Pagi ini,
Aku meniti detik2 yang berlalu sejak dari tengahari hinggalah ke saat ini..
Termasuk kali ini, sudah 3 kali ya Allah, Engkau mengajarku erti seorang pesakit..
Didikan penuh makna yang betul2 memberi kesan ke atas diriku..
Sebelum ini, aku diujiMu dengan asma yang cukup merisaukan ibu..
Bertemu dengan doktor2 kurang prihatin,
Bagaikan tiada apa2 bantuan yang melegakan..
Akhirnya, Engkau menamatkan ujian itu ke atasku..
Syukur ya Allah..
Segala-galanya adalah berpunca dariMu..
Kemudian,
Datang pula ujian baru..
Seorang insan itu mesti diujikan ya Allah?
Mana mungkin syurgaMu itu seharga barangan di dunia..
Akan ku tabah tidak kira selaut ujian yang Engkau hidangkan..
Biiznillah..
Dengan sakit baru di tulang belakang,
Aku kembali menjadi pesakit..
Belum pun tamat yang ini,
Datang lagi ujianMu..
Jantungku mula bertindak kurang normal..
Chest pain yang merisaukan hadir..
Lagi menggugat fikiran..
Ya Allah, aku tidak pernah mengeluh akan ujian2Mu..
Aku berusaha redha akan ketentuanMu..
Hanya memberitahu kepada yang belum tahu..
Akan hati yang mula resah..
Kerna diriku mewakili pesakit dengan penyakit..
Nah, inilah perasaan seorang pesakit wahai doktor2..
Kerisauan yang berleluasa,
Walaupun x seserius mana..
Seorang pesakit, tetap merasakan dia sakit..
Mahu dilayan seperti orang yang sedang mengidap penyakit..
Kerna manusia yang bergelar doktor tidak mampu mendengar kata-kata hati..
Mana mungkin kita akan tahu apa yang berlegar di fikiran..
Tetapi, berusahalah merasai apa yang dirasai mereka..
Maka, para doktor2.. Berilah perhatian yang terbaik..
Dengan kata-kata yang menyedapkan telinga..
Jangan dipandang remeh orang yang mengadu..
Mana tahu hayatnya cuma seketika..
Alhamdulillah..
Atas didikanMu yang begitu berharga..
Moga aku mampu menjadi seorang doktor yang memahami pesakit..
Dengan sebaik-baik keprihatinan..
InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment