"Sesiapa yang telah mencapai puncak kegembiraan atau kenikmatan duniawi maka hendaklah bersiap sedia menghadapi puncak kesedihan dan penderitaan, kecuali hamba-hamba Allah yang bertakwa. Mereka adalah peraih akhir kehidupannya dengan keredhaanNya dan syurga "
Mutiara kata Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Gembira dan duka..
Sentiasa beriringan..
Mungkin hari ini kita kan gembira..
Dan esok hari, waktu bersedih..
Sedih kerana berduka..
Sedih akibat derita..
Derita dek hilangnya nikmat..
Hanya orang yang bersabar dan bertakwa,
Tersenyum bahagia mengamati suka, gembira, sedih dan derita..
Tidak berkecil hati,
Malah semakin tabah..
Buat diriku,
Hargailah ruh yang datang dariNya..
Gunakan keajaiban nyawa,
Mengabdikan diri semampunya..
Hargai detik waktu yang ada,
Mengilhamkan penajam fikiran..
Usah dikaget musibah yang datang..
Usah diragui derita yang hampir..
Bukankah DIA telah berjanji?
" Ingatlah, sesungguhnya bantuan Allah itu amat dekat. "
( Al-Baqarah : 214)
Bertawakkal kepadaNya dengan sebaik-baik tawakkal..
Dan jadilah orang yang bersabar dalam kesabarannya..
Iaitu orang yang meneruskan kehidupannya,
yang tersenyum tanpa sedih pada wajahnya,
yang gigih tanpa meninggalkan amalan ibadah,
dan tidak terlalu kenangkan nasibnya...
Kuatkan semangat! (^^,)V
p/s : just been diagnosed with MR(mild) and PMVP, doakan daku sahabat!
No comments:
Post a Comment