Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Monday, January 26, 2009

Mukhayyam Khoriji 2009

bismillah ar-rahman ar-rahim..

mukhayyam = perkhemahan
khoriji = luar
mukhayyam khoriji = perkhemahan luar

Wahai Allah yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.. Segala puji hanya bagiMu.. Aku bersyukur dikurniakan nikmat ini.. Nikmat bertambahnya rantaian silah ar-rahim, nikmat bertambahnya ilmuku tentang islam, nikmat bertambahnya sinar iman.. Subhanallah..

Mukhayyam ini yang dihiasi dengan slot ceramah2 ringkas, aktiviti luar yang mencabar kekuatan jasad,aktiviti dalam kumpulan yang menguji akal dan hati, qiyam al-lail, makan bil-jama'ah, dan pelbagai aktiviti lain yang banyak manfaatnya..
Aku sedar ada cinta yang mengalir dalam lubuk hati.. Cinta pada Illahi.. Sungguh, aku benar terharu akanNya.. Umpama gembiranya seorang mu'alaf yang dikurniakan Allah nikmat Islam dan iman.. Begitulah aku yang mula mengenali diri, yang mula menghargai kelebihan yang Allah titipkan dalam jasad dan ruhku.. Alhamdulillahi kathira..

Dalam mukhayyam ini aku pelajari banyak perkara baru dan ada yang kembali mengingatkan aku tentangnya.. Antara topik yang dibincangkan dalam ceramah termasuklah

* taat
* thiqah
* stamina iman
* rintangan dalam berdakwah
* musuh-musuh Islam

insyaAllah, aku akan cuba huraikan isi-isi topik di atas dalam post seterusnya..
***
Sewaktu petang, aku dihidangkan dengan aktiviti luar.. Antaranya

* Laluan berhalangan
* Team building
* Stress management
* Jungle tracking (aktiviti ini aku tidak turut serta memandangkan kudrat yang x mengizinkan)
Stress management ini antara program yang aku cukup tertarik akannya.. Suatu misi berciri explorace dengan bertemakan dunia Palestin.. 5 check point yang disediakan mempunyai keistimewaannya..

1) Merejam zionis
2) Melalui lorong Gaza
3) Mencari sumber air bersih
4) Ground zero
5) Rumah pasir (aku kurang pasti akannya kerna waktu itu kami kesuntukan masa)


seorang kanak2 cuba untuk memecahkan plastik itu

Ketika merejam zionis, aku disuruh untuk merejam batu pada bungkusan air berlambang star zionis yang digantung pada tali.. Jarak untuk merejam lebih kurang 4 meter dan membukit.. Baru aku rasai bagaimana hamasah(semangat) seorang pelontar batu di Palestin.. Hanya ada jihad dalam hati.. Allahu akbar..

Kemudian aku disuruh melalui lorong yang sempit hanya muat untuk seorang manusia melaluinya.. Jarak lorong itu yang tidak lebih dari 4 meter sudah menguji keupayaanku.. Bagaimanakah saudaraku yang benar-benar ada di dalam lorong Gaza? Ya Allah, rahmatilah saudara2ku di Palestin..
***

Seterusnya, aktiviti dalam kumpulan.. Di sini lah berlakunya pertautan hati.. Ukhuwah yang terjalin dilandaskan hanya mencari redha Allah.. Wajah mereka masih segar dalam ingatan.. Ukhti Aisyah, Ukhti Jannah, Ukhti Ummu, Ukhti Azira, Husna, Atiqah, Nuri dan Shuhada (Sue).. Akhawati sekalian, salam ukhuwah fillah..! Hati kita akan tetap terikat dalam silah ar-rahim walau jasad kita saling jauh.. Teringat akan kata-kata ukhti Suriana yang menceritakan saat perpisahannya dengan seorang sahabat, sahabatnya memujuk ukhti Suriana agar tidak bersedih..

" Janganlah bersedih, kita pasti akan bertemu semula andai kita masih lagi di jalan ini.."

Begitu teguh hati sahabat ini kerna keyakinannya pada Allah.. Mungkin mereka tidak akan berjumpa semula di dunia ini, tetapi andai mereka kekal di jalan Allah dengan bersungguh mencari redha-Nya.. InsyaAllah, mereka pasti bertemu semula di syurga.. Amin.. Begitulah indahnya cinta sebuah persahabatan andai disulami cinta pada Rabb, punca segala cinta..

InsyaAllah, masih banyak yang ingin dikongsi pada post seterusnya.. Moga Allah permudahkan segalanya..

Kepada akhawat yang tidak dapat hadir, nantikan perkongsian kami2 ini di dalam usrah akan datang ye.. Buat ukhti2 dan organisasi yang terlibat dalam menjayakan mukhayyam khoriji 2009 ini.. Jazakumullah bi khairan jaza..
Utamanya.. Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Tanpa didikMu Allah, tanpa nikmat-Mu Arrahman.. Mustahil bagiku menjadi benih yang bakal tumbuh menjadi pohon lantas buahannya yang terhasil dari itu ranum lagi memberi manfaat pada yang memakannya.. insyaAllah..


( dari kanan Ukhti Wana,Roqaiyah,Rashidah, Rahmah,
Ukhti Husna, Masita,Ukhti Aniza, Izzanis, Zatel dan Ukhti Ana)
Akhawat dari UKM..



Friday, January 23, 2009

mengapa begitu?

Bismillah..
Assalamu'alaik...

Kalimah agung itu seringkali terlontar dari lidah yang berkata-kata..

" Ya Allah...."

" Astaghfirullah..."

" Subhanallah.."

Tetapi jika diamati akan alunannya.. Ada nada gelak ketawa yang menjadi ekorannya.. Kalimah agung ini umpama suatu kata penyedap bicara tika ingin bersenda.. Jika diputar-putarkan waktu, fikir-fikirlah pasti ada perlakuan ini di sekeliling kita.. seolah kalimah agung ini hilangnya suci tiada erti..

Tetapi andai kita menggunakannya dengan betul pada tempatnya, pasti ada berkatnya di situ.. Hadirkan hati ketika menuturkannya..

" Astaghfirullah.." kata ini disebut apabila kita terlanjur bergelak ketawa.. Tetapi jarang sekali mata ini melihat kelibat yang menyebutnya itu dipenuhi dengan hati yang sesal.. tetapi ia hanya seperti trend gurauan masyarakat Islam kini..

Sepatutnya, jika kalimah " Astaghfirullah.." itu disebut.. Hendaklah ia juga dilintaskan pada hati..
Dengan hati pun turut sama berbisik.."Ampunkan kami ya Allah.."
Itulah IMAN..

Begitulah juga dengan kalimah agung " Ya Allah.."
Masih ada kelibat yang mengucapkannya dengan nada berseloroh..
Tiadakah rasa segan apabila nama Allah s.w.t. itu diseru dengan rasa tidak hormat dan merendah diri..
Bagaimanakah yang sepatutnya Allah s.w.t. memandang hambaNya yang sebegitu?

Jadi..Wajarkah ianya menjadi intipati gurauan.. Fikir-fikirkanlah..

" Assalamu'alaikum..." seringkali pasti ada sahaja sebutannya tidak tepat.. Di dalam majlis ilmu, di tempat-tempat mesyuarat.. Bukankah kalimah ini adalah " Salam sejahtera ke atas kamu.." ?
Doa ini seharusnya disebut bersama hati.. Supaya impaknya terhasil.. Ianya bukanlah suatu adat atau protokol dalam sesuatu majlis.. Tetapi ia adalah suatu keikhlasan yang dihadiahkan dalam bersilaturrahim..

Wallahu'alam..

Wednesday, January 21, 2009

Modul ketiga..

bismillah..

assalamu'alaik..

FAKULTI PERUBATAN UKM, KL


di sini lah aku berterusan menjejakkan kaki demi meraih segunung ilmu, sebukit kemahiran, selampiran pengesahan khidmat.. untuk menjadi seorang ahli baru dalam dunia perubatan.. yang bakal menabur benih budi pada yang memerlukan..

hampir 2 tahun aku di sini.. hanya menunggu detik masa berakhirnya sesi maya di KL, seterusnya menempuhi alam baru, dunia realiti perubatan...PPUKM (Pusat Perubatan UKM).. insyaAllah..

Akhir tahun kedua ini juga dikenali sebagai akhir semester ke-4.. saat inilah kami sering dihujani ilmu yang padat.. pasti ada yang tidak tahu,fakulti ini menggunakan sistem modul.. dan setiap semester ada 4 modul semuanya.. modul ni lebih kurang sama maksudnya dengan suatu "bab utama"..

kini, kami telah pun berada dalam modul ke-3 untuk semester ke-4. Kali ini merupakan modul sains neuro.. ia merangkumi pengetahuan tentang anatomi sistem saraf termasuklah otak manusia.. jadi kami diperkenalkan tentang bagaimanakah keadaan struktur otak yang kemudiannya bersambung dengan saraf tunjang yang terdapat pada tulang belakang manusia.. disamping itu, kami juga perlu tahu akan saraf2 yang keluar dari saraf tunjang yang disalurkan pada otot2 manusia..itulah dunia kami.. beramah mesra dengan struktur badan manusia serta organ2 nya..bukan sahaja perlu menguasai ilmu anatomi ( struktur), tetapi kami turut diterangkan bagaimana sistem ini berfungsi.. memang menguji kesabaran..

walaupun penuh dengan cabaran, ada nikmat disebaliknya.. dari situ lah kami terbuka mata akan betapa lemahnya kami di sisi Allah s.w.t.. pelajaran yang berharga ini mampu mendekatkan kami pada Yang Maha Mencipta.. bayangkanlah kami ini hanya belajar tentang manusia sudah terasa akan kompleksnya.. bagaimana pula dengan makhluk2 lain yang Allah sahaja yang tahu betapa banyak makhluknya di muka bumi..? Subhanallah.. Itulah Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.. Tidak mungkin akan ada manusia yang dapat menandingi-Nya..

ada yang berpendapat, dunia perubatan ini amat payah.. perlu banyak masa untuk membaca.. kena menghafal.. jadi mereka tidak mahu mengambil risiko dengan melibatkan diri..

ketika aku membuat keputusan ini dahulu.. ada juga yang memandang rendah.. Mampukah aku? Sanggupkah aku mengorbankan hidup demi orang lain?

Ya, aku sanggup..itulah jawapanku..

Aku berpegang pada kata-kata Allah..


" La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.. " (Al-Baqarah:286)

~Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..~

Jadi, itulah yang menjadi asasku untuk terus gagah meneruskan matlamat.. Kerna, aku yakin, inilah yang Allah telah aturkan bersesuaian dengan kesanggupanku.. kerana semua proses untukku ke arah ini telah dipermudahkan olehNya.. Moga benarlah jayanya.. InsyaAllah..!

Wahai Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Permudahkanlah..

wassalam 'alaik..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails