bismillah ar-rahman ar-rahim..
assalamu'alaik...
Tahniah buat rakan-rakan yang berjaya dalam peperiksaan sem 4 yang lepas..
Dan kepada rakan-rakan yang masih perlu berjuang untuk ulangan, kuatkan semangat dan semoga berjaya semuanya.. (^_^)
Saya ingin berkongsi apa yang telah saya bincangkan dengan DR Ashikin baru-baru ini..
Bagi meneruskan pengajian dalam Tahun 3 di HUKM, saya telah meminta cadangan dan pandangan DR tentang apakah persediaan yang perlu diambil oleh bakal-bakal pelajar tahun 3 ini untuk terus cemerlang dalam tahun klinikal yang dikatakan amat mencabar..
DR menasihatkan para pelajar apabila telah masuk ke tahun 3, perlu sentiasa rajin untuk berjumpa dengan pesakit.. Katanya, lebih ramai pesakit yang anda jumpa, lebih banyak pengalaman yang akan anda temui dan lebih tinggi peratusan untuk anda lulus..
DR tidak berapa setuju dengan para pelajar yang lebih fokus untuk membaca kesemua topik yang telah dipelajari semasa di tahun 1 dan 2.. Tetapi beliau mengingatkan saya dan rakan-rakan untuk membaca topik yang berkaitan dengan pesakit yang anda jumpa pada hari tersebut dengan pembacaan yang lebih mendalam dan lengkap..
DR juga sarankan buku PE O'Connor sangat bagus untuk membantu para pelajar mahir dalam mendiagnosis pesakit.. Jadi, lepas ini kena habiskan 1 buku.. (^_^)
Dan seperti yang rakan-rakan juga mungkin telah tahu, kita perlu kuasai ' clinical features', 'investigations', dan 'holistic managements' dari sekarang..
Akhir sekali, DR masih menegaskan.. Hargai masa yang anda ada untuk berjumpa dengan ramai pesakit dan kaji tentang pesakit tersebut.. Ia sangat membantu anda apabila berjumpa dengan kes yang sama pada masa akan datang.. Dalam peperiksaan juga merangkumi kes-kes yang anda biasa jumpa..Jangan terpengaruh dengan pandangan negatif tentang berjumpa pesakit ye.. Ingat~
6 comments:
syukran sahabatku..=)
really helpful tips..
Salam.
Memang betul apa yang Dr katakan itu.
Rajin2 ke wad dan belajarlah topik dengan mendalam tentang pesakit yang anda jumpa pada hari itu.
In 3rd year, start with common diseases first.
For medicine posting : During your holiday now, try to make a detail short notes on physical examination. So that u can sharpen your technique. If have free time, ask your senior to bring u to the ward and ask them to teach physical examination.
FOr o&g : there is short notes on O&G. Download them in persiap blog (persiap.wordpress.com) di bahagian downloader sidebar kanan. Read them up.same with medicine, if have free time during holiday, ask ur senior to teach u how to examine O&g cases especially the obstetric.
For JKM, try to borrow ur senior notes on attachment to Hospital Daerah, Pjbt kesihatan daerah and klinik kesihatan as well as klinik desa. Learn the health-system in Malaysia through the notes so that u have basic knowledge before enter the JKM posting. and one more thing, dont ever leave out your statistic topic.
For surgery : mostly on GIT system and vascular system. Cannot give tips because u have to read the textbook.
http://persiap.wordpress.com
http://www.facebook.com/profile.php?id=720063820
syukran2.. (^_^)
salam kak izzanis..kenal lg tak? hehhe..thanks 4 the tips..walaupun duha tak msuk HUKM nnt,tapi iA bermanfaat utk di mane2 jua hospital :)
p/s:akak2 twinning ada yang dah pulang ke Malaysia utk tggu msuk ke HUKM..nnt kem slm kat mrk sume yg knal Duha..good luck kat akak ye..keep in touch~
eh..kem slm kat akak2 yg lain..
salam duha.. mestila kenal.. adik buddy akak.. (^_^).. insyaAllah, sama-sama kita usaha untuk terus maju.. miss you..
p/s : insyaAllah akan akak sampaikan.. mungkin makan masa sikit la ye duha..
hehhe..tape..thanks ek..miss u n UKM too..rindu sume skali..ngn mak cik Zai gak..huhu~
Post a Comment