Badan sakit dan lemah..
Dari pagi ana hanya terbaring di katil..
Berfikir.. dan berfikir...
Adakah ana begini kerana puasa? Tidak pula..
Kerana sebelum puasa lagi memang begini..
Adakah kerana kemalasan? Pun bukan juga..
Ana akan pergi juga ke wad walau sekejap..
Tepat pukul 1 ana bangun juga..
Menapak selangkah demi selangkah..
Memegang tulang2 yang sakit..
Seperti orang tua rasanya!
Langkah diteruskan untuk bersiap..
Waktu zuhur tidak lama lagi..
Tetapi bagus juga sakit2 begini..
Rasa ingin duduk di bilik..
Dan mengisi ruang waktu menabur cinta padaNya..
Azan berkumandang..
Solat Zuhur telah pun ditunaikan..
Rasa ingin menghadap kalam2 Nya..
Astaghfirullah!
Ana terlupa..
Semalam ana baru pulang dari rumah..
Dan kitab kesayangan masih di sana..
Fikir dan berfikir lagi..
Akhirnya satu kata putus..
Mungkin sudah tiba masanya ana memiliki jasad kitab yang baru..
Ana keluar bilik..
Ketika itu seorang sahabat ana masih ada di biliknya..
Ana keluar untuk pergi ke bilik seorang akak yang membekalkan kitab Al Quran..
Ana pandang kunci bilik ana..
Tetapi hanya tinggal pandangan..
Dengan harapan sahabat ana masih ada di rumah setelah ana pulang..
Selesai urusan di bilik akak itu..
Ana pulang dengan kelegaan..
Sampai di rumah..
Astaghfirullah! Sekali lagi..
Pintu rumah ana.. Berkunci..
Jelas tiada sesiapa di dalam..
Kasut sahabat ana telah tiada..
Ana sungguh yakin dia telah meninggalkan ana..
Yang terkunci di luar..
Ana yang berpoket kosong.. Hanya ada rm1 kertas..
Dan telefon awam di hadapan ana, hanya untuk ditatap..
Tidak mungkin dapat memberitahu sahabat ana keadaan ana yang terkunci ini..
Handphone masih di bilik.. Begitu juga kunci rumah.. Dan kad pas masuk blok..
Ana tidak boleh keluar blok dan tidak boleh masuk ke rumah..
Buntu seketika.. Istighfar memenuhi ruang waktu..
Takut2 kerana ujian sebegini, ana 'gagal' dalam hari ke 3 bulan Ramadhan..
Langkah diteruskan mencari bantuan..
Tetapi blok yang kelihatan kosong..
Membuatkan ana tunduk.. Redha..
Hanya untuk seketika..
Kemudian datanglah pertolongan Allah..
Muncullah sahabat2 ana yang baru keluar rumah untuk ke kelas..
Kad pas masuk blok dipinjamkan kepada ana..
Sahabat sebilik dihubungi untuk memaklumkan kejadian..
Selalunya,
Apabila pelajar2 di kolej ini terkunci,
Ada perkhidmatan pinjaman kunci di pejabat kolej..
Akan tetapi..
Pakaian ana belum lengkap untuk keluar dari blok ke pejabat..
Mujur ada bekalan di luar rumah..
Beginilah agaknya ketika kesusahan..
Kita pasti akan mampu untuk melakukan sesuatu..
Dan menerima apa jua kekurangan..
Alhamdulillah..
Akhirnya.. Ana berjaya memasuki rumah..
Jika ana tunggu saat waktunya sahabat2 serumah pulang..
Ana pasti kerugian beberapa jam di luar..
The moral of the story..
Bersabarlah di dalam apa jua keadaan..
Allah pasti bersama kita..
Kerana Allah itu dekat..
Yang kedua..
Jangan tinggal kunci!
No comments:
Post a Comment