assalamu'alaik..
FAKULTI PERUBATAN UKM, KL
di sini lah aku berterusan menjejakkan kaki demi meraih segunung ilmu, sebukit kemahiran, selampiran pengesahan khidmat.. untuk menjadi seorang ahli baru dalam dunia perubatan.. yang bakal menabur benih budi pada yang memerlukan..
hampir 2 tahun aku di sini.. hanya menunggu detik masa berakhirnya sesi maya di KL, seterusnya menempuhi alam baru, dunia realiti perubatan...PPUKM (Pusat Perubatan UKM).. insyaAllah..
Akhir tahun kedua ini juga dikenali sebagai akhir semester ke-4.. saat inilah kami sering dihujani ilmu yang padat.. pasti ada yang tidak tahu,fakulti ini menggunakan sistem modul.. dan setiap semester ada 4 modul semuanya.. modul ni lebih kurang sama maksudnya dengan suatu "bab utama"..
kini, kami telah pun berada dalam modul ke-3 untuk semester ke-4. Kali ini merupakan modul sains neuro.. ia merangkumi pengetahuan tentang anatomi sistem saraf termasuklah otak manusia.. jadi kami diperkenalkan tentang bagaimanakah keadaan struktur otak yang kemudiannya bersambung dengan saraf tunjang yang terdapat pada tulang belakang manusia.. disamping itu, kami juga perlu tahu akan saraf2 yang keluar dari saraf tunjang yang disalurkan pada otot2 manusia..itulah dunia kami.. beramah mesra dengan struktur badan manusia serta organ2 nya..bukan sahaja perlu menguasai ilmu anatomi ( struktur), tetapi kami turut diterangkan bagaimana sistem ini berfungsi.. memang menguji kesabaran..
walaupun penuh dengan cabaran, ada nikmat disebaliknya.. dari situ lah kami terbuka mata akan betapa lemahnya kami di sisi Allah s.w.t.. pelajaran yang berharga ini mampu mendekatkan kami pada Yang Maha Mencipta.. bayangkanlah kami ini hanya belajar tentang manusia sudah terasa akan kompleksnya.. bagaimana pula dengan makhluk2 lain yang Allah sahaja yang tahu betapa banyak makhluknya di muka bumi..? Subhanallah.. Itulah Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.. Tidak mungkin akan ada manusia yang dapat menandingi-Nya..
ada yang berpendapat, dunia perubatan ini amat payah.. perlu banyak masa untuk membaca.. kena menghafal.. jadi mereka tidak mahu mengambil risiko dengan melibatkan diri..
ketika aku membuat keputusan ini dahulu.. ada juga yang memandang rendah.. Mampukah aku? Sanggupkah aku mengorbankan hidup demi orang lain?
Ya, aku sanggup..itulah jawapanku..
Aku berpegang pada kata-kata Allah..
" La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.. " (Al-Baqarah:286)
~Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..~
Jadi, itulah yang menjadi asasku untuk terus gagah meneruskan matlamat.. Kerna, aku yakin, inilah yang Allah telah aturkan bersesuaian dengan kesanggupanku.. kerana semua proses untukku ke arah ini telah dipermudahkan olehNya.. Moga benarlah jayanya.. InsyaAllah..!
Wahai Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Permudahkanlah..
wassalam 'alaik..
1 comment:
seorang yang optimis dan berpendirian.
GooD!
stadi molek.. nanti masuk ppukm..
Post a Comment