Bismillah Ar-rahman Ar-rahim..
* * * *
Malam hadir tanpa bicara.. Mengorak langkah walau diulit rintisan air sejuk yang jatuh dari langit senja.. Demi tugas ulungnya tetap dilaksanakan.. Tika itu berjalanlah satu jasad dengan lemah.. Menuju ke destinasi dalam hembusan ragunya..
Akal mula memecah sunyi, "Mengapa engkau bersedih wahai hati ?"
"Aku bersedih kerana aku khuatir akan pilihanmu sebentar tadi. " jawab Hati.
" Pilihanku? Maksudmu? "Akal cuba memahami si Hati.
"Aku lebih gemar ke majlis itu, tetapi kita telah pun meninggalkannya kerna engkau telah putuskan untuk menolong sahabat si jasad ini. Aku yakin engkau berasaskan kalam Allah s.w.t. bahawasanya seseorang yang menolong seseorang yang lain mencapai sesuatu matlamat, Allah pasti akan membalas perbuatan baiknya itu. " terang si Hati.
"Benar, itulah yang menjadi asas pilihanku kali ini. Salahkah aku wahai hati ? Bukankah ukhwah juga penting bagi kita ? " soal Akal inginkan kepastian.
"Aku setuju, tetapi aku masih bersedih.. Kerna aku tidak nampak berbaloinya pengorbanan masa kita di s ini.. Maafkan aku wahai Akal, tetapi itulah pandanganku. "
"Aku akan cuba selesaikannya agar engkau tidak lagi terus bersedih. Wahai jasad, carilah suatu kekuatan supaya aku bisa membuat pilihan yang lebih tepat. Aku kini dibaluti sebersalah antara keduanya.. "
" Baiklah Akal, akan aku cuba. Semoga Allah membantu kita.. " Jasad cuba berikhtiar.
Maka, bertawakallah si Jasad setelah berusaha mencari suatu pengkhabaran jawapan yang bakal menjadi kekuatan pilihan si Akal. Usahanya membuahkan hasil, ada suatu tekad yang terbit menggantikan sang dilema.
" Wahai Hati, suatu khabar gembira buatmu. Marilah kita ini kembali ke majlis ilmu sebentar tadi. " khabar Jasad dengan gembira.
" Tidak mengapakah Akal ? Bagaimana nanti sahabat si jasad ini ?Bukankah ukhwah itu juga penting? Ia juga sama pentingnya dengan iman.. " Si Hati mulai ragu.
" Jangan engkau risau wahai Hati, jika benar ia sahabat si Jasad ini, pasti ia lebih mengerti. Jasad pasti tahu berbicara yang terbaik dengan sahabatnya itu. "
Setelah berbicara, bertawakallah Jasad agar ukhwah yang terjalin tidak rapuh..
Pergilah Jasad, bersama Hati dan Akal ke majlis ilmu mingguannya, usrah..
Terharulah Jasad, Hati dan Akal akan suatu hadis yang dikongsi dalam majlis tersebut :
Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Di antara tanda kesempurnaan keislaman seseorang adalah dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya. "
(Riwayat At-Tirmidzi)
Legalah mereka kerana keputusan yang diambil waktu itu terasa manfaatnya.. Maka, makin kuatlah pendirian mereka jika ada keputusan yang perlu dipilih.. Bersyukurlah mereka atas nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan..
Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Di antara tanda kesempurnaan keislaman seseorang adalah dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya. "
(Riwayat At-Tirmidzi)
Legalah mereka kerana keputusan yang diambil waktu itu terasa manfaatnya.. Maka, makin kuatlah pendirian mereka jika ada keputusan yang perlu dipilih.. Bersyukurlah mereka atas nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan..
Berdoalah si Hati pada Rabbnya " Wahai Allah yang Maha Mendengar, kekalkanlah kami dalam perjuangan mencari keredhaanMu, mencari kasih sayangMu dalam tiap apa jua yang kami lakukan.. Peliharalah kami dari perkara yang Engkau murka akannya.. "
* * * *
* Hati dan Akal adalah sebahagian daripada Jasad.
No comments:
Post a Comment