Bismillah ar-rahman ar-rahim..
Salam 'alaik..
Jika anda seorang muslim, sanggupkah anda berkorban?
Maksud berkorban apakah yang cuba diperkatakan?
Berkorban keinginan diri demi memenuhi apa yang telah Allah tetapkan bagi seorang muslim..Sanggupkah?
Ya, setiap muslim mesti sanggup berkorban..
Jadi, seandainya anda seorang Muslimah ( perempuan Muslim), bagaimanakah cara pemakaian anda?
Saya seorang muslimah, dan cara pemakaian seorang Muslimah adalah menutup seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka..
Nampaknya anda memang telah lama tahu syarat pemakaian seorang muslimah.. Tetapi bagaimana pula syarat2 lain yang menjadikan pemakaian itu sudah cukup lengkap syaratnya?
Pakaian yang dipakai hendaklah tidak boleh jarang, ketat, menyerupai berlainan jantina atau pun menyerupai pakaian keagamaan lain..
Bagus, pengetahuan anda memang jelas tentang hal ini.. Saya yakin walaupun hampir setiap Muslimah telah tahu tentang cara menutup aurat dengan betul dan lengkap, tetapi masih ramai lagi yang belum berjaya mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.. Apa pendapat anda?
Saya setuju dengan kenyataan tersebut. Ya, memang ramai Muslimah di luar sana yang masih tidak mengaplikasikan kefahaman mereka tentang cara pemakaian Muslimah yang sepatutnya. Dan, mungkin juga mereka masih kurang jelas tentang perkara ini. Atau, mungkin juga mereka masih belum kuat untuk memperbaiki cara pemakaian mereka..
Apakah yang dimaksudkan anda dengan ramai lagi Muslimah yang belum kuat untuk memperbaiki diri?
Contohnya, walaupun seorang Muslimah itu sedar bahawa cara pemakaiannya itu belum lengkap untuk menutup auratnya seperti kain yang jarang ataupun tudung yang jarang..
Dan di depan matanya terdapat ramai Muslimah lain yang mampu menutup aurat dengan lengkap.. Muslimah ini masih belum cuba untuk mengatasi masalah kainnya atau tudungnya yang jarang.. Meskipun ia telah tahu cara-cara mengatasinya seperti memakai kain legap yang dipakai bersama kain jarang tadi ataupun memakai 'Inner' tudung yang selalunya dipakai bersama tudung yang jarang..
Akan tetapi, Muslimah yang dikatakan masih belum kuat ini tidak berani untuk melakukannya.. Alasan Muslimah seperti ini agak kurang munasabah.. Mereka ini risau seandainya orang di sekeliling mereka akan berkata-kata tentang perubahan diri mereka.. Dan ada juga yang mengatakan mereka tidak selesa jika memakai pakaian yang tebal atau berlapis..
Pada pendapat anda, apakah yang menjadi faktor masalah ini?
Pada pendapat saya, kurangnya sikap menghargai agama itu sendiri yang menjadi punca seorang Muslim sukar untuk mengikuti segala yang telah ditetapkan di dalam agama Islam..
Jika seorang Muslim itu ada keinginan untuk mengenal dan mencintai agamanya, ia akan sanggup berkorban keinginan, nafsu dan masanya demi melakukan apa yang dikehendaki Allah dan agama-Nya..
Bolehkah anda jelaskan kenapa seorang Muslim harus mengikuti segala yang dituntut agama Islam dan mereka perlu sentiasa bersedia untuk berkorban?
Pada kefahaman dan pandangan saya, sesebuah agama itu adalah ikatan ataupun pegangan yang sentiasa mengikati kehidupan penganutnya. Dan hanya agama Islam ini yang benar2 sesuai dengan kehidupan seorang manusia, termasuklah saya sendiri..
Saya percaya Allah itu adalah satu-satunya Tuhan, dan setiap apa yang disuruh-Nya itu penuh dengan kebaikan untuk hamba-hamba-Nya.. Jadi, jika saya benar-benar seorang Muslim dan Mukmin, saya harus yakin akan-Nya dan sanggup berkorban kerana-Nya.. Bagi saya, apa yang disuruh-Nya itu tidak lain hanyalah demi kebaikan dan kebahagian saya juga samada ketika berhadapan hidup dunia mahu pun hidup akhirat..
Baiklah, semoga kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan kualiti diri sebagai seorang Muslim dan Mukmin( orang beriman ) yang sejati.. Dan sentiasa kuat dan tabah walau apa pun tohmahan ataupun ujian yang mendatang..
Wassalamu'alaik...

No comments:
Post a Comment