Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Friday, August 28, 2009

Liku hidup seorang pesakit

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Sudah awal pagi..
Lewat bagi penduduk Malaysia..
Tetapi masih awal bagi seorang pelajar perubatan seperti ana..

Waktu inilah sahabat2 seperjuangan sibuk menelaah..
Mengingati dan memahami kisah2 teladan yang diperoleh dari wad..

Esok pagi ana dah kena muncul di wad seawal 7.00 am..
Mengikuti rondaan wad grand..
Setiap pesakit dipastikan telah dijaga dengan baik oleh housemen..
Perkara ini rutin bagi seorang pegawai perubatan (doktor)..

Dan..
Ini hanyalah ngomelan supaya ana sedar ana kena tidur sekarang..

Tetapi..
Hati kata tak mahu..

Ana mahu bercerita lagi..

Seharian ini..
Ana sibuk di hospital..
Bukan sebagai pelajar perubatan..
Tetapi sebagai seorang pelanggan perubatan..

Banyak betul masa dihabiskan mengikuti appointment sini dan sana..

Siapa tahu..

Sahabat lain belajar dari skop seorang doktor..
Dan ana dapat pula belajar dari kedua-dua skop.. Doktor dan pesakit..

Alhamdulillah..
Allah s.w.t itu Maha Bijaksana mengaturi manusia..

* * *

11.00 am..

Ana tercegat di pintu utama klinik..
Borang semuanya ana dah letak di kaunter..
Tunggu nama dipanggil..

Rasa segan dan janggal..
Patut ditarik seorang sahabat teman ana ni..

Tapi,
Ana yakin.. boleh!
Selama ini boleh ke mana berseorangan..
Jumpa doktor kena berteman?

Ana duduk dan tunduk..
Menarik nafas dalam-dalam..

" Puan Izzatul Izzanis..." nama ana disebut..

Terkejut..
Puan?
Ana senyum pada staff di kaunter..
Menganggukkan kepala tanda ana lah orangnya..

" Orang ini tidak tahu.. Maafkan dia.." Ana bisik pada hati.. Memujuk..

Kemudian, sekali lagi 'Puan' itu disebutkan pada nama ana di kaunter seterusnya..
Ana senyum lagi.. Mengangguk..

Tak dinafikan..
Kerana ana berada di klinik warga perempuan..
Mereka terpaksa mengagak sahaja memanggil nama..

Hampir 2 jam kemudian..
Setelah penyelidikan dilakukan..
Selesai sesi pertemuan ana dan doktor di sana..

Alhamdulillah..
Tiada masalah..

* * *
1.15 pm..

Ana bergesa menuju ke surau..

Pukul 2 petang ada test di library..

Dan..
Pukul 3.00 pm pula ana kena pergi fisioterapi..

Alhamdulillah..
Test memuaskan..

Ana meminta diri pada Prof...
Terus menuju ke tempat Fisioterapi..
Ana lambat 15 minit..

Syukur..
Mereka masih menerima..

Di sini..
Ana dilatih melakukan senaman intensif..
Menguatkan otot belakang..

Ramai pesakit yang sama-sama melakukan senaman..
Pakcik.. Makcik.. Remaja..
Semuanya sibuk..
Mengangkat kaki..
Mengayuh basikal..
Berlatih berjalan..

" Boleh Pakcik? " kata seorang kakak memberi semangat..
Pakcik tersenyum gigih..

Ana seronok..
Seperti sebuah keluarga melakukan aktiviti bersama-sama..
Sambil bersenam.. Ana berbual-bual.. Bertanya keadaan pesakit..
Mereka gembira orang prihatin..
Ana pun gembira..

Tetapi yang menyedihkan..
Tempat ini terbuka..
Lelaki dan perempuan bersama-sama..

Ana lihat Makcik itu tidak selesa..
Perlu baring sambil berlatih mengangkat kakinya..
Suaminya juga nampak tidak suka..

Kerana jiran-jiran sebelah tempat bersenam..
Ada yang lelaki..
Semuanya bercampur..

Perempuan itu bersenam di lantai..
Dan Pakcik itu katilnya boleh dilihat semua orang..
Sungguh tidak privasi..

Mengapa ya ana mengomel?
Kerana keadaan kami di sini tidak mudharat..
Kami boleh diasingkan..

Ana dapat satu impian baru...
Ana nak bina pusat perubatan!
Yang mengutamakan perkara walau dianggap kecil ini..

Ana berdoa semoga walau bukan ana lah orangnya..
Akan ada jua orang lain yang mampu melakukannya... Aminn...

* * *
Tugas ana sebagai seorang pesakit belum habis di sini..
Masih ada appointment doktor yang perlu dipenuhi..
Masih ada 6 lagi...

Doktor ana tersenyum..
Katanya tak apa..
Ana boleh belajar banyak..

Ana setuju..
Sakit ana biasa sahaja..
Cuma Allah s.w.t jadikan ia nampak special..
Supaya ana boleh mengaut sebanyak-banyak pengalaman..
Ketika merasai hampir separuh bidang2 dalam perubatan..

Betul kata doktor..
Semoga ana kuat dan tabah..
Menjadi seorang pesakit bukan mudah..
Tetapi.. kita akan jadi lebih kuat dari sebelum kita sakit..

Doakan ana sihat, sahabat..


5 comments:

l t t l g j h ; said...

izzanis sayang,

semoga cepat sembuh ya, kite doakan awak berjaya capai cita2 awak. ameen.

syg kamu (:

ayaharith said...

akk sakit pe?

Izzanis said...

terima kasih syanad..

syg kamu~ ^_^

kite doakan syanad juga ye...

Izzanis said...

akak anemia shj aya.. dun worry~ (^^,)

penconteng.crayOn said...

salam alaik dear friend,
lame xdgr cte awak..
last at matrix n9 if i'm not mistaken..
btw,sorry to hear dat u'r survive anemia..or actually other cronic dieases??
nway,syafakillah ukhti!!
dats really true ur words there..kita akan jd lebih kuat dari sebelum kita sakit..
moga awak terus tabah dan diberi kekuatan
salam sayang~

[nabilah huda]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails