Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Friday, March 19, 2010

Insyirah Maisarah (episod 3)

Sedutan episod lalu..

Ketika dalam perjalanan pulang, aku pasti akan melintasi bilik Khairina untuk sampai ke bilikku. Telefon Khairina berbunyi. Mungkin itu panggilan dari Sakinah. Aku terus menunggu disamping Khairina, menantikan berita daripada Sakinah. ”Astaghfirullah.. Nanti kami datang ye Sakinah..” Khairina menamatkan panggilan.
Hati aku gugup, mulai meronta untuk segera tahu segala isi perbualan telefon itu.

* * * *

" Mengapa Khairina? Berdebar sudah saya ni.." tanyaku mengharapkan jawapan. Sudah terbayang-bayang pelbagai andaian. " Insyirah, Sakinah di hospital. Kena tahan wad. Saya pun tak pasti kenapa. Mari kita lawat dia ye. "

Kami bergegas menuju ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Wad Delima, sakit puan. Debaran yang terasa semakin menjadi-jadi. " Semoga awak sihat Sakinah!" bisik hati kecilku.

Katil 16, di situ lah kami terlihat kelibat Sakinah yang terbaring. Senyuman manisnya menyambut kedatangan kami. Salam dan pelukan mengisi ruang waktu. " Kenapa awak masuk wad ni , Sakinah? " tanyaku.

" Maafkan saya Insyirah, Khairina. " Muka Sakinah kembali muram. Tanganku digenggam. Erat.

" Saya dah lama ada sakit ni, tapi saya simpan seorang. Tak mahu ahli keluarga, kamu berdua dan kenalan yang lain risau." Matanya mula basah. Bergenang. Mungkin sudah terlalu lama ia bertakung sendirian.

Aku membalas genggamannya, sambil memeluk erat. "Sakinah, beritahu kami ye. InsyaAllah, kami cuba membantu semampunya." Pujukku menenangkannya.

" Insyirah, Khairina. Saya ada kanser pangkal rahim. Dah tak lama dah hayat saya ni. Doktor kata dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Saya dah lama tahu perkara ni beberapa tahun yang lalu." Tangisnya mula kedengaran.

" Allahuakhbar.. " kami berpelukan. Menangis. Ujian Allah maha hebat. Telah dihantarNya kad jemputan. Hanya menunggu saat jemputan itu berlaku.



Firman Allah s.w.t :

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusashan dan kesenangan sebagai cubaan. dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan.

(Al- Anbiyaa' : 35)



" Sakinah, Allah lebih sayangkan awak. Ujian hamba Allah yang beriman dan bertaqwa itu lebih hebat. Bagaimana keadaan awak dengan ketentuan ni ye? " Khairina mula bertanya.


* bersambung...

Sunday, March 14, 2010

Pabila..


Pabila terasa gelisah..

Berdoalah!

Moga2 Allah tiupkan angin ketenangan dalam hatimu..


Pabila terasa sedih..

Menangislah!

Dan berdoalah moga2 Allah titipkan kelegaan dalam tangismu..


Pabila terasa kejatuhan..

Yakinlah!

Dan berdoalah moga2 Allah ukirkan dinding keteguhan dalam hatimu..


Pabila terasa ingin berundur..

Berhentilah!

Dan berdoalah moga2 Allah nyalakan api kesungguhanmu..


Pabila terasa lemah..

Berdirilah!

Dan pandang ke langit..

Moga2 dirimu terlihat ada kuasa Agung sedang memerhatikan..

Teruslah bergantung padaNya..

DIA yang satu..


Allah s.w.t telah berfirman :

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

(Al-Baqarah : 216)


Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..

Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..

Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..

Itulah sebaik2 tempat penggantungan..





Friday, March 12, 2010

Ma'thurah



Ya Allah..
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama) Mu..
Hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat) Mu..
Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah) Mu..

Ya Allah..
Kurniakanlah kami iman yang sempurna..
Hati yang khusyuk..
Ilmu yang berguna..
Keyakinan yang benar2 mantap..

Ya Allah..
Kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul,
Selamat dari mara bahaya dan petaka..

Kami mohon (ya Allah)..
Kecukupan yang tidak sampai kami meminta pada orang lain..

Berikanlah kami (ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak gentar
atau mengharap orang lain selain Engkau sendiri..

Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami,
keluarga dan anak2 kami,
serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami..

Janganlah (ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri..
Walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu..

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta..
(perkenankanlah)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails