Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Friday, April 16, 2010

Bermulanya label " Teladan Tarbiyah "


Assalamu'alaikum sahabat2 yang dikasihi sekalian..

Ana doakan semoga kalian,
masih memiliki iman yang teguh..
akhlak yang mulia..
hati yang bersih..
dan
kesihatan yang baik..


InsyaAllah..

Ana baru mendapat ilham,
mengamanahkan diri,
mewujudkan label entri " Teladan Tarbiyah",
iaitu menyampaikan serta mengupas,
tajuk2 yang dibincangkan dalam sebuah buku yang berjudul,
" Teladan Tarbiyah, Dalam Bingkai Arkanu Bai' ah "..




Manfaat yang mungkin kalian dapat, insyaAllah..
Pengetahuan atau peringatan semula kisah2 pada zaman Rasulullah s.a.w..
Dan mengambil iktibar dari kisah2 tersbut..

Tidak rugi menambah ilmu serta mengasahkannya..
Lebih2 lagi jika kalian mampu menyampaikannya kepada sahabat2 yang lain..

InsyaAllah..

Ana berbesar hati seandainya ada yang ingin menambah info,
ataupun membetulkan kesilapan ana dalam penyampaian..
taffadhol.. ana mengalu2kan..

Moga kalian tertarik dengan penyampaian,
serta berminat dengan kisah2 yang bakal diinovasi strukturnya..

Sekian.. Assalamua'alaikum..


Thursday, April 15, 2010

Philosphy of heart 2



" what the heart feels, lead to the action of mankind "


" We tend to be weak when we feel like pessimistic,
and we tend to be full of spirit when we feel like optimistic.. "

Agree?

We are so excited to eat when the food was so delicious-like!
But we are so bored when the food was the same and tasteless..
We almost vomit all out..

Right?

We tend to do job with complacency when we are interested..
But we tend to do job lightly when we feel like burdening..

And..

For us dear students..

We tend to be a surface learner if we are pessimistic towards our abilities..
But we really want to be a deep learner as we are an optimistic individual..

We are the person,
who let our heart feels optimistic or pessimistic towards things..
Then, our actions follow these philosophies of heart..

Well,

We still!

Can change the way we design our feelings..

Change and conquer your philosophies of heart towards righteous one!

Tuesday, March 23, 2010

Insyirah Maisarah (episod 4)

" Sakinah, Allah lebih sayangkan awak. Ujian hamba Allah yang beriman dan bertaqwa itu lebih hebat. Bagaimana keadaan awak dengan ketentuan ni ye? " Khairina mula bertanya.

Sakinah tersenyum sambil memandang ke luar tingkap. Kepulan awan putih tebal waktu itu membuatkan hatinya tenang. Ditenung lama-lama. Ciptaan KEKASIHnya itu tiada bandingan. Kagum. Kemudian nafasnya dihembus perlahan. Kedua-dua wajah sahabatnya ditatap.

" Keredhaan atas tiap ketentuan Allah itu penting. Saya telah lama bersedia menerimanya. Cuma hati manusia, pasti tidak lepas dari pelbagai rasa. Sedih, gementar, risau. Dan sehingga menangis!" Sakinah sebak. Dia menghela nafas dalam-dalam. Cuba mengawal pilu di hati.

" Sakinah, apa yang membuatkan awak sedih sehingga menangis? Sakinah yang saya kenal adalah seorang Mujahidah yang berhati tegar. Jarang saya melihat awak lemah begini." Khairina bertanya lagi.

" Khairina, jika hanya saya yang terbabit dalam ujian Allah ini. Saya tenang dan berbesar hati menerimanya. Tapi.. " jawapan Sakinah terhenti.

" Tapi apa ? " Khairina mula tertanya-tanya.

" Tak ada apa-apa Khairina.. " Sakinah senyum pahit. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Khairina tidak lagi bertanya. Jika tidak mahu diluahkan lagi, tidak perlu dipaksa. Biarkan ia berlaku sendiri.

Aku yang asyik memerhatikan mereka berdua dari tadi, terfikir akan firman Allah s.w.t yang dicetak pada penanda sebuah buku kesayangan :

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
pada hal ianya amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

(Al-Baqarah : 216)

" Sakinah, ambil buku ini. Saya pinjamkan pada awak. Moga-moga masa awak yang terluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. " Kataku sambil menghulurkan buku itu.

" La tahzan, Khas untuk muslimah bijak bestari. Menarik tajuknya. Terima kasih Insyirah. " Senyum Sakinah diberikan 'buah tangan'.

Setelah seketika menziarahi Sakinah. Kami pulang. Dalam perjalanan, hanya deruan enjin kenderaan yang kedengaran. Sedangkan kami, diam. Masing-masing sibuk mengenangkan kisah pahit manis bersama Sakinah. Sesekali, bergenang mata yang merenung jauh. Kenangan bersama Sakinah, mungkin tiada lagi catatan baru dalam diari kelak. Allahu'akhbar..


bersambung..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails