Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Sunday, October 25, 2009

Kesalahan

Bismillah..

" Kesalahan dan kekurangan terbesar kita adalah tidak pernah berjuang secara maksimal untuk mengisi hari-hari yang sedang kita jalani. Kita malah lebih asyik bernostalgia dengan kemajuan masa lalu serta membincangkan perancangan masa depan. Kenapa bersikap begitu wahai Muslimin? "

Mutiara kata Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni


:: TERKENA ::

Mutiara kata tadi terkena pada ana sendiri..
Sebab itu ana letak pada entry kali ni..

Sebab ana sibuk bernostalgia kekurangan lepas..
Dan sibuk merancang perubahan lebih baik masa depan..

Tetapi,
waktu ana sedang bernostalgia dan merancang itu,
ana terlupa, ana sedang mencuri masa realiti..

Maafkanku realiti,
Kehadiranmu sering terlepas pandang..

Kepentinganmu realiti,
Sering disalahgunakan..

Akibatnya,
Realiti sudah menjadi kenangan..
Masa akan datang sudah menjelma realiti baru..
Kehilangan suatu realiti yang pergi..
Takkan muncul kembali!

Jadi?

Kurangkan masa bernostalgia..
Kurangkan masa merancang melebihi had..

Tingkatkan kualiti realiti..
Majukan prestasi diri..

Hargai realiti!
Sebelum menjadi kenangan abadi..

Tapi ingat,
Realiti bukan hanya untuk kerjaya..

Realiti adalah waktu memperbaiki,
dan memenuhi keperluan semua aspek kehidupan..

Ayuh~ (^^,)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails