" Sakinah, Allah lebih sayangkan awak. Ujian hamba Allah yang beriman dan bertaqwa itu lebih hebat. Bagaimana keadaan awak dengan ketentuan ni ye? " Khairina mula bertanya.
Sakinah tersenyum sambil memandang ke luar tingkap. Kepulan awan putih tebal waktu itu membuatkan hatinya tenang. Ditenung lama-lama. Ciptaan KEKASIHnya itu tiada bandingan. Kagum. Kemudian nafasnya dihembus perlahan. Kedua-dua wajah sahabatnya ditatap.
" Keredhaan atas tiap ketentuan Allah itu penting. Saya telah lama bersedia menerimanya. Cuma hati manusia, pasti tidak lepas dari pelbagai rasa. Sedih, gementar, risau. Dan sehingga menangis!" Sakinah sebak. Dia menghela nafas dalam-dalam. Cuba mengawal pilu di hati.
" Sakinah, apa yang membuatkan awak sedih sehingga menangis? Sakinah yang saya kenal adalah seorang Mujahidah yang berhati tegar. Jarang saya melihat awak lemah begini." Khairina bertanya lagi.
" Khairina, jika hanya saya yang terbabit dalam ujian Allah ini. Saya tenang dan berbesar hati menerimanya. Tapi.. " jawapan Sakinah terhenti.
" Tapi apa ? " Khairina mula tertanya-tanya.
" Tak ada apa-apa Khairina.. " Sakinah senyum pahit. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Khairina tidak lagi bertanya. Jika tidak mahu diluahkan lagi, tidak perlu dipaksa. Biarkan ia berlaku sendiri.
Aku yang asyik memerhatikan mereka berdua dari tadi, terfikir akan firman Allah s.w.t yang dicetak pada penanda sebuah buku kesayangan :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
pada hal ianya amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah : 216)
" Sakinah, ambil buku ini. Saya pinjamkan pada awak. Moga-moga masa awak yang terluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. " Kataku sambil menghulurkan buku itu.
" La tahzan, Khas untuk muslimah bijak bestari. Menarik tajuknya. Terima kasih Insyirah. " Senyum Sakinah diberikan 'buah tangan'.
Setelah seketika menziarahi Sakinah. Kami pulang. Dalam perjalanan, hanya deruan enjin kenderaan yang kedengaran. Sedangkan kami, diam. Masing-masing sibuk mengenangkan kisah pahit manis bersama Sakinah. Sesekali, bergenang mata yang merenung jauh. Kenangan bersama Sakinah, mungkin tiada lagi catatan baru dalam diari kelak. Allahu'akhbar..
bersambung..
No comments:
Post a Comment