Ana sudah berada di bilik..
Menatap laptop sementara menunggu mesej masuk..
Mesej dari sahabat ana,
Jawapan kepada persoalan,
Iaitu tajuk perbincangan malam ini..
Sambil menunggu..
Ana teringat akan slot di televisyen minggu lepas..
Yang berjaya mengetuk pintu terharu..
Jadi,
Masa yang terluang ini..
Boleh ana manfaatkan..
Cerita dikongsikan bersama..
* * *
Minggu lepas,
Sementara menunggu waktu berbuka puasa di rumah..
Ana menonton Jejak Rasul Ke-15..
Selesai menonton siri tersebut,
Diikuti pula kisah 'Salam dari USA'
Kisah kehidupan beberapa saudara Muslim di USA..
Kelihatan seorang wanita,
Fizikalnya adalah seorang Muslimah seperti ana biasa jumpa..
Yang membezakan ialah si dia berbangsa Amerika..
Cara hidup kami tetap sama..
Kerana kami seagama..
" Saya akan lakukan apa yang saya terdaya untuk membuat kebajikan, cuma satu yang saya minta dari Allah.. Saya berharap Allah akan menerima saya sebagai hambaNya.."
Lalu si dia menangis teresak..
Allahuakhbar..
Kata-katanya masih terngiang..
Sungguh hamba Allah ini benar2 menghargai..
Walaupun lahirnya dulu beragamakan bukan Islam..
Tetapi penghargaannya kini...
Cukup mengharukan..
Semoga Allah membantu kita menjadi insan sepertinya..
Insan yang menghargai Allah s.w.t. dan Islam..
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment