Salam'alaikum...
Wahai sahabat..
Ramadhan telah pun tiba..
Apakah perasaanmu tatkala ini?
Ana sudah termenung lama di hadapan laptop..
Keinginan untuk menyampaikan gembira di hati cukup sukar..
Hampir beberapa kali jua ana men'delete' post yang sudah ditaip..
Serba tidak kena.. Mengapakah?
Ana seperti tidak layak menceritakan tentang Ramadhan..
Serba kekurangan..
Tetapi bukankah kesempurnaan itu terbit setelah dihimpit ketidaksempurnaan?
Moga-moga isi kandungnya manfaat buatmu..
Sahabat..
Andai Ramadhan ini yang terakhir..
Ayuh, sama-sama kita manfaatkan masa yang ada..
Waktu inilah..
Waktu untuk kita bertaubat..
Terus-menerus mengingati Allah..
Membuktikan kecintaan pada yang Esa..
Jangan dibiar puasa sekadar diperut..
Tetapi sama-sama kita puasakan akal, hati, nafsu dan jasad kita dari kemudharatan..
Sudah terlalu lama dibiarkan 'sakit'..
Penat lelah memenuhi keiginan kita yang kadangkala keterlaluan..
Tanpa rehat walau sedikit..
Mari kita rehatkan akal dari kelalaian..
Rehatkan hati dari gudang cinta..
Rehatkan nafsu dari 1000 kemahuan..
Dan rehatkan jasad dari kenodaan..
Semoga sesi 'rehat' kita ini,
mampu memulihkan akal, hati, nafsu dan jasad..
kembali berfungsi dengan keadaan 'sihat'..
Jangan dilupakan jua..
Bulan inilah,
Allah mengandakan pahalanya..
Rebutlah peluang..
Siapa tahu mungkin ini peluang terakhir kita..
Ana pernah mendengar cerita seorang Muslimah Solehah berkata..
Jika ada pahala yang dijanjikan Allah..
Dia pasti melakukan ibadah yang pahalanya lagi lumayan..
Apakah maksudnya pahala lumayan..?
Jika kita hanya mampu berpuasa dengan berehat di rumah..
Wanita ini, mahu berpuasa ketika panas terik..!
MasyaAllah..
Bukankah ia agak sukar dilakukan?
Tetapi itulah yang lebih digemari olehnya berbanding kesukaran yang sedikit..
Ayuh, sahabat..
Sama-sama kita usahakan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini..
(^^,)
Salam Ramadhan.. Bulan Mulia bulan kesucian..
No comments:
Post a Comment