Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Friday, March 19, 2010

Insyirah Maisarah (episod 3)

Sedutan episod lalu..

Ketika dalam perjalanan pulang, aku pasti akan melintasi bilik Khairina untuk sampai ke bilikku. Telefon Khairina berbunyi. Mungkin itu panggilan dari Sakinah. Aku terus menunggu disamping Khairina, menantikan berita daripada Sakinah. ”Astaghfirullah.. Nanti kami datang ye Sakinah..” Khairina menamatkan panggilan.
Hati aku gugup, mulai meronta untuk segera tahu segala isi perbualan telefon itu.

* * * *

" Mengapa Khairina? Berdebar sudah saya ni.." tanyaku mengharapkan jawapan. Sudah terbayang-bayang pelbagai andaian. " Insyirah, Sakinah di hospital. Kena tahan wad. Saya pun tak pasti kenapa. Mari kita lawat dia ye. "

Kami bergegas menuju ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Wad Delima, sakit puan. Debaran yang terasa semakin menjadi-jadi. " Semoga awak sihat Sakinah!" bisik hati kecilku.

Katil 16, di situ lah kami terlihat kelibat Sakinah yang terbaring. Senyuman manisnya menyambut kedatangan kami. Salam dan pelukan mengisi ruang waktu. " Kenapa awak masuk wad ni , Sakinah? " tanyaku.

" Maafkan saya Insyirah, Khairina. " Muka Sakinah kembali muram. Tanganku digenggam. Erat.

" Saya dah lama ada sakit ni, tapi saya simpan seorang. Tak mahu ahli keluarga, kamu berdua dan kenalan yang lain risau." Matanya mula basah. Bergenang. Mungkin sudah terlalu lama ia bertakung sendirian.

Aku membalas genggamannya, sambil memeluk erat. "Sakinah, beritahu kami ye. InsyaAllah, kami cuba membantu semampunya." Pujukku menenangkannya.

" Insyirah, Khairina. Saya ada kanser pangkal rahim. Dah tak lama dah hayat saya ni. Doktor kata dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Saya dah lama tahu perkara ni beberapa tahun yang lalu." Tangisnya mula kedengaran.

" Allahuakhbar.. " kami berpelukan. Menangis. Ujian Allah maha hebat. Telah dihantarNya kad jemputan. Hanya menunggu saat jemputan itu berlaku.



Firman Allah s.w.t :

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusashan dan kesenangan sebagai cubaan. dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan.

(Al- Anbiyaa' : 35)



" Sakinah, Allah lebih sayangkan awak. Ujian hamba Allah yang beriman dan bertaqwa itu lebih hebat. Bagaimana keadaan awak dengan ketentuan ni ye? " Khairina mula bertanya.


* bersambung...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails