“Selamat hari jadi.. selamat hari jadi.. selamat hari jadi untuk Insyirah.... selamat hari jadi..” nyanyian rakan-rakan seasramaku menggamatkan suasana pagi itu.. Umurku kini sudah mencecah dua puluh satu tahun. Mereka bergilir-gilir memberikan kad ucapan. Pagi itu mereka sudah merancang untuk membuat kejutan pada ulang tahun hari lahirku.
”Insyirah, ambillah mesti awak suka!” Suara Khairina mencelah dalam keriuhan. Senyuman lebar terukir dibibirnya. Barangkali Khairina sangat teruja menghadiahkan aku sebuah kotak kecil berwarna ungu cair. Hiasan di atasnya bertemakan daun-daun kecil dan bunga berwarna ungu gelap. Kotaknya sahaja sudah membuatkan aku terpikat. Pastinya isi kotak ini akan membuatkan aku lebih terpesona.
”Khairina,cantiknya kotak ini. Mesti cantik lagi hadiahnya kan?”Aku sahaja hendak menguji Khairina,mana tahu anggapanku tepat. ”Mestilah Insyirah sayang, saya akan hadiahkan awak benda yang paling cantik sekali saya pernah jumpa. Awak kan satu-satunya kawan baik yang saya paling sayang.. Tak begitu cik Insyirah?”
Gelak tawa menghiasi lagi pagi itu. Kami berpelukan. Hadiah itu akan ku buka kemudian apabila rakan-rakan yang lain telah beransur pulang ke bilik masing-masing. ”Terima kasih Khairina, awak juga sememangnya kawan baik yang paling saya sayang.”
Kami bersalaman dan Khairina pun meninggalkanku untuk ke biliknya.
Kenangan manis ketika pertama kali aku berjumpa dengan Khairina berlegar-legar di mindaku. ”Sememangnya kau lah kawan paling baik yang pernah aku miliki,Khairina.” Bisik hati kecilku. Jari-jemari ku mula membelek-belek kotak pemberian Khairina tadi. Di dalamnya terdapat satu utas rantai emas putih. Loketnya berbentuk rama-rama kecil dihiasi daun dan bunga-bunga yang comel. Bijak juga Khairina membuat pilihan. Memang tepat dengan cita rasa dan kegemaranku. Ungu dan rama-rama. Sayang rasanya hendak dipakai. Rantai itu ku simpan dengan kemas di dalam kotaknya semula.
* * * *
bersambung..
No comments:
Post a Comment