Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Saturday, April 21, 2012

Sayap patah

Salam'alayk..

Syukur, Alhamdulillah Allah masih beri nikmat hidup.
Walaupun kurang sihat, tapi Allah masih beri nikmat aman.
Walaupun kurang sihat, Allah masih beri nikmat kasih sayang keluarga.
Walaupun kurang sihat, Allah masih beri nikmat kelengkapan dan keinginan.

Umpama si burung yang sayap patah,
Umpam itulah jua sy yang berbadan kurang sihat.
Aturan jalannya serba lemah,
Percakapannya penuh resah,
Allahu'akhbar.

Ampuni segala dosaku Ya Allah. 
Moga kesusahan dan kesakitan yang ku alami ini,
Menjadi kifarah dosa2 ku..


Aku hanyalah hambaMu yang dhaif,
Seringkali melakukan salah dan dosa..


Ku ingin kembali menjadi yg terbaik disisiMu,
Daripada kain yang telah terlempar corak2 dunia,
Kembali menjadi putih dan suci di pandanganMu..

Amin Ya Allah..

Sunday, April 15, 2012

14.5km sejam

Salam'alayk..

Hari ini hari yang best. Al maklumlah dah lama asyik mensunyikan diri dalam gua ilmu di UKM. Sekarang Allah bagi peluang pula luang masa dengan keluarga sebelum sy mula bertugas di hospital. Tadi kami pergi tempat adik kerja part-time. Dapat pula test power main bowling. Tidak disangka, strike dan terus strike.. 5 kali tanpa berturut2. :')

Tempat bowling ini menarik sebab boleh ukur kelajuan balingan. Walaupun balingan sy buat amatlah perlahan umpama si kura2, 14.km sejam, tapi strike tetap jua menyusul.. ;')

Terima kasih Allah kerana kurniakan kudrat beriadah di luar sambil berhibur bersama keluarga.. Alhamdulillah, kami bersyukur.


Saturday, April 14, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah,

Segala puji hanya bagi Allah atas izinNya membenarkan sy bergelar seorang Doktor, InshaAllah seorang doktor Muslimah. Buat sahabat2 yang mendapat nikmat ini, Alhamdulillah.. Berusahalah menjadi doktor yang baik dan memberi semangat kepada pesakit, dan buat sahabat2ku yang masih meneruskan perjuangan, usah tangisi ujian ini, kerna perancangan Allah itulah yang terbaik buat hambaNya.. Kuatkan semangat! Moga jihad hati dan perasaan kalian Allah pandang dengan penuh kasih sayang.. Amin ya Rabb..

" Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik.. " mutiara inilah yang sentiasa mengubati hati sy pabila yang dirancang tidak mengena, yang tidak terfikir pula berkunjung tiba. Alhamdulillah, walaupun banyak ujian yang datang dalam hidup sy selama ni, Allah tidak pernah henti mengajar dan mendidik dengan ujianNya. Terima kasih Allah!

Dulu sy bukanlah seorang Muslimah yang kuat, miliki hati yang "fragile" dan mudah gundah. Alhamdulillah, walaupun ujian Allah kali ini Maha Hebat, sy mampu tahan air tangis dari menangis malah boleh tersenyum pula merenung kasihNya Allah dalam aturanNya.

Kali ini, sy ubah perancangan hidup kepada yang baru. Penuhi rumah dengan kasih sayang untuk ibu dan adik beradik, bawa mereka merasai jalan2 bersama keluarga, dan InshaAllah menziarahi makam kekasih yang dirindui di Tanah Suci, Muhammad s.a.w. dan Baitullah.. rindunya ya Rabb~ ;')

SesungguhNya jodoh itu di'tangan' Allah..

Ya Allah ya Shamad,
Ku pohon padaMu,
Kurniakanlah daku seorang kekasih dari kalangan mereka yang Engkau kasihi kerana mengasihiMu,
Teman di kala duka dan suka,
Yang membawaku hampir kepadaMu,
Yang memahami pahit getir kehidupanku, 
Yang berusaha mencari redhaMu,
Dan tidak jemu mendidik dan mengajakku memperbaiki diri.


Ya Allah ya Rahman,
Jika kekasihku ada di dunia,
Permudahkanlah pertemuan kami,
Dalam barakah dan keizinanMu,
Mengikut cara yang Engkau redhai,
Dan Lindungilah kami dari kesilapan dan dosa,


Jika kekasihku bukan di sini,
Penuhilah hatiku dengan kasih sayangMu.
Jangan Engkau biarkan daku menzalimi diriku sendiri.


Amin Ya rabb.. 



Friday, March 30, 2012

Insyirah Maisarah (episod 5)

Setelah seketika menziarahi Sakinah. Kami pulang. Dalam perjalanan, hanya deruan enjin kenderaan yang kedengaran. Sedangkan kami, diam. Masing-masing sibuk mengenangkan kisah pahit manis bersama Sakinah. Sesekali, bergenang mata yang merenung jauh. Kenangan bersama Sakinah, mungkin tiada lagi catatan baru dalam diari kelak. Allahu'akhbar..

* * *

Tangan kami menggenggam erat. Memujuk hati. Dugaan Allah Maha Hebat. Bukankah rasa kehilangan itu pedih. Walaupun Sakinah cuma seorang sahabat , tapi hati kami telah terikat utuh. Teksi yang kami naiki berhenti di perhentian. Langkah diatur lemah.

" Insyirah, hati kita kena kuat. Biar jadi pendorong kekuatan Sakinah. " tegur Khairina. Astaghfirullah. Janganlah hati ini terlalu mengikutkan perasaan yang sedih, aku perlu ikat ia dengan tabah dan redha atas ketentuanNya. Ya Allah, kurniakanlah kami ini kekuatan dari sisiMu.

*  *  *

" Assalamu'alaikum.. Sakinah sihat? " Khairina menjawab panggilan Sakinah. " Wa'alaikumsalam, Alhamdulillah. Allah masih beri peluang menikmati hidup. " Suara Sakinah hambar dan diakhiri dengan esakan. " Kenapa Sakinah? " Khairina mulai risau.  Esakan semakin kuat. " Maaf, Khairina. Saya tak mampu berkata-kata sekarang. " Talian terputus. 

" Insyirah, lepas kuliah nanti kita pergi lawat Sakinah ye. Saya rasa ada sesuatu yang membebani dia. " ujar Khairina. 

Langkah diatur pantas. Dari jauh, wajah sayu Sakinah kelihatan. Matanya basah dan di tangannya ada sekeping foto. 

bersambung..





Wednesday, February 29, 2012

Usah Gagal

Salam'alayk..


Bila buka laman blog ni, rasa rindu pula bermadah indah. Tengok sahabat2 kat sidebar ni masih lagi meng'update' blog masing-masing. Barangkali banyak sungguh nak dikongsikan.. Ye tak? Hmm.. dah lama mengarang dalam BI ni jadi janggal pula nak mengarang semula.. :')

Pejam celik mata ni, dah nak habis dah belajar kat sekolah doktor ni. Alhamdulillah ya Allah, atas segala kurniaanMu. Tapi... Biasalah manusia, lagi2 macam sy ni. Bila dah hampir tiba di penghujung sebuah perjalanan baru nak terasa kesal betapa bagusnya kalau dulu jadi orang yang bersungguh.. Yang lepas jangan dikenang, tapi jadikan pengajaran.. Ye kan Allah? (sy mmg suka monolog dengan Nya.. bukankah Dia itu sangatlah dekat? ;) )

Sekarang, sy dah mula rasa banyaknya ilmu yang belum dituntut, separuh dituntut, tidak serius menuntut, dan macam2 lagi ketidaksempurnaan menuntut ilmu. Rasa seperti, tidak ingin keluar dari medan ilmu ini.. Nak jadi doktor pula tu, ya Allah getarnya hati ini ingin membantu pesakit dengan ilmu yang tidak sempurna.. ;(

Sy luah pada along, dia kata " sudah2 la tu, sampai bila nak jadi 'student' je. Pergi kerja pula, belajar benda baru. ". Hmm, betul gak tu. Nanti kalo nak belajar lagi, siapa la pula nak menanggung.. Yuran dan belanja makan lagi... 

'Cancel la fikir pasal 'extend' ke, 'repeat' ke.. Mana lah tahu Allah memang dah plan nak bagi rezeki bekerja awal ke, kena lah usaha ke arah tu.. Fuh fuh.. Ya Allah, hambaMu ini memang tidak sempurna ilmunya, ketangkasannya, kebijaksanaannya, dan macam3 lagi.. Tapi Allah yang Maha Mengasihani, makbulkanlah doa-doaku dan sahabat2ku semuanya.. Murahkanlah rezeki kami..

Pernah suatu ketika dulu sedang berusaha memenuhkan 'log book', ada seorang rakan ni berkata " I did not plan to fail" masa tengah sediakan alatan untuk ambil darah pesakit. Wah wah.. bagus betul 'mind setting'. Nak ambil dijadikan ramuan semangat lah.. 

Sy juga tidak merancang untuk gagal sebelum berusaha! *genggam tangan*

Ya Rabbi, 
Walaupun masa semakin suntuk, dan persediaanku di luar kemampuan,
Tapi keyakinanku padaMu tidak pernah goyah.

Aku yakin padaMu,
Semua yang bakal berlaku telah lama dalam ketentuanMu,
Maka jadikanlah hati ini kuat, dan tabah,
InshaAllah akan ku terima dengan tawakkal,
Setelah rebah aku usaha..

Amin ya Allah..





p/s: All the best semua! 

" Kepada AKU (Allah) lah kamu mengabdikan diri dan kepada AKU (Allah) lah kamu meminta pertolongan " 

( Al-Fatihah : 4)

Wednesday, April 27, 2011

Seorang ayah, ibu dan anak kecil

" Seorang lelaki pertengahan 20-an melintasi pandangan. Berbaju hitam, sedang berjalan memandang terus ke depan. Jarak 3 meter di belakangnya, ada seorang wanita juga dalam lingkungan 20-an sedang berjalan mengikuti jejaknya sambil dipelukan wanita itu ada bayi comel memakai topi merah. Menuju ke jalan besar yang penuh kereta itu, perjalanan mereka masih diteruskan sehingga melintasi jalan itu. Lelaki tadi masih tidak menoleh ke belakang mencari kelibat wanita yang memegang bayi tadi. Ketahuilah mereka adalah suami, isteri dan anak kecil."


" Sedang si isteri melintas jalan, dang! Sebuah kereta Waja merempuh jasadnya. 'Allahuakhbar! ' Jerit lelaki berbaju hitam tadi apabila melihat isterinya yang jauh tertinggal di belakang telah terbaring layu. Anak kecil dipelukan isteri itu masih ada, tangisan kuatnya menarik perhatian orang ramai. "


Maafkan saya, rangkap kedua itu adalah bayangan minda tatkala melihat situasi pasangan tadi. Benar, apabila kita melihat sesuatu, hendaklah huznuzon (bersangka baik). Tetapi boleh juga bersuuzon (bersangka kurang baik) dengan syarat kita mendapat pengajaran darinya.

Saya bersuuzon dengan pasangan ini dengan doa saya terlindung daripadanya, dan ia menimbulkan tidak puas hati. Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika suaminya memantau perjalanan isteri dan anak kecilnya ketika berjalan. Lebih-lebih lagi apabila melintasi jalan yang sibuk. Bermacam bahaya yang mungkin menanti. Jadi, lelaki yang dikagumi wanita adalah lelaki yang mengalir 'rasa melindungi' dan ' rasa perlu menjaga' dalam hatinya tidak kiralah dalam apa jua keadaan. Bila terlihat isterinya yang sedang mendukung anak kecil itu, hatinya merasa belas, lalu dia setia berdiri di sisi dan berjalan seiring.

Jadi, bila melihat situasi ini. "Na'udzubillah". Itulah yang terucap dari kata-kata saya waktu itu. Moga dijauhkan diri saya dan ahli keluarga saya ini dari golongan lelaki yang kurang prihatin terhadap ahli keluarganya.


Bukanlah niat saya untuk memperbesarkan perkara yang kecil, tetapi bukankah kasih sayang yang melimpah-limpah untuk seorang isteri itu dipandang mulia olehNya? Mengapa tidak bersungguh-sungguh mencari redhaNya lebih daripada memikirkan emosi sendiri?

InshaAllah, kamu wahai anak Adam, mampu berubah.

Monday, April 18, 2011

Makin terasa

Salam'alayk..

Allahuakhbar.. Rasa yang menusuk semakin terasa sakitnya.. Bagaimana akanku hadapi tahun akhir yang mencabar ini? Moga dikuatkan ketahanan diri dan moga diriku masih mampu membiarkan sakit terus menular tanpa sedikit pun keinginan mengalah.. InshaAllah..

Buat sahabatku, doakanlah agar ku kembali sembuh dan terlepas dari kesakitan ini.

Jazakumullah khairan jaza.

Monday, April 11, 2011

Seorang pengembara

" Seorang pengembara itu, mempelajari erti kehidupan apabila melalui sebuah pengembaraan yang panjang. Dugaan dan cabaran adalah guru baginya. Tiap kesusahan yang dilalui adalah didikan yang membina. Dia pasti tahu enaknya hikmah tiap keadaan yang dilaluinya. Gembiranya ia apabila ilmunya bertambah, pengalamannya meluas. Begitulah kita, seorang pengembara sebuah kehidupan. "

Monday, April 4, 2011

Poligami

Salam'alayk..

Beberapa hari lepas, sy ada terlibat dalam satu usrah umum. Alhamdulillah, masih ada Muslimah yang berminat untuk sertai usrah. Sebagai pentazkirah hari itu, sy ceritakan kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan patung berhala. Pernah dengar bukan? Cerita ini sangat sesuai dalam tema usrah hari itu, iaitu Syahadatain (2 kalimahsyahadah).

Perjalanan usrah alhamdulillah, tersusun dan ahli usrah ini memberikan respon yang baik. Boleh dikatakan mereka berminat dan memandang usrah ini berguna bagi mereka. Di akhir sesi usrah iaitu sesi pertanyaan, datanglah isu poligami.

Ahli usrah 1 : Akak, macamana ye bila seorang suami tu nak bernikah lagi?

Naqibah 1 : Selagi mana kita beriman pada Allah s.w.t., kita akan bagi. Tetapi bukan sekadar membenarkan, ada syarat2 nya!

Ahli usrah 2 : Iye ke akak? Macamana ye?

Naqibah 2 : Kita kena tengok bakal madu kita tu, macammana orangnya. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai isteri. Jangan sampai dia memilih calon yang salah.

Ahli usrah 3 : Tapi, macamana kalau dia dah suka. Takkan kita nak halang. Nanti dia buat benda yang tak elok macamana?

Naqibah 1 : Kita kena buat interview kat suami kita ni. Tengok check list. Suami kita ni mampu atau tidak menjadi seorang suami yang adil. Kalau anak isteri pertama dan isteri kedua sakit, macammana dia nak tolong? Dan bagi lagi byk situasi tentang keadilan. Tengok jugak kemampuan kewangan dia. Masa dia. Jangan biarkan suami kita ni terbeban nanti dan menanggung dosa!

Panjang kan isu poligami ini? Sampai sy sendiri pun dah bersemangat nak bagi penerangan lagi. Walaupun kami ni bukanlah lagi seorang isteri. Tetapi, inilah antara isu yang menjadi kerisauan. Bagi sy, sebelum seseorang itu ingin berkahwin, tuntutlah ilmu tentang sebuah perkahwinan. Fahamilah erti sebuah rumah tangga. Erti seorang isteri. Dan erti seorang suami. Sebuah perkahwinan itu bukanlah hanya menyediakan pakej percintaan sepasang suami isteri, tetapi sangat2 lah lebih dari itu. Masakan mudah Allah s.w.t. menyediakan syurga bagi sepasang suami isteri yang diredhaiNya. Tetapi mestilah ada syarat2 untuk memperoleh ganjaran tersebut.

Dan tentang isu poligami pula, seperti yang sy cakapkan, tuntutlah ilmu. Fahamilah erti sebuah poligami. Masalah masa kini, poligami itu telah salah digunakan oleh ramai para suami. Bukanlah mudah memiliki niat yang suci untuk berpoligami. Belajarlah kenapa Rasululllah s.a.w. disuruh Allah s.w.t. berpoligami. Ia adalah ibadah, bukan jalan memenuhi nafsu semata2.. Jika benar dan suci niat seorang suami inginkan poligami, pasti rumahtangganya tidak berbelah bahagi.

Menjadi seorang suami yang berhikmah dan bijaksana, amatlah penting untuk menjadikan isterinya serta ahli keluarganya faham tentang pentingnya sebuah keluarga yang mendamaikan. Sy yang berbicara ini juga masih menuntut ilmu dan masih belajar memahami.

Suka untuk sy kongsi satu cerita yang mungkin boleh dijadikan rujukan jika kita bakal berdepan situasi seperti ini kelak. Klik sini.

Akhir kata, buat para suami ataupun bakal suami, sucikanlah hati dan niat, agar isu poligami ini dipandang baik. Dan bagi para isteri dan bakal isteri, besarkanlah hati kita, bijaksanakanlah cara kita dan utamakan keredhaanNya.

InshaAllah..

Friday, April 1, 2011

Benar, aku mahu syurga untukmu..


Katanya seorang sahabat itu adalah teman, yang memahami dan sentiasa ada di sisi..

Tetapi, benarkah seorang sahabat itu adalah teman? Atau kawan itu adalah sahabat? Atau teman itu adalah kawan? Ternyata, tiap manusia itu ada definisinya sendiri.

Jika dalam English, FRIENDs hanyalah satu makna. Kawan. Jika ditambah BEST di hadapan, jadilah BEST FRIEND, kawan baik. Tetapi tidak ada satu pun dalam bahasanya mengatakan tentang SAHABAT..

Maksudnya di sini, sahabat yang ingin ceritakan adalah sahabat dalam definisi Islam. Sahabat yang sentiasa menunjukkan contoh yang baik. Sahabat yang tidak jemu2 merisaui akan keadaan iman sahabat2 nya. Sahabat yang sentiasa mendoakan keberkatan hidup sahabat2 nya. Itulah sahabat. Dan itulah sahabat yang sy inginkan syurga untuknya. Kerna sahabat2 ini lah, hati yang lemah bisa jadi kuat. Iman yang lalai bisa jadi lekas.

Mungkin jua di saat kita merasa lemah, sahabat2 yang istiqamah ini dirasakan mengganggu kita. Ingin sahaja duduk diam2 dan berjauhan dari sahabat itu. Tetapi lama kelamaan bila hati sudah mula sedar kekurangan diri, dan melihat sahabatnya tadi masih istiqamah memperbaiki diri, timbullah keinginan di hati ingin jua memperbaiki diri kita.

Jauh di sudut hati, kita merasa bersyukur dikurniakan sahabat2 yang elok amalnya, teguh istiqamahnya. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.  :

Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud 

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat."


Buat sahabat2 ku yang sentiasa inginkan yang terbaik buat diriku ini.. Ketahuilah, benar daku mahukan syurga untuk kalian.. InshaAllah.. Amin ya Rabb..


Sunday, January 30, 2011

Al Furqan :63


salam 'alayk sahabat2 semua..


Firman Allah pada Surah Al-Furqaan ayat 63:

Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (menghina), mereka mengucapkan kata-kata yang baik. (Q.S. Al-Furqaan: 63)


'And the servants of the Most Merciful are those who walk upon the earth easily, and when the ignorant address them [harshly], they say [words of] peace,'


Orang yang pengasih dan lembut hati adalah orang yang mampu merendahkan hatinya dan orang yang yang membalas kejahatan dengan kebaikan..

Jadilah kamu seorang yang pengasih, sesungguhnya DIA maha pengasih..

Jadilah kamu seorang yang pemurah, sesungguhnya DIA maha pemurah..

Jadilah kamu seorang pemaaf, sesungguhnya DIA maha pengampun..

InshaAllah.. ;)

Friday, December 3, 2010

Kontrak Hidup

Salam 'alayk semua..

Selalu tonton TV tak? Erm.. TV 9? Pernah dengar tak rancangan Sentuhan Qalbu?

:)

dalam hidup kita, terlalu banyak kontrak yang disediakan kepada kita demi memenuhi keperluan kehidupan.. kereta.. rumah.. pinjaman.. ya, sy yakin belum ramai lagi di antara kita yang berurusan dengan kontrak2 tadi kerana kita masih lagi seorang pelajar.. paling tidak pun, hanyalah satu.. kontrak dengan pemberi duit.. JPA, MARA, PTPTN, dan lain2..

dalam sesebuah kontrak, ada syarat2.. ada peraturan.. ada faedah2 dan ada persetujuan.. dan diakhiri dengan tandatangan.. maka, terciptalah sebuah perjanjian antara kita dan pihak pemberi duit itu.. jika kita melanggarnya, pasti akan datang surat amaran di rumah, dan lebih teruk lagi, faedah yang kita miliki itu ditarik balik..

pernah dengan bukan, seorang yang membuat pinjaman kereta.. tetapi tidak mampu membayarnya.. tambahan lagi dia seorang yang suka membazir.. tiba2 tarikh amaran telah tiba, keretanya ditarik.. dan namanya di senarai hitamkan..

Tapi, itulah kontrak kita dengan hidupan dunia.. Pengurusnya serba kekurangan, sistemnya juga serba kurang.. dan pasti ada yang kita kritik atau tidak berpuas hati..

Namun, kontrak yang sy ingin bincangkan sebenarnya :

KONTRAK HIDUP dengan ALLAH

berapa ramai di kalangan kita tahu kenyataan ini?

ketika di alam Ruh.. kita sebenarnya telah berkomunikasi dengan Allah, membuat perjanjian denganNya.. menjadi seorang hamba dan khalifah di muka bumi.. diberikan kelengkapan serba cukup..

hebat bukan? kita pernah berkata2 dengan Allah! Tapi, lihatlah kita sekarang.. kenapakah kita seringkali dingin denganNya? mengapakah kita tidak lagi punyai kekuatan berdialog denganNya.. di manakah impian untuk bertemu denganNya di syurga..?

aduh.. tertunduklah jika kamu merasai kesedaran..

dalam kontrak hidup kita tadi.. kita telah bersetuju, apabila dihidupkan menjadi manusia kelak, kita akan mengEsakan Allah.. melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.. Menjadi Khalifah di siang hari, dan menjadi Abid di malam hari..

Sentuhlah jantungmu.. Rasakanlah degupannya! Tiap kali degupnya, ia menyebut "Allah.." DIA meminjamkan kita jantung ini, agar jasad kita boleh berfungsi.. tapi kita sendiri terlupa jantung dalam badan ini sedang berdegup, tiap masa.. Mengingatkan kita akan kontrak itu..

Masakan kita lupa, jantung ini milik Allah.. Dan kita pernah berjanji, bersetuju dengan syarat2 dan peraturan dalam kontrak kita denganNYa.. Sudikah kamu diberikan surat amaran? Atau mungkin ditarikbalik pinjaman jantung tadi? Sudah merasa amankan kamu menggunakan hak milik Nya sedang kamu tidak memenuhi peraturan..

Mudah sungguh kita mengkritik mereka yang mungkir janji, mereka yang tidak menghargai sebuah peluang.. contohnya sahabat kita yang suka membelanjakan duit pinjamannya bukan untuk untuk belajar.. atau mungkin mengkritik mereka yang tidak mengikuti peraturan MARA yang tidak berjaya mendapat pointer yang ditetapkan..

Tetapi sebenarnya, diri kitalah yang sepatutnya kita kritik.. perjanjian kita dengan Allah.. adakah kita benar2 memenuhinya?

Wallahu'alim..



p/s 1 : pengisian ini sy dapat dalam rancangan tv 9 - sentuhan qalbu ;)
p/s 2 : muhasabah paling utama buat diri sendiri.. T.T


Friday, November 26, 2010

Tangisku berbaloi!

bismillah..

alhamdulillah!

hari ini sangat mencabar.. menunggu 3 jam di Accident & emergency unit (A&E) tanpa sekali pun peluang membuat IV cannulation pada pesakit.. sambil memerhati kawan2 yang BARU tiba membuat IV cannulation itu pada pesakit2.. amatlah mengguris hati.. tapi apakan daya, mulut terkunci dan mata tertunduk.. mana mungkin akan dimarahnya mereka2 ini.. dan mana mungkin mahu menunjukkan ketidak puasan hati.. lalu, sy pun baliklah dengan kepanasan.. fuh2.. dan, menangis di bilik sekuat hati..

Alhamdulillah.. kerana sifat kebudak2kan yang tidak mampu ditolong..

Mungkin kerana Allah itu sangat kasihankan hambanya yang 'seorang' ini.. Berkat nekad untuk pergi ke A&E pada malamnya, cukup 5 pesakit sy berjaya buat IV cannulation.. Alhamdulillah.. ! (i love u Allah..)

kini sudah boleh tersenyum gembira..

Ibrahnya, kuatkan semangat dan yakinlah pertolonganNya.. Walaupun ada sahabat yang mungkin melukai hati, pergilah bawa diri daripada menunjukkan amarah kepadanya.. Demi menjaga silah ar rahim.. Tak salah kita menangis untuk meneutralkan perasaan geram dan tidak puas hati.. ;)

sekian..



Thursday, November 4, 2010

Indahnya hanya kami yang rasa

Bismillah..

Alhamdulillah,

INDAHNYA, HANYA KAMI YANG RASA..

indahnya sebuah usrah, sebuah medan tarbiyyah.. alhamdulillah, hampir 6 tahun hati ini dicop mohorkan sebuah tarbiyah Islam.. Kesannya tidak mungkin akan hilang, melainkan diri kita benar2 mahu kikis "tanda" mulia itu dari hati.. mahukah anda?

Walaupun kehidupan harian, kawan2, pengaruh hiburan dan bermacam2 lagi yang mampu mengubah siapa diri kita dan pegangan hidup kita.. "Tanda" yang telah terpahat pada hati itulah yang menjadi penjaganya..

Saya sendiri juga mengakui, saya mudah terpengaruh dengan cara hidup, pemikiran, pemakaian dan mcm2 lagi dari orang lain. Ia fitrah, manusia itu mudah dipengaruhi sekitarnya.. Contohnya, Jika seorang kawan itu suka berjalan, lama2 kawan2 sekelilingnya pun turut sama suka..

Indahnya ia apabila, jika kita sedang sibuk dipengaruhi dan menjadikan prinsip hidup kita kurang baik dari sebelumnya, berbekalkan sahabat2 yang pernah berkongsi tarbiyah dan usrah.. Merekalah signboard.. merekalah lampu isyarat.. merekalah bomba.. merekalah pondok telefon kecemasan.. yang mungkin membantu kita ketika memandu di jalan raya yang panjang.. sesekali kita tersalah masuk lorong jalan, merekalah yang sediakan signboard U turn..

Siapakah mereka(sahabat) ini? Merekalah sahabat yang sentiasa memberi kebaikan kepada kita.. Alhamdulillah, saya baru sahaja dapat signboard U turn daripada seorang sahabat.. Walaupun ia secara tidak langsung, prinsip kehidupannya adalah tarbiyah fardhiyah bagi saya..

Indahnya.. Manisnya.. Jazakillah Ukhti M.. ;) semoga berbahagia di Hari Mulia buatmu dan bakal suami..

Sunday, October 24, 2010

Al Hud


Assalamualaikum..

Sudah lama juga nampaknya blog ni berhabuk.. Alhamdulillah, masih lagi diberikan kesempatan olehNYA untuk menulis di sini.. Tetapi, di mana ada kemahuan di situ pasti ada usaha dan hasil.. :)

Ketika sedang mentaddabur surah ini, saya dapati 2 ayat Allah ini betul2 memberi 1 mutiara peringatan.. Sedangkan kita yang semakin menyibukkan diri dengan urusan harian, Allah masih sayangkan kita dan masih mengetuk2 hati hambaNya agar kembali sedar dan ingat di mana ia harus berdiri..

Surah Al-Hud, Ayat 15-16..

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. (15)

Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan. (16)

Bila membaca peringatan Allah ini, apakah yang terlintas di fikiran?

Seringkali kita berusaha bersungguh akan sesuatu dan sering menghabiskan masa untuknya.. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah mempermudahkannya untuk kita.. Walhal, kita tahu apa yang kita usahakan itu tidak akan memberikan kebaikan sebetul-betul kebaikan jika tidak diniatkan keranaNya..

Seorang bakal doktor yang berusahah ingin menjadi doktor ternama, kaya, dan dihormati sekelilingnya.. InsyaAllah DIA akan permudah dan makbulkannya.. Doktor ini ingin rumah besar, kereta mewah dan ingin miliki semua teknologi terkini.. Itu semua bakal menjadi miliknya kerana gaji yang dipunyai.. Semua penat lelahnya bekerja dan wangnya dihabiskan untuk menikmati kehidupannya..

Tetapi, tanyalah dihatinya.. Adakah benar-benar gembira dan harmoni hatimu? Kesemua khazanah dunia itu mati ! dan tidak mungkin memberi ketenangan buatmu.. Jadi, dimanakan kamu cari keharmonian hati yang bakal menyinari hatimu?

Hanya satu..

Allah s.w.t.

Bekerjalah di dunia seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah sepenuh hati padaNYA seolah kamu akan mati esok hari..

Kesimpulannya, lakukanlah sesuatu kerana Allah s.w.t.,

tidak kira dalam amal yang sekecil-kecil zarah ataupun sebesar-besar gajah.. (bidalan sendiri.. ;))






Monday, September 6, 2010

Kau buatku hampir menangis..

Bismillah..

wa assalamu'alaikum sahabat..

sudah terlalu lama rasanya sy (lebih gemar menggelar diri sbg sy) tidak lagi seaktif sebelum2 ini berblogging.. tapi kali ini, sy terdetik untuk berkongsi apa yg dirasai saat ini..

wahai Muslimah.. yang masih lagi belum berumahtangga.. pasti hatimu terdetik tatkala melihat sahabat2 seperjuanganmu yang baru berumahtangga, yang bakal bergelar ibu dan berbagai2 lagi nikmat Allah yang 1 ini dikecapi oleh mereka..

pasti tersoal di hati kita, bilakah tibanya giliranku? ya, sy pun merasai begitu.. sy baru shj membaca entry di blog senior (kak ila) yang baru berkahwin 2 bulan lebih dan kini disahkan bakal menjadi ibu, membuatkan hati ini sangat tersentuh melihat kurniaan Allah yang Maha Hebat ini.. Subhanallah..

Cepat2 hati ini dipujuk, masaku kan tiba jua.. Sekarang ini fokus dulu pada amanah hidup yang Allah telah berikan.. Merebut peluang menuntut ilmu .. Cemerlang dalam Ijazah perubatan dan bertugas sebagai seorang doktor Muslimah, insyaAllah.. Bukan begitu? La tahzan ya Muslimah!
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui bila dirimu mampu memikul 1 lagi tanggungjawab berat.. Seorang pembina ummah Muslim!

Berhenti di situ. Noktah.

Hati sudah dipujuk.. ^^,

Hari ini sudah 27 Ramadhan.. Syawal pun bakal menjelma..

Sy mengucapkan salam Aidilfitri buat semua sahabat2 yang mengenali diri ini.. Mohon maaf atas segala salah dan silap.. Sy mohon juga doakan kami di fakulti perubatan UKM ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam yang bakal ditempuhi pertengahan September ini..

syukran jazilan..



Wednesday, August 25, 2010

Di jalan ini Aku bahagia


Alhamdulillah..

Meneliti hari2 yang telah berlalu menjadikan hati ini seringkali menyetujui perasaan itu..

Berkali2 diri ini cuba berlari,

atau mungkin mengelakkan diri,

tetapi tetap jua kaki ini melangkah ke situ..

Kenapa tidak berani wahai hati?

Mengapa tidak tegar wahai diri?

Itulah manusia !

Yang dilihat indah pada pandangan mata itulah bahagia..

Yang dilihat kompleks dan bosan itu penghalangnya..

Dusta!

Semuanya dusta belaka..

Hakikatnya,

di jalan Islam dan Iman ini diriku merasa bahagia..

di jalan dakwah ini hatiku terasa penuh ceria..

kerana MU waktu di jalan itu adalah fokusku..

berada bersama saudara2ku yang mengagungkan kebesaranMU..

* * *

( oops, maafkan ana bermonolog di sini.. ^^)


Oh Allah

Love me when people fail to love

Guide me when people fail to guide

Hold me when people fail to hold

Calm me when people get me sick

Cheer me when heart gets hurt

I am a Muslim who need you so lots

Where no one could fulfill me such only YOU does

I know YOU see my tears

I know YOU hear my cries

I know YOU understand my sighs

I only know YOU does all..

I will try hard to love YOU than others..

guide me..

Allah..







(oops, bermonolog lagi.. ^^ maaflah ye..)






Tuesday, August 10, 2010

tafaddhol ya Ramadhan!


Assalamu'alaikum..

Wahai sahabat2ku..

Alhamdulillah..

Sesungguhnya masih ada peluang kita merasai nikmat Ramadhan..

Bulan yang paling banyak tawaran2 hebat dari Allah s.w.t..

Persoalannya,

Adakah kita telah merancang strategi kita pada bulan Ramadhan kali ini?

Bagaimana pula prestasi kita pada Ramadhan2 yang lepas?

Dan bagaimana pula kita hamparkan prestari baru kita untuk Ramadhan ini?

Ayuh sahabat..

Sungguh kita tidak tahu samada kita masih sempat merasai Ramadhan selama 1 bulan lagi..

Rebutlah peluang..

Buktikanlah kesungguhan..

Walaupun usahanya adalah kecil..

InsyaAllah ada perubahan yang terbit pada diri kita..




Abu Hurairah telah berkata :

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


Doaku buat sahabat2 dan diri ini :

Ya Allah,

Dosa kami terlalu banyak..

Sungguh kami ini hamba yang lemah..

Kurniakanlah kami kekuatan dan motivasi..

Menjalani bulan Ramadhan dengan amal yang terbaik..

Terimalah amal kami di bulan Ramadhan ini..

Bimbinglah hati2 kami merasai nikmat bulan mulia Mu ini..

Amin ya Allah..

Tuesday, July 27, 2010

ya Syaaban!



"Allahumma barik lana fi Rajab, wa barik lana fi Sha'ban wa ballighna Ramadan."

"O Allah, make the months of Rajab and Sha'ban blessed for us, and let us reach the month of Ramadan (i.e. prolong our life up to Ramadan, so that we may benefit from its merits and blessings)."

“Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”


assalamulaikum sahabat2..

ada waktunya kita terlupa perkara penting ini..

atau mungkin juga kita belum betul2 usaha untuk mengulangkaji tentang bulan2 yang penuh barkah ini..

ayuh sahabat..

Mari 'google' tentang bulan2 ini..

dan pastikan dari sumber yang sahih ye! ;)

REJAB..

SYAABAN..

dan RAMADHAN...


apakah 'opportunity' yang boleh kita 'grab' ketika waktu2 ini datang?


Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya :

Bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta AMPUN dari segala dosa..

Bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memPERBAIKI DIRI dari segala macam cela..

Bulan Ramadhan adalah masa untuk meNERANGKAN HATI dan jiwa. .



memandangkan sekarang kita dah pun berada dipertengahan bulan Syaaban,

ana ingin berkongsi beberapa petikan hadis dan fadhilat bulan istimewa ini..


“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan PUASA SUNAT

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak DOA, ZIKIR dan BERSELAWAT kepada Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


BERTAUBAT

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


sumber :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails