Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Friday, February 6, 2009

Hikmah Istiqamah

Dengan namaMu Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..

Istiqamah

Makna bahasa : Berterusan
Pengertian : Suatu pekerjaan baik yang dilakukan secara berterusan

Istiqamah adalah penting bagi setiap insan. Jika anda inginkan perubahan dalam diri anda ke arah kebaikan, maka Istiqamah adalah salah satu daripada kunci-kuncinya. Bagaimana untuk beristiqamah? Jika anda ingin mula membiasakan diri dengan istiqamah, mulakanlah dengan perkara yang ringan dahulu. Contohnya jika anda ingin mendidik diri untuk membaca Al-Quran setiap hari, cuba untuk membaca 1 muka surat dahulu. Digalakkan membaca lebih. Kemudian jika anda sudah terbiasa dengan membaca Al-Quran setiap hari, tambahkan pula jumlah bacaannya mengikut kemampuan.Pastikan juga anda membaca maknanya. Supaya ada suatu ilmu baru yang anda boleh dapat daripada firman2 Allah yang anda telah baca dalam bahasa arab. Adalah suatu kenikmatan jika tiap waktu yang anda luangkan itu beroleh ilmu. Ilmu itu bukan sahaja terhad pada ilmu yang kita belajar di universiti atau mana-mana tempat belajar tetapi ilmu yang membolehkan kita memperbaiki diri.

Jika anda sudah bersedia untuk beristiqamah, Disiplin diri mesti ada. Tanpanya, anda pasti cenderung untuk meninggalkan usaha Istiqamah anda. Bagaimana pula untuk berdisiplin? Anda perlu setkan minda supaya tiap suatu Istiqamah yang anda ingin usahakan itu perlu diselesaikan tanpa ada halangan.


Setelah anda melakukan perkara2 di atas, anda pasti akan sedar beberapa minggu kemudian, suatu pekerjaan baik yang anda sulamkan dengan Istiqamah itu sudah mula menjadi tabiat baru anda.. Anda akan mula terbiasa dan anda akan rasa kehilangannya jika anda hampir terlupa akannya..

Jadi, marilah kita bersama-sama memulakan Istiqamah yang lebih efektif.. Ayuh! (^_^)

Semoga Allah s.w.t. sentiasa memelihara kita dari sifat malas dan berputus asa..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails