Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Monday, September 14, 2009

Kilan yang terubat..

" Makcik, gembira tak dapat balik rumah hari ini? " kata ana padanya. Dia wanita tua 60-an. Lebih kurang sama umur arwah nenek ana. Raut wajahnya yang pada mulanya suram menjadi ceria. Dia tersenyum.. walau gigi-gigi putihnya tiada lagi, senyuman comelnya membuatkan ana terhibur..

* * *

Ana teringat akan arwah nenek ana dulu. Sudah 4 tahun dia pergi. Ana sibuk dengan study, jarang ada ruang untuk menjaganya. Sehinggalah bila ana pulang, dia sudah terlantar tidak bercakap..

" Mama, kenapa dengan nenek? " ana bertanya waktu itu.

" Mama pun tak tahu.. Banyak semut ni.. Badan nenek ada luka kecil sana sini.." kata mama.

" Kita bawa hospital jom.. Risau apa-apa jadi ni.." kata ana lagi.. Kami tak berilmu waktu itu, hantar kepada mereka yang berilmu.. Adalah jalan yang terbaik..

Nenek dibawa ke hospital.. 3 hari kemudian, dia pergi buat selamanya.. Ana terkilan, tidak sempat menyumbang tenaga menjaganya..

* * *

Tangan makcik tadi menarik tangan ana.. Dia yang sedang baring cuba untuk bangun dan duduk.. Ana biarkan sahaja perlakuannya..

" Makcik nak pergi toilet ni.. " katanya lagi..

Ana tersenyum.. Seperti cucunya pula ana dilayan.. Ana papah dia dan menemannya berjalan..
sehinggalah segalanya selesai..

Teringat waktu arwah nenek ana juga begitu dulu.. Nama ana sering dipanggil sewaktu ana berada di rumah..

"Anis~ sini.." panggil nenek..

" Ni tolong.. Amikkan ikan tu.. Tengok nenek makan ni.. " katanya lagi..

" Anis~ suapkan ubat ni.. " suara nenek kedengaran lagi..

Nenek... -_-'
. . . .

Ya Allah.. Maha Pengasihnya Engkau akan hamba-hambaMu..

Rindu dan terkilan ana terubat..

Jika beginilah hidup ana kelak.. Ana puas..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails