Salam'alaik sahabat2..
Lama rasanya tak bercerita dengan kalian..
Mari dengar cerita.. Kisah kali ini adalah..
IMAN BERSIFAT IMUNISASI
Pastinya kalimah IMAN ini seringkali terdengar dalam ucapan2 Islamik..
" Di manakah tahap iman kita? "
" Iman naik dan turun.."
" Keimanan itu perlu dijaga.. "
Pelbagai isu yang dibincangkan tentang iman seorang Muslim.. Contohnya seperti di atas.. Dan banyak lagi isu2 lain yang dibincangkan..
Tetapi..
Masalah lemahnya iman itu masih lagi datang dan pergi.. Tiada istilah " pergi tak kembali.."
Mengapa?
Kerana manusia itu mudah terleka dan lalai.. Jika tidak diingatkan, terus2 di takuk yang lama..

IMUNISASI
Bagi pelajar perubatan, imunisasi itu amat mudah difahami sifatnya..
Apabila seorang bayi lahir.. Satu jadual 'special' telah disediakan.. Lengkap!
Iaitu " Jadual pemberian vaksin ".. Bermacam2 vaksin disuntik, agar bayi yang telah lahir itu dapat membesar dengan sihat, bebas dari penyakit merbahaya sebagai contoh, virus Hepatitis B..
Setelah diberikan suntikan mengikut keperluan, masih ada lagi bekalan dos2 tambahan..
Sungguh teliti!
Mengapa?
Kerana takut2 ada bayi yang terlepas mendapat suntikan yang sepatutnya.. Supaya imuniti bayi itu dalam keadaan terkawal..
Doktor kata " mencegah lebih baik dari merawat.."
Hasilnya, bilangan bayi yang dijangkiti virus2 merbahaya berkurangan.. Ibubapa, masyarakat dan negara pun lega.. Hilang 1 kerisauan yang menghantui diri..
Kesimpulannya, iman memang bersifat imunisasi.. Tidak dijaga dengan baik.. Lemahlah ia..

PENYAKIT
Bayi yang membesar dengan sihat itu bebas daripada jangkitan..
Namun, apabila dewasa dan mula berusia..
Masih ada lagi masalah yang dirisaukan..
Kencing manis.. Darah tinggi.. Sakit jantung..
Dari mana datangnya penyakit2 ini?
Dari Allah..
DAN dari mereka sendiri yang tidak menjaga kesihatan fizikalnya..
Seringkali makan banyak.. Merokok.. Tidak bersenam.. Mudah kata, tiada perancangan dan prinsip untuk betul2 menjaga fizikal dengan baik..
Apabila sakit datang.. Mulalah tercari2 akan penawarnya..
Terkenang akan silapnya.. Menyesal.. Mengeluh..
Tetapi apabila penyakitnya mula dapat dikawal.. Dan terasa masalah boleh diatasi..
Pasti ada yang tidak 'compliance' dengan ubat2an.. Follow up doktor.. Masih lagi mengamalkan cara hidup tidak sihat..
Bila ditanya mengapa?
" Malas.. Asyik kena makan ubat je.. Muak! "
" Mahal.. Banyak keluar duit.. "
" Tiada guna, dah sakit tu terima sahaja la.. "
Inilah penyakit2 minda dan hati.. Orang yang tidak berusaha apabila ditimpa musibah..
KAITAN DENGAN IMAN?
Imunisasi badan seorang bayi sentiasa dijaga dengan rapi sehingga jadual 'special' tadi telah disediakan dan diperbaiki jika ada kekurangan..
Iman kita juga penting dan perlu dirancang dengan teliti bagaimana untuk memastikannya kekal sihat dan tidak dijangkiti kuman2 mazmumah.. Dan sentiasa 'immune' kepada hasutan nafsu, syaitan dan iblis..
Menyediakan jadual amal kita sahaja pun belum cukup jika tiada perlaksanaan..
Sama seperti bayi yang diberikan jadual vaksin tetapi tidak hadir pada waktu suntikan..
Bayi2 itu beruntung kerana masih ada 'nurse2' yang bertanggungjawab mencari 'defaulter'..
Tetapi kita?
Beruntunglah mereka yang mempunyai teman2 soleh dan solehah..
Jangan pernah benci dan jemu dengan mereka ini sahabat..
Merekalah yang ikhlas risau akan keadaan diri kita..
Seperti 'nurse2' yang menghargai nyawa2 bayi itu..
Penyakit2 kronik seperti contoh di atas pula adalah umpama penyakit2 hati yang hinggap pada diri kita..
Kita mudah terlupa akan hakikat seorang hamba kepada pencipta..
Setuju?
Kita sering teruja pergi berhibur..
Kita sering terleka dengan keselesaan sekeliling..
Atau, kita memang tidak endah?
Sehingga,
Kita terlupa dalam hati kita mulai gelap.. Bengkak kerana ditempel dosa2 yang semakin terkumpul.. Terhakis sifat2 iman seorang hamba..
Seperti salur2 darah yang semakin sempit ditempeli kolesterol penyakit kencing manis dan darah tinggi.. Tunggu masa komplikasi bermula..
Dan bila ditimpa musibah atau komplikasi baru.. contonya terlibat dengan zina.. Ditangkap..
Waktu itu.. Kita disaluti kekecewaan.. kebencian.. Kesal tiada kesudahan..
Kita telah pun berjaya memusnahkan diri sendiri..
Seperti orang kencing manis yang tidak mahu 'compliance' kerana sikap, akhirnya kehilangan sebelah kaki..
Jadi..
Sentiasa 'follow up' perkembangan iman..
Jumpa doktor2 hati minta nasihat dan bantuan..
Rapat dengan 'nurse2' peribadi (rakan2 soleh solehah) minta sentiasa dipantaui..
Muhasabah diri..
Di mana silapnya perkataan kita,
Di mana salahnya perbuatan kita..
Di mana lencongnya niat hati kita..
Bertindak sekarang!
Agar iman bersifat imunisasi ini kekal sihat setiap hari..
" Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan,
merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan),
sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri;
dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya,
ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya
(sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu)
demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang
yang melampau apa yang mereka lakukan.
( Surah Yunus : 12 )

p/s 1 : panjangnya.. moga2 bermanfaat walaupun sedikit.. maaf atas ketidakfahaman..
p/s 2 : syukran kathira 'nurse2 peribadi' ana yang sungguh baik hati memantau diri ini.. (akak2 yang disayangi dan sahabat2.. ^^,)
No comments:
Post a Comment