Pada suatu hari yang riuh.. Kedengaran suara adik beradik yang sibuk usik mengusik..
Gadis 4 beradik ini gemar bergurau senda sesama mereka.. Tiba-tiba kakak yang sulung pun berkata..
Kak Long : Angah, sijil lahir kamu mana ek?
Kak Ngah : Alamak, mana ek.. Tula, lepas uruskan KWSP mama hari tu dah tak tahu ada kat mana..
Kak Long : Bahaya tu angah, mama kata kalau dah tak ada susah nak buat baru.. Katanya kena masuk darjah 1 balik..
Kak Ngah : Haa? Tak logik nye.. Kalau orang tu dah umur 30 takkan kena masuk darjah 1 balik? X logik x logik.. Along sengaja ye cakap macam tu?
Kak Long : Betul, mama yang cakap.. Habis la angah tak boleh kahwin..
Kedua adik mereka yang lain turut memasang telinga akan perbualan mereka berdua.. Mereka tersengeh suka melihat gelagat kakak2 mereka..
Kakak sulung yang mulai risau juga akan sijil lahir nya mengajak kakak kedua pergi mencari sijil lahir mereka berempat di almari buku..
Seperti pencuri mencari emas, begitulah mereka mencari2 fail yang menyimpan kesemua sijil lahir mereka..
Kak Long : Haa... Jumpa dah angah punya.. Angah dah boleh kahwin.. Hehe
Kak Ngah : Syukur.. huhu tak sanggup masuk darjah 1..
Kak Teh : Kak teh punya ada x?
Kak Long : Ada2...
Kak Teh : Yea yea, boleh kahwin jugak!
Kak Ngah : Ewah, excited pulak.. hehe
Adik : Adik punya?
Kak Long : Alamak, tak jumpa lagi... Habis lah... hehe
Adik : Alaaa... Mesti ada punya..
Kak Long : Haa.. Jumpa dah.. Ok! Semua pun boleh kahwin.. (^0^)
Sambil tersenyum riang, semua pun kembali ke bilik dan menyambung perbualan..
TAMAT
Moral of the story :: Sila pastikan sijil lahir anda juga ada.. Susah jika hendak kahwin atau menuntut jenazah.. Selamat mencari... (^_^)
No comments:
Post a Comment