Hari ini adalah hari mendaftar pelajar tahun 3 untuk masuk semester baru. Masing-masing sibuk mengangkat barang memasuki bilik. Mata sy dah mula berkedip-kedip. Sedangkan, pukul 10 dikatakan masih awal untuk pelajar seperti kami tidur. Barangkali terlalu penat mengangkat barang petang tadi.
Bilik baru yang telah siap dikemas ini sy tatap puas-puas. Gembira rasanya. Setelah 8 tahun menghuni di asrama tempat belajar.. Baru pertama kali sy dapat merasa bilik baru dikemas oleh ibu. Selalunya, tiap kali tiba hari mendaftar bilik, sy sendiri yang akan menguruskan segalanya sehinggalah selesai. Tetapi kali ini, luar biasa. (^_^)
Bila dimanjakan begini, rasa seronok pula. Ibu terlalu risau sy akan kurang sihat. Katanya, minggu pertama ni minggu yang penting. Kena jaga kesihatan. Maklumlah, anaknya yang seorang ini lebih kerap jatuh sakit. Sy hanya tersenyum. Tetapi, kembali suram semula.
Ibu, kakak dan adik baru pulang tadi. Riuh berganti sepi. Tadi bilik ini riuh rendah dengan suara mereka. Kini, hanya kedengaran bunyi kipas yang giat berputar di siling. Tidak mengapalah kalian. InsyaAllah, semoga semangat dan azam dapat membuatku kekal gagah meneruskan perjuangan.. Demimu jua ibu, semoga usahaku dapat membuatkan segala pengorbanan air matamu menjadi permata gembira.. Selamat Hari Ibu !
(Mungkin kerana terlalu letih, ayat kurang teratur.. Maaf..)
Philosophy
The Pearl of Heart
~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~
Wednesday, May 13, 2009
Tuesday, May 12, 2009
Azam baru..
Bismillah Ar-rahman Ar-rahim...
Esok, 13 Mei 2009..
Permulaan satu lagi perjalanan..
Kali ini pasti lebih mencabar daripada perjalanan2 yang pernah ditempuhi..
Tahun klinikal, tahun yang bakal memberiku pengalaman baru..
Semoga diriku lebih tabah dan gagah menempuhinya..
Lebih bijak menyelesaikan urusan diri, kerja dan agama..
InsyaALLAH!
(^_^)
Esok, 13 Mei 2009..
Permulaan satu lagi perjalanan..
Kali ini pasti lebih mencabar daripada perjalanan2 yang pernah ditempuhi..
Tahun klinikal, tahun yang bakal memberiku pengalaman baru..
Semoga diriku lebih tabah dan gagah menempuhinya..
Lebih bijak menyelesaikan urusan diri, kerja dan agama..
InsyaALLAH!
(^_^)
Saturday, May 9, 2009
Kedu
Wahai Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
Pahit yang menikam
Ku telan diam-diam
Tangis yang berbunyi
Ku paksa kembali senyap
Semakin ku hayati
Semakin dalam menusuk
Tetapi Ya Allah
Janganlah Engkau berhenti 'menyakiti' ku
Dengan 'sakit' menusuk dari-Mu
Mula terbuka mata yang pejam
Mula terlebar pemikiran yang sempit
Mula tertegak prinsip dan pendirian yang rapuh
Jauhkanlah senang dariku
Biarku hidup dengan episod2 'kesakitan'
Hanya dengan itu aku akan sedar
Di mana ku berpijak
Di mana ku berpaut
Pahit yang menikam
Ku telan diam-diam
Tangis yang berbunyi
Ku paksa kembali senyap
Semakin ku hayati
Semakin dalam menusuk
Tetapi Ya Allah
Janganlah Engkau berhenti 'menyakiti' ku
Dengan 'sakit' menusuk dari-Mu
Mula terbuka mata yang pejam
Mula terlebar pemikiran yang sempit
Mula tertegak prinsip dan pendirian yang rapuh
Jauhkanlah senang dariku
Biarku hidup dengan episod2 'kesakitan'
Hanya dengan itu aku akan sedar
Di mana ku berpijak
Di mana ku berpaut
Subscribe to:
Posts (Atom)