Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Saturday, July 25, 2009

Puisi cinta

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Segala puji bagi Allah yang memberi peluang kepada ana untuk menemui puisi ini..

Sebagai penyokong diri agar tidak lemah bila cinta mula menghampiri..


Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.


Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.


* Subhanallah.. Cinta kerana Allah itu pasti sangat2 indah..

* Terima kasih web iluvislam.com atas perkongsian..

Thursday, July 23, 2009

Didikan abstrak

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..

Pagi ini,

Aku meniti detik2 yang berlalu sejak dari tengahari hinggalah ke saat ini..

Termasuk kali ini, sudah 3 kali ya Allah, Engkau mengajarku erti seorang pesakit..

Didikan penuh makna yang betul2 memberi kesan ke atas diriku..

Sebelum ini, aku diujiMu dengan asma yang cukup merisaukan ibu..

Bertemu dengan doktor2 kurang prihatin,

Bagaikan tiada apa2 bantuan yang melegakan..

Akhirnya, Engkau menamatkan ujian itu ke atasku..

Syukur ya Allah..

Segala-galanya adalah berpunca dariMu..


Kemudian,

Datang pula ujian baru..

Seorang insan itu mesti diujikan ya Allah?
Mana mungkin syurgaMu itu seharga barangan di dunia..
Akan ku tabah tidak kira selaut ujian yang Engkau hidangkan..
Biiznillah..

Dengan sakit baru di tulang belakang,

Aku kembali menjadi pesakit..

Belum pun tamat yang ini,

Datang lagi ujianMu..

Jantungku mula bertindak kurang normal..

Chest pain yang merisaukan hadir..

Lagi menggugat fikiran..

Ya Allah, aku tidak pernah mengeluh akan ujian2Mu..

Aku berusaha redha akan ketentuanMu..

Hanya memberitahu kepada yang belum tahu..

Akan hati yang mula resah..

Kerna diriku mewakili pesakit dengan penyakit..


Nah, inilah perasaan seorang pesakit wahai doktor2..

Kerisauan yang berleluasa,

Walaupun x seserius mana..

Seorang pesakit, tetap merasakan dia sakit..

Mahu dilayan seperti orang yang sedang mengidap penyakit..

Kerna manusia yang bergelar doktor tidak mampu mendengar kata-kata hati..

Mana mungkin kita akan tahu apa yang berlegar di fikiran..

Tetapi, berusahalah merasai apa yang dirasai mereka..


Maka, para doktor2.. Berilah perhatian yang terbaik..

Dengan kata-kata yang menyedapkan telinga..

Jangan dipandang remeh orang yang mengadu..

Mana tahu hayatnya cuma seketika..


Alhamdulillah..

Atas didikanMu yang begitu berharga..

Moga aku mampu menjadi seorang doktor yang memahami pesakit..

Dengan sebaik-baik keprihatinan..

InsyaAllah..

Tuesday, July 21, 2009

Soal Hati..

Bismillah Ar-rahman Ar-rahim..

Ya rabbi,

Hati ini umpama tanah..

Jika tidak dibajai dan disiram..

Pasti gersang kan ya Allah?

Tapi sedikit sekali manusia yang menyedari..

Dan sedikit sekali manusia yang menerima hakikat kejadian..

Cara hidup itu umpama bahan2 yang bakal menentukan akan suburnya tanah hati..

Jika dibajai dengan amal2 kebaikan, pasti semakin subur.. Terus subur..

Benih yang ditabur pasti tumbuh dengan sihat..

Tanah yang mulanya gersang.. Menghijau.. sumber ketenangan..

Buktinya, manusia itu gemar mendekati alam hijau ketika mencari ketenangan..


Tetapi..

Jika jarang-jarang dibajai.. Kadangkala terlupa pula untuk disirami air mata taubat..

Mudah bagi tanah hati, kembali gersang..

Tidak ditumbuhi hijau yang tenang..

Menjadi tanah rata lagi berdebu..


Akan amankah kamu mempunyai hati sebegitu?

Meneruskan hidup berbekalkan hati yang gersang berdebu..

Dan jarang2 sekali kamu menyucikannya dari kotoran..

Yang tercalit padanya ketika kamu melalui hari kehidupan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails