Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Tuesday, October 27, 2009

Musibah

Azan yang berasal dari Masjidil Aqsa itu mula kedengaran pada speaker laptop..

Butang tinggi suara sengaja ana tekan.. Dan tekan2 lagi..

Agar semakin kuat.. semakin jelas..

Nafas ditarik dalam2..

Umpama menghirup kalimah azan itu masuk ke dalam paru-paru..

Biar sampai ke lubuk hati..

Buat penanggal kotoran degil..

Yang mungkin terlekat tika melayari kehidupan..


:: MUSIBAH ::

" Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika dia meninggalkan ibadah , senang melakukan dosa , tidak peduli dengan sebutan yang buruk (azab) , merasa aman dari kemurkaan Allah s.w.t. , dan mencela orang-orang soleh. "

Mutiara kata Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni


Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Lindungilah diriku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, serta seluruh umat Muhammad s.a.w. daripada musibah ini..

Peliharalah keimanan dan ketaqwaan kami..

Dan, tunjukilah kami jalan menujuMu..

Aminn..


Sunday, October 25, 2009

Kesalahan

Bismillah..

" Kesalahan dan kekurangan terbesar kita adalah tidak pernah berjuang secara maksimal untuk mengisi hari-hari yang sedang kita jalani. Kita malah lebih asyik bernostalgia dengan kemajuan masa lalu serta membincangkan perancangan masa depan. Kenapa bersikap begitu wahai Muslimin? "

Mutiara kata Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni


:: TERKENA ::

Mutiara kata tadi terkena pada ana sendiri..
Sebab itu ana letak pada entry kali ni..

Sebab ana sibuk bernostalgia kekurangan lepas..
Dan sibuk merancang perubahan lebih baik masa depan..

Tetapi,
waktu ana sedang bernostalgia dan merancang itu,
ana terlupa, ana sedang mencuri masa realiti..

Maafkanku realiti,
Kehadiranmu sering terlepas pandang..

Kepentinganmu realiti,
Sering disalahgunakan..

Akibatnya,
Realiti sudah menjadi kenangan..
Masa akan datang sudah menjelma realiti baru..
Kehilangan suatu realiti yang pergi..
Takkan muncul kembali!

Jadi?

Kurangkan masa bernostalgia..
Kurangkan masa merancang melebihi had..

Tingkatkan kualiti realiti..
Majukan prestasi diri..

Hargai realiti!
Sebelum menjadi kenangan abadi..

Tapi ingat,
Realiti bukan hanya untuk kerjaya..

Realiti adalah waktu memperbaiki,
dan memenuhi keperluan semua aspek kehidupan..

Ayuh~ (^^,)


Wednesday, October 21, 2009

Dan sekali lagi..

Bismillah..

"Sesiapa yang telah mencapai puncak kegembiraan atau kenikmatan duniawi maka hendaklah bersiap sedia menghadapi puncak kesedihan dan penderitaan, kecuali hamba-hamba Allah yang bertakwa. Mereka adalah peraih akhir kehidupannya dengan keredhaanNya dan syurga "



Gembira dan duka..
Sentiasa beriringan..

Mungkin hari ini kita kan gembira..
Dan esok hari, waktu bersedih..

Sedih kerana berduka..
Sedih akibat derita..

Derita dek hilangnya nikmat..

Hanya orang yang bersabar dan bertakwa,
Tersenyum bahagia mengamati suka, gembira, sedih dan derita..

Tidak berkecil hati,
Malah semakin tabah..

Buat diriku,
Hargailah ruh yang datang dariNya..

Gunakan keajaiban nyawa,
Mengabdikan diri semampunya..

Hargai detik waktu yang ada,
Mengilhamkan penajam fikiran..

Usah dikaget musibah yang datang..
Usah diragui derita yang hampir..

Bukankah DIA telah berjanji?

" Ingatlah, sesungguhnya bantuan Allah itu amat dekat. "

( Al-Baqarah : 214)


Bertawakkal kepadaNya dengan sebaik-baik tawakkal..

Dan jadilah orang yang bersabar dalam kesabarannya..

Iaitu orang yang meneruskan kehidupannya,
yang tersenyum tanpa sedih pada wajahnya,
yang gigih tanpa meninggalkan amalan ibadah,
dan tidak terlalu kenangkan nasibnya...

Kuatkan semangat! (^^,)V

p/s : just been diagnosed with MR(mild) and PMVP, doakan daku sahabat!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails