Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Tuesday, April 21, 2009

Cuti ini

Salam 'alaik..

Hari ini, ada misi melawat makcik yang tinggal kurang dari 1 kilometer dari rumah.. Kami memang sangat rapat masa kecil2 dulu.. Dialah babysister sy dan kakak.. Sejak kami masuk asrama, hubungan kami dengan makcik ini hanya lah senyuman.. Tetapi, cuti kali ini, kami berhasrat untuk melawat makcik ini..Makcik sy ini baru dapat cucu baru jadi mama sy berpesan untuk menghantar hadiah untuk si comel.. Bolehlah sy berbual panjang kali ini.. Kata orang, yang jauh didekat-dekatkan, yang dekat dirapat-rapatkan hubungan kekeluargaannya.. (^_^)

Dengan menaiki motor, kami tiba di depan rumah makcik..

Sy : Assalamualaikum~ Mak ngah..
Mak ngah : Wa'alaikumsalam.. oh, korang rupanya.. Masuklah..

Setelah selesai mukadimah panjang lebar.. Kami pun duduk.. Bersedia untuk berbual panjang.. Memandangkan Mak Ngah ku ini pandai masak.. Masakannya pun sedap2 sangat.. Jadi, sambil menyelam kena minum air.. Maklumlah, selama ni kalau masak, asalkan dah ada rupa tu, jadilah.. masa cuti ni, kena rebut peluang.. dah masuk sem baru nanti, tak ada lah masa nak memantapkan skil suri ni..

Sy : Mak Ngah, macammana ye nak jadikan masakan kita tu sesedap-sedapnya?
Mak Ngah : Senang je, jom pergi dapur mak ngah tunjuk bahan2 penyedap..

Selepas dengar taklimat Mak Ngah yang penuh dengan teori orang dulu2, 1 kertas penuh berjaya disalin semua tips2.. Seronok makcik kami melihat kami bersungguh2 mendengarnya.. Bila senang, kami datang lagi ye Mak Ngah.. Trima kasih..

Lepas ni boleh la mengasah lagi skill2 yang telah ada.. hihi

Kepada sahabat2 semua, sambil2 belajar untuk kerjaya.. Bila tiba waktu cuti, sama2 lah kita rebut masa terluang.. Belajar masakan baru ke, menjahit ke, dan macam2 lagi yang akan memudahkan kita pada masa akan datang.. (^_^)

Friday, April 17, 2009

A diagnosis

Bismillah ar-rahman ar-rahim..

A diagnosis has been made
I knew it
But i just dont like it

No matter how i refused
It is still there

How much i scared
And how much i have to suffer
I need to be strong

It is just for while
It has already came
And it also has to leave

Soon, as you recover
Get well soon..


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

"Tiada dikira Mukmin yang sempurna keimanannya, orang yang tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah (bala)"
(Riwayat al-Tabrani)

Sunday, April 12, 2009

Persediaan untuk Tahun 3

bismillah ar-rahman ar-rahim..

assalamu'alaik...

Tahniah buat rakan-rakan yang berjaya dalam peperiksaan sem 4 yang lepas..
Dan kepada rakan-rakan yang masih perlu berjuang untuk ulangan, kuatkan semangat dan semoga berjaya semuanya.. (^_^)

Saya ingin berkongsi apa yang telah saya bincangkan dengan DR Ashikin baru-baru ini..

Bagi meneruskan pengajian dalam Tahun 3 di HUKM, saya telah meminta cadangan dan pandangan DR tentang apakah persediaan yang perlu diambil oleh bakal-bakal pelajar tahun 3 ini untuk terus cemerlang dalam tahun klinikal yang dikatakan amat mencabar..

DR menasihatkan para pelajar apabila telah masuk ke tahun 3, perlu sentiasa rajin untuk berjumpa dengan pesakit.. Katanya, lebih ramai pesakit yang anda jumpa, lebih banyak pengalaman yang akan anda temui dan lebih tinggi peratusan untuk anda lulus..

DR tidak berapa setuju dengan para pelajar yang lebih fokus untuk membaca kesemua topik yang telah dipelajari semasa di tahun 1 dan 2.. Tetapi beliau mengingatkan saya dan rakan-rakan untuk membaca topik yang berkaitan dengan pesakit yang anda jumpa pada hari tersebut dengan pembacaan yang lebih mendalam dan lengkap..

DR juga sarankan buku PE O'Connor sangat bagus untuk membantu para pelajar mahir dalam mendiagnosis pesakit.. Jadi, lepas ini kena habiskan 1 buku.. (^_^)

Dan seperti yang rakan-rakan juga mungkin telah tahu, kita perlu kuasai ' clinical features', 'investigations', dan 'holistic managements' dari sekarang..

Akhir sekali, DR masih menegaskan.. Hargai masa yang anda ada untuk berjumpa dengan ramai pesakit dan kaji tentang pesakit tersebut.. Ia sangat membantu anda apabila berjumpa dengan kes yang sama pada masa akan datang.. Dalam peperiksaan juga merangkumi kes-kes yang anda biasa jumpa..Jangan terpengaruh dengan pandangan negatif tentang berjumpa pesakit ye.. Ingat~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails