" Angah, tengok Nur Kasih semalam tak? " kata Mama.
" Kenapa Ma? " ana bertanya pula.
" Best, nanti tengok la.." pesan Mama.
Pesan Mama tentang Nur Kasih membuatkan ana tertunggu apa yang hendak mama kongsikan..
Nur Kasih memang diikuti oleh keluarga ana..
Mungkin jalan ceritanya menarik..
Ana tak berapa suka episod awal.. Tak selesa mata dibuatnya..
Akhirnya, ana berjaya menonton episod yang diperkatakan..
Ya, betul kata mama.. Memang menarik..
Bukan kerana jalan cintanya yang berliku..
Bukan juga kerana pelakonnya yang cantik dan kacak..
Bukan juga kerana alunan irama yang melankolik..
Tetapi kerana tabirnya..
Tabir yang ana sangat2 rindu..
Makkah Al Mukarramah !
Tanah suci yang pernah ana menapak ketika berumur 10 tahun..
Berjalan dengan tapak kaki kecil..
Memijak-mijak bumi baginda Rasulullah s.a.w...
Ya Rasullullah ! Ana datang ke tempat kesayanganmu..
Rezeki dari Allah.. Kesempatan emas yang jarang2 digapai..
Nenek ana pandai kumpul duit.. Beribu-ribu duit dia simpan seorang..
Sampai masa, dia belanja ana dan keluarga ke bumi suci ini..
Ya Allah, betapa murninya hati nenek..
Rahmatilah rohnya dan tempatkanlah dia dari kalangan hamba yang Engkau redhai..
: Kenangan :
Ana tidak berapa ingat struktur bangunan di sana..
Tika itu ana kecil, tidak tahu apa yang harus tahu..
Di sana, kami pergi ke tempat Sai'e..
Kami diatur berpasangan.. Ana diambil oleh nenek..
Berjalan di Sai'e memang seronok..
Sebab adanya nenek yang kadangkala lucu..
" Alamak anis, dah berapa kali ye kita pusing? " tanya nenek.
" 7 dah ni nek.. " jawab ana.
" Berapa kita kena pusing ni? 7 ke 14? " nenek terlupa.
" Tak apa lebih pun kan? Jom, kita pusing lagi.. " jawab nenek lagi.
Akhirnya kami berjalan dari Safa ke Marwa sampai 14 pusingan..
Apabila kami semua berkumpul, baru nenek tahu hanya 7 sahaja..
Nenek gelak besar teringatkan 14 pusingan tadi.. ^_^
" Anis, sini.. " kata nenek. Kami akan pergi tawaf Kaabah.
Tangan ana yang kecil halus digenggamnya erat di tengah2 Masjidil Haram..
Kami sedang berada di tengah lautan Muslim..
Semuanya serba putih.. Sesekali ana mendongak ke atas.. Melihat orang2 arab yang besar dan tinggi.. Takut juga ana yang kecil tika itu boleh terpisah dari rombongan..
" Cepat anis.. " Nenek menarik tangan ana supaya berjalan cepat..
Kami sempat lalu di depan pintu Kaabah.. Ana hanya 2 meter untuk menyentuh tubuh Kaabah..
Tetapi kerana terlalu ramai yang berjalan ke arahnya, nenek batalkan hasrat..
Mungkin risau akan ana agaknya..
Kami sempat berdoa juga.. Ana nampak nenek berdoa sungguh2 sekali..
Ana pun berdoa juga.. Tapi ana sudah lupa apa yang ana doa dulu.. Apa ye? (^^,)
: Kerana Nur Kasih :
Menonton Nur Kasih ini..
Rindu yang hampir padam kembali bertaut..
Membuatkan ana memutar2 memori indah yang pernah tercipta..
Ya Allah, betapa runtunnya hati yang merindu ini!
Alhamdulillah,
Rasa yang wujud ini..
Umpama salju yang menghujani Antartika..
Menjadikan ana sejuk dalam saat kehidupan yang panas dan lembap..
Ya Allah,
Murahkanlah rezekiku dan keluarga..
Agar kami beroleh peluang..
Kembali menapak di tempat kami pernah menjejak..

3 comments:
teringin nak pergi jugak
sedang mengumpul duit
:)
sama-sama kita kumpul duit ye.. (^^,)
nis.. :)
Post a Comment