Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Friday, September 11, 2009

Dia

Kami bertentang mata..

Seminit..2 minit.. 3 minit..

Hmm..

Masih tak sudi..

Mana mungkin?

Ya, dia si comel yang baru hadir ke dunia..

Tetapi,

Bukanlah si comel yang ku mahu!

* * *


Itulah ngomelan ana sewaktu kecil dulu..

7 tahun menjadi bongsu..

Datang pula yang baru..

Takhta manja telah beralih mahkota..

Melihat si dia tika berfikiran kanak dulu,

Hanyalah cemburu!

Cemburu si dia di bawa ke sana ke mari..

Dipeluk atuk dan nenek..

Bergurau senda bersama mereka..

Hanyalah si dia menjadi topik utama..!

Tapi itu dulu...

Lama juga ana bina tembok di antara kami..

Tidak pernah rapat apatah menghargai..

Jarang sekali bertanya khabar..

Sehinggalah ana mula tamat asrama penuh..

Kekerapan pulang ke rumah waktu matrik menjadikan kami mula mengenali..

Dan saling menerima..

Alhamdulillah...

Kini..

Kami sudah boleh berkongsi cerita, masalah dan bergurau senda..

Dan si dia mula mendengar dan menerima nasihat dan tunjuk ajar..

Terasa rindu bila ana pulang ke medan asal..

Bila terima mesej darinya..

Ana pasti berbunga.. Gembira!

Tahun ini tahun penting baginya..

Setelah tahun penting dulu tidak membuahkan jaya..

Daku sentiasa mendoakan jaya..

Buatmu izzatul irdiana..

Semoga berjaya adikku di dalam PMR mu..

Salam sayang dari kakakmu..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails