Hari ini adalah hari mendaftar pelajar tahun 3 untuk masuk semester baru. Masing-masing sibuk mengangkat barang memasuki bilik. Mata sy dah mula berkedip-kedip. Sedangkan, pukul 10 dikatakan masih awal untuk pelajar seperti kami tidur. Barangkali terlalu penat mengangkat barang petang tadi.
Bilik baru yang telah siap dikemas ini sy tatap puas-puas. Gembira rasanya. Setelah 8 tahun menghuni di asrama tempat belajar.. Baru pertama kali sy dapat merasa bilik baru dikemas oleh ibu. Selalunya, tiap kali tiba hari mendaftar bilik, sy sendiri yang akan menguruskan segalanya sehinggalah selesai. Tetapi kali ini, luar biasa. (^_^)
Bila dimanjakan begini, rasa seronok pula. Ibu terlalu risau sy akan kurang sihat. Katanya, minggu pertama ni minggu yang penting. Kena jaga kesihatan. Maklumlah, anaknya yang seorang ini lebih kerap jatuh sakit. Sy hanya tersenyum. Tetapi, kembali suram semula.
Ibu, kakak dan adik baru pulang tadi. Riuh berganti sepi. Tadi bilik ini riuh rendah dengan suara mereka. Kini, hanya kedengaran bunyi kipas yang giat berputar di siling. Tidak mengapalah kalian. InsyaAllah, semoga semangat dan azam dapat membuatku kekal gagah meneruskan perjuangan.. Demimu jua ibu, semoga usahaku dapat membuatkan segala pengorbanan air matamu menjadi permata gembira.. Selamat Hari Ibu !
(Mungkin kerana terlalu letih, ayat kurang teratur.. Maaf..)
No comments:
Post a Comment