Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Friday, May 29, 2009

Ombak Dunia

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Allah berfirman :

" Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji mu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan orang-orang yang bersabar di antara kamu."


(Surah Muhammad : 31)

Dari tadi ana termenung memandang skrin. Ingin berkongsi debaran, gelisah, takut dan penat yang mula menebal. Tetapi ana masih tidak pasti bagaimana untuk memulakan. Masa yang tidak mengenal erti henti terus berlalu.

5 minit.. Ana masih lagi diam. Mengimbas peristiwa2 yang berlaku sepanjang minggu ini.

Memulakan posting tahun 3 dengan Jabatan Sakit Puan bukanlah sesuatu yang mudah. Ketahanan fizikal,mental, emosi, dan spiritual ana benar2 teruji.

Ana perlu mengikuti pembelajaran di wad, dewan bedah dan klinik. Lebih dari itu, ana perlu belajar melakukan sendiri pemeriksaan dan menyambut bayi semasa kelahiran.

Walaupun didatangi dengan pengajar pelbagai personaliti yang mampu membuatkan ana berasa rendah diri dan kadang kalanya tertekan, disebalik semua ini ana sedar ianya adalah peluang untuk ana belajar adaptasi dalam situasi yang rumit.

Ya, apabila dihadiri pengajar yang mungkin lebih garang daripada ibu bapa kita. Kita mampu menangis. Dan itulah yang berlaku kepada sahabat ana. Selepas berjaya dipujuk dengan kata-kata semangat, ana pula yang terjangkit kesedihan dan kurang motivasi diri.

Ana duduk sendirian dan menghayati apa yang ana lalui sepanjang seminggu permulaan ini. Ana sedar, minda mula keliru dengan sistem baru yang agak memeningkan. Diasak pula jumlah kepenatan yang berganda. Aktiviti yang memerlukan berjalan dan berdiri dalam masa yang luar dari biasa. Kadangkala keadaan ini lah menjadi penghalang untuk ana terus bermotivasi.

Syukur pada Allah, apabila dikurniakannya ujian seperti ini. Ana belajar untuk menyedari hakikat kehidupan seorang doktor. Ana mula belajar membiasakan diri dengan situasi ini. Dan kekuatan rohani itulah yang menjadi benteng dari mudah putus ada setelah dihujani pelbagai dugaan.

Apabila kita dilanda ribut ujian dunia.. Waktu itulah , baru kita akan terlihat sebenarnya telah lama ada tempat bernaung yang boleh kita berteduh..

Allah berfirman :

" MIntalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. "

(Surah Al-Baqarah: 153)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails