Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Sunday, May 31, 2009

Baby comel..

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang..

Segala puji hanya bagi Allah ! Yang memudahkan segalanya semalam..

Malam tadi ana dan dua orang rakan ditugaskan untuk On Call dari 9 malam hingga 7 pagi. Ana rasa sangat teruja sebab bakal melihat bayi comel keluar dari rahim ibunya. Ana dah doa siap2 agar Allah permudahkan segala urusan kami di sana nanti.

Pukul 9 tepat kami sudah berada di wad bersalin. Ana lihat ada juga rakan2 shift sebelum ana yang masih menunggu pesakit mereka untuk bersalin. Ada yang telah menunggu hampir 7 jam, dan ada yang telah menunggu lebih lama dari itu.

Ana lihat di papan putih, ada 2 pesakit. Kami ramai. Lebih dari 8 orang. Tetapi hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan masuk untuk melihat prosedur kelahiran. Sedih..

Kemudian ana dapat ilham tunggu di tempat pendaftaran di tingkat Ground. 2 orang rakan yang datang bersama ana tadi diajak bersama. Setelah tiba di tempat tersebut, ada seorang pesakit yang baru mendaftar. Lebih kurang 6 jam lagi pesakit tersebut akan bersalin. 2 rakan tadi ana biarkan dapat peluang melihat pesakit itu. Sementara ana tunggu dan tungguu..

Ana berjalan2 di luar pintu menanti kelibat pesakit yang belum pasti hadirnya. Doa lagi. Semoga Allah makbulkan.. Ameen..

Tepat jam 10 malam, ada sebuah kereta meluncur laju dan berhenti di depan ana. Si suami dah panik memanggil ana.

Nurse.. cepat nurse.. Air ketuban dah keluar..!

Ana panggil nurse yang ada di kaunter. Pesakit ini ana kenal. Puan W namanya. 2 hari lepas baru discaj dari wad ana bertugas. Wheel chair diambil oleh Nurse dan pesakit ini dibawa masuk untuk pemeriksaan samada sudah tiba masanya atau belum.

Dr. memberitahu pesakit ini memang dah nak bersalin, mendapat status Emergency. Pesakit dibawa ke wad bersalin dengan segera. Si suami diberitahu ana isterinya bakal bersalin. Aduh, ana pula yang panik. Kami bertiga yang dari tadi menunggu berlari2 menaiki tingkat 2. Bagaikan Superhero berlari nak menyelamatkan mangsa.

Lari... Nanti pesakit kita diambil orang.. (^^,)

Sesampainya kami di wad bersalin, termengah-mengah..

Mana pesakit tadi?

Ana lihat Puan W dah pun berada di dalam bilik bersalin. Cepat2 kami buka White Coat dan masuk ke bilik.

Puan, teran Puan.. Baby dah nak keluar ni..
Jangan berehat, nanti lambat keluar lagi susah..

Doktor dan pembantu2 nya dah mula bising bila puan ini kurang bertenaga untuk meneran bayi untuk keluar. Ana dan seorang rakan melihat dari jauh. Nak ditenangkan, suaminya sudah ada. Hampir 2 kali kepala bayi keluar dan masuk semula. Puan W seperti mahu mengalah. Tetapi dibebeli Nurse2 di situ supaya diteruskan.

Ana yang pada mulanya berlagak diam dan kaku bersandar di dinding. Kemudiannya seperti melihat bola yang bakal masuk gol apabila terlihat kepala bayi betul2 mahu keluar. Penuh bersemangat memberi isyarat kepada Puan W supaya terus berusaha.

Boleh Puan.. Lagi sikit .. ! ( Kononnya bersuara, tetapi hanya memberi isyarat kepala..)

Syukur pada Allah ! Bayi lelaki itu berjaya keluar dengan selamat. Ayahnya yang dari tadi panik menunggu di tepi terus gembira.. Tersenyum lebar..

Alhamdulillah ! Terima kasih doktor..!

Ana yang memerhati ini lagikan gembira. Hampir mengalir air mata melihat apa yang berlaku di dalam bilik itu. Ana menarik nafas lega.. Fuhh.. Ana lihat si suami mengalirkan air mata. Matanya merah dan terkelip2. Ana tersenyum. Entah mengapa ana merasa puas. Mungkin puas kerana melihat seorang suami yang benar2 setia disamping isterinya. Memujuk dan memberi semangat sewaktu si isteri dalam situasi rumit sebegitu. Semoga Allah merahmati kamu berdua!

Setelah uri berjaya dikeluarkan dan luka Puan W selesai dijahit. Ana dan rakan tadi memberi makan kepadanya. Ketika itu hanya Puan W, ana, rakan tadi dan bayi berada di dalam bilik. Si suami masuk kembali ke bilik setelah dibenarkan. Sungguh teruja sehingga meminta kami mengizinkannya mengambil gambar bayi untuk ditunjukkan kepada ibu mertuanya. Ana tersenyum lagi. Bahagia.

Kemudian, Puan W ingin mendukung bayinya. Si suami risau. Takut2 dia tersalah angkat. Ana senyum lagi. Kelakar juga keletah mereka berdua ini. Walaupun ana tak pernah mendukung bayi yang baru berusia semuda ini.. Cubalah.. Kesian ibunya..

Ana faham keinginan seorang ibu melihat lebih dekat bayinya yang baru lahir. Bayi lelaki yang siap dibalut itu ana angkat. Bismillah..

Si ibu mengambil dan tersenyum melihat bayinya. Comelnya dia..

Bila ditanya, sudah ada nama ?
Emm... Muhammad... Tetapi belum fikir lagi yang dibelakangnya.. Yang pertama Muhammad Irfan.. Apa ye nak bagi?

Wah.. Ana pula yang ditanyanya.. Boleh aje puan.. Banyak nama ana boleh bagi.. (^_^) Tetapi, ana hanya tersenyum.. Biarlah keluarganya yang beri.. Siapalah ana bagi mereka..

Kepada Puan W, Suami dan Si kecil Muhammad.. Semoga kalian diberkati Allah..


Wahai si Comel bernama Muhammad.. Jangan nakal2 ye dah besar nanti...











Saturday, May 30, 2009

Memori Besut..

(Dari Kiri Rahmah, Zatel, dan Mardhiah)
Bersama Roommates tersayang di Kem Bina Negara, Besut..


Di pantai Sri Kluang..
Aktivit Kembara secara berkumpulan..(Dari Kiri Raihanah, Rafidah dan Husna)


Semoga Ukhuwah yang sememangnya telah terjalin menjadi bebunga yang mekar..

Friday, May 29, 2009

Ombak Dunia

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Allah berfirman :

" Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji mu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan orang-orang yang bersabar di antara kamu."


(Surah Muhammad : 31)

Dari tadi ana termenung memandang skrin. Ingin berkongsi debaran, gelisah, takut dan penat yang mula menebal. Tetapi ana masih tidak pasti bagaimana untuk memulakan. Masa yang tidak mengenal erti henti terus berlalu.

5 minit.. Ana masih lagi diam. Mengimbas peristiwa2 yang berlaku sepanjang minggu ini.

Memulakan posting tahun 3 dengan Jabatan Sakit Puan bukanlah sesuatu yang mudah. Ketahanan fizikal,mental, emosi, dan spiritual ana benar2 teruji.

Ana perlu mengikuti pembelajaran di wad, dewan bedah dan klinik. Lebih dari itu, ana perlu belajar melakukan sendiri pemeriksaan dan menyambut bayi semasa kelahiran.

Walaupun didatangi dengan pengajar pelbagai personaliti yang mampu membuatkan ana berasa rendah diri dan kadang kalanya tertekan, disebalik semua ini ana sedar ianya adalah peluang untuk ana belajar adaptasi dalam situasi yang rumit.

Ya, apabila dihadiri pengajar yang mungkin lebih garang daripada ibu bapa kita. Kita mampu menangis. Dan itulah yang berlaku kepada sahabat ana. Selepas berjaya dipujuk dengan kata-kata semangat, ana pula yang terjangkit kesedihan dan kurang motivasi diri.

Ana duduk sendirian dan menghayati apa yang ana lalui sepanjang seminggu permulaan ini. Ana sedar, minda mula keliru dengan sistem baru yang agak memeningkan. Diasak pula jumlah kepenatan yang berganda. Aktiviti yang memerlukan berjalan dan berdiri dalam masa yang luar dari biasa. Kadangkala keadaan ini lah menjadi penghalang untuk ana terus bermotivasi.

Syukur pada Allah, apabila dikurniakannya ujian seperti ini. Ana belajar untuk menyedari hakikat kehidupan seorang doktor. Ana mula belajar membiasakan diri dengan situasi ini. Dan kekuatan rohani itulah yang menjadi benteng dari mudah putus ada setelah dihujani pelbagai dugaan.

Apabila kita dilanda ribut ujian dunia.. Waktu itulah , baru kita akan terlihat sebenarnya telah lama ada tempat bernaung yang boleh kita berteduh..

Allah berfirman :

" MIntalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. "

(Surah Al-Baqarah: 153)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails