAllah..

InsyaAllah..

doakan ana boleh berkongsi pengalaman sgt2 manis ni ye..
Ada urusan yg sudah memanggil2 ana untuk selesaikan..

Jaga diri sahabat2ku..

Semoga berjumpa lagi..


Monday, May 10, 2010

Sebuah Taklifan


Salam 'alaik sahabat2ku..

Maafkan ana kerana lama berehat dari berkata2 di ruangan ini..

Urusan2 yang kritikal telah pun selesai..

Alhamdulillah..


Di dunia dakwah ini..

Yang hanya ada orang2 yang hati mereka terikat padanya..

Sebuah taklifan baru telah jatuh di bahu..

Amanah..

Usaha..

Kesungguhan..

Istiqamah..

Keteguhan..

Keikhlasan..

Keimanan..

Ketaqwaan..

Semuanya bakal teruji..

Musuh2 kita (syaitan dan sekutunya) pasti telah lama merancang strategi..

Kini tunggu masa mereka bakal beraksi..

Allahu akhbar..


Di jalan dakwah ini bukan mudah kita menapak..

Jika akal, hati dan iman kita seringkali lemah..


Mulai saat ini..

Ayuh!

Dakwahi akal, hati dan iman kita ini..

Biar kekal sihat, kuat dan ceria..

Pasti..

Jalan dakwah ini bukan lagi suatu kesukaran..

Kita mampu menapak hingga berlari!

InsyaAllah...

Bantu kami ya Allah..

Bimbing kami ya Allah..

Didik kami ya Allah..

Peganglah hati2 kami ini..

Jgn disentuh oleh musuh2 kami semuanya..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails