Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Thursday, October 1, 2009

Tarbiyah Si kecil Merah

Alamak..

Apa ini?

Si kecil Merah!

Si kecil Merah tak datang sendirian..

Dia datang dengan kawan-kawan..

Ada yang kecil..
Ada yang besar..

Banyak-banyak..

Memenuhi ruang-ruang kosong..

Aduhai si kecil Merah dan kawan-kawan..

Kelibat kalian telah membuatkan keyakinan ana kadangkala tergugat..

Moga-moga kalian 'pulang' cepat..


Tetapi..

Esoknya masih ada..

Tak berkurang.. Malah bertambah pula..!

Ya Allah..
Si kecil Merah juga ciptaanMu..
Moga ku kuat menahani 'ujian'..

Pandangan mata ana mula tidak sedap..
Sesekali rasa rimas pula..

Si kecil Merah takkan hilang tiba-tiba..
Di luar kekuasaan ana..

Tetapi ana yakin..
Akan ada waktu, dia tetap akan pergi..

Sementara itu,
Ana kena tunggu dengan SABAR..

" Eh.. Kenapa dah teruk ni? " seorang sahabat bertanya..

Ana mencebik.. Kerana ana pun tidak tahu puncanya..
Berhari-hari ana menatap wajah yang dihinggapi si kecil Merah..
Rasa sedih itu pasti ada..

Hampir semua yang jumpa ana,
Menunjukkan tanda terkejut..
Mungkin kerana melihat keadaaan wajah ana yang semakin 'merah'..

Itulah ketentuan..
Kehadiran si kecil Merah ana terima..
Pasti ada Ibrah di sebalik kemunculannya..

Akal pun mula bekerja..
Mencari makna si Kecil Merah..

Ana sedar,
Hidup kita ini sentiasa dipenuhi nikmat Allah..
Kaya dengan kesihatan..
Kaya dengan kesempurnaan fizikal..
Kadangkala kita tidak bersyukur!

Allah Maha Kuasa mampu menarik apa sahaja yang dikurniakanNya..
Terlalu banyak nikmat yang kita terima..
Begitu panjang jika kita mahu senarai!
Kenapa pula mahu merungut jika nikmat itu ditarik balik?

Kita sepatutnya bersyukur..
Mempunyai akal untuk berfikir..
Mempunyai hati untuk mentafsir..

Yang dipandang Allah itu HATI..
Kenapa digelisahkan pandangan MATA manusia?
Sedangkan pandangan HATI manusia itu lebih penting..

Bagaimana?

Risaukan AKHLAK kita yang dipandang HATI manusia..
Gelisahkan AMAL dan IMAN kita yang di'pandang'Nya..

Benar bukan jika kita mudah risaukan fizikal kita yang tampak 'tidak sempurna' pada pandangan MATA manusia?

Kita pun mula akan sibuk mencari cara memperelokkan segalanya..

Bermacam-macam usaha kita lakukan..

Jika yang mahu cantik, bermacam hiasan dan pakaian dibeli..
Kalau make-up nya belum cukup hebat seperti artis,
Mahu ditambah-tambah lagi hingga tebal!

Jika yang mahu tampil ramping menawan,
Hari-harinya risau terlebih makan..
Kalau boleh sanggup tak makan!

Tidak salah untuk berhias atau menawankan diri..
Tetapi berpada-pada lah..

Jangan sampai terlupa yang UTAMA..

Menyediakan JASAD yang diRedha..
Mempersiapkan AMAL yang diHitung..
Memperelokkan HATI penentu diri..
Mensucikan RUH yang bakal kembali..

Ana mengangguk..
Akal sudah berhujah..
Hati pula sudah menyetujui akal..


Selesai masalah si kecil Merah..
Kehadiranmu adalah tarbiyah!




* Ibrah : Pengajaran

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails