Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Saturday, May 30, 2009

Memori Besut..

(Dari Kiri Rahmah, Zatel, dan Mardhiah)
Bersama Roommates tersayang di Kem Bina Negara, Besut..


Di pantai Sri Kluang..
Aktivit Kembara secara berkumpulan..(Dari Kiri Raihanah, Rafidah dan Husna)


Semoga Ukhuwah yang sememangnya telah terjalin menjadi bebunga yang mekar..

Friday, May 29, 2009

Ombak Dunia

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Allah berfirman :

" Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji mu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan orang-orang yang bersabar di antara kamu."


(Surah Muhammad : 31)

Dari tadi ana termenung memandang skrin. Ingin berkongsi debaran, gelisah, takut dan penat yang mula menebal. Tetapi ana masih tidak pasti bagaimana untuk memulakan. Masa yang tidak mengenal erti henti terus berlalu.

5 minit.. Ana masih lagi diam. Mengimbas peristiwa2 yang berlaku sepanjang minggu ini.

Memulakan posting tahun 3 dengan Jabatan Sakit Puan bukanlah sesuatu yang mudah. Ketahanan fizikal,mental, emosi, dan spiritual ana benar2 teruji.

Ana perlu mengikuti pembelajaran di wad, dewan bedah dan klinik. Lebih dari itu, ana perlu belajar melakukan sendiri pemeriksaan dan menyambut bayi semasa kelahiran.

Walaupun didatangi dengan pengajar pelbagai personaliti yang mampu membuatkan ana berasa rendah diri dan kadang kalanya tertekan, disebalik semua ini ana sedar ianya adalah peluang untuk ana belajar adaptasi dalam situasi yang rumit.

Ya, apabila dihadiri pengajar yang mungkin lebih garang daripada ibu bapa kita. Kita mampu menangis. Dan itulah yang berlaku kepada sahabat ana. Selepas berjaya dipujuk dengan kata-kata semangat, ana pula yang terjangkit kesedihan dan kurang motivasi diri.

Ana duduk sendirian dan menghayati apa yang ana lalui sepanjang seminggu permulaan ini. Ana sedar, minda mula keliru dengan sistem baru yang agak memeningkan. Diasak pula jumlah kepenatan yang berganda. Aktiviti yang memerlukan berjalan dan berdiri dalam masa yang luar dari biasa. Kadangkala keadaan ini lah menjadi penghalang untuk ana terus bermotivasi.

Syukur pada Allah, apabila dikurniakannya ujian seperti ini. Ana belajar untuk menyedari hakikat kehidupan seorang doktor. Ana mula belajar membiasakan diri dengan situasi ini. Dan kekuatan rohani itulah yang menjadi benteng dari mudah putus ada setelah dihujani pelbagai dugaan.

Apabila kita dilanda ribut ujian dunia.. Waktu itulah , baru kita akan terlihat sebenarnya telah lama ada tempat bernaung yang boleh kita berteduh..

Allah berfirman :

" MIntalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. "

(Surah Al-Baqarah: 153)

Monday, May 25, 2009

Taman-taman Syurga

sekadar hiasan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Segala Puji bagi Allah, yang mencipta telinga untuk ana mendengar..

Syukur, pagi ini ana mendengar mutiara kata yang cukup buat ana tersentuh..

Program yang diadakan oleh Sister-sister Muslimah membawa ana dan sahabat-sahabat berkumpul di dalam suatu majlis ilmu..

Seorang Ukhti menuturkan sepotong ayat yang ana rasakan seperti ada suatu sinar mula menerangi minda ana..

" Syukur pada Allah, hari ini kita dapat bersama-sama berada di dalam taman syurga.. walaupun ianya taman syurga dunia, moga kita dapat bersama-sama berkumpul di taman syurga hakiki, insyaAllah.. "

Taman syurga yang dimaksudkan oleh Ukhti ini adalah surau di mana tempat kami mengadakan majlis ilmu..

Kata Ukhti ini, di mana sahaja tempat yang diadakan majlis ilmu, di situ lah adanya taman syurga dunia.. Di mana, malaikat jua berkumpul mendoakan orang yang menghadiri majlis ilmu..

Maha Suci Allah.. Betapa indahnya dikurniakan nikmat seperti ini..

Ana yakin, ramai di antara sahabat-sahabat ana telah tahu akan hal ini..

Taman syurga merupakan suatu tempat yang suci.. Di mana orang beriman bersungguh untuk mencapai darjat ini..

Apabila ana mendengar akan hal ini, ana rasakan inilah sebenarnya kunci kepada kejayaan Tokoh-tokoh Ilmuan Islam.. Mereka begitu bersungguh mencari ilmu walau diuji dengan pelbagai dugaan.. Ana rasa mereka tidak mungkin begitu gigih jika matlamatnya tidak sekukuh mengejar taman-taman syurga..

Syukur pada Allah kerna diberi peluang kepada ana untuk memiliki satu lagi mutiara ilmu baru..

Moga dengan pengetahuan ini menjadi kunci kepada ana lebih gigih menuntut ilmu..
InsyaAllah..

Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) atas orang yang kesulitan, maka Allah memudahkan atasnya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah senantiasa menolong hamba selama hamba tersebut senantiasa menolong saudaranya. Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenteraman turun atas mereka, rahmat meliputi mereka, Malaikat mengelilingi mereka, dan Allah menyanjung mereka di tengah para Malaikat yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalnya, maka tidak dapat dikejar dengan nasabnya."


Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim


Kamus

Ukht : Saudara perempuan
Ana : Saya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails