Adakah cintaNya masih milikku?

Adakah cintaku masih untuk-Nya?
Pertanyaan hebat bukan?
Ya,
tanyalah dalam hatimu..
Wahai hati,
Di mana letaknya mahkota cinta Agung itu?
Masih bersinarkah cahayanya?
Makin berserikah indahnya?
Hati tidak akan menipu..
Pasti!
Kerana hati itu merasa..
Hati itu menikmati..
Hati adalah indicator penting..
Ia sangat sensitif akan level cintamu padaNya..
Sedang mekar..
Atau..
Sedang pudar dek kebatilan..
Jadi,
Yang mana?
Mekar?
Alhamdulillah..
Teruskan usahamu membajai benih2 ketaqwaan..
Menabur cinta pada yang Esa..
Pudar?
Beristighfarlah..
Gara-gara kecuaian dirimu,
Yang di dalam hati itu merana..
Rehatkan diri sebentar,
berdiam diri..
tanyalah hati..
Adakah hati kamu sihat beberapa waktu ini..
Cinta pada-Nya menghidupkan hati..
Jika sebaliknya,
ia kan mula berpenyakit..
Sedih, lemah, tidak tenteram, berfikiran negatif..
Pasti ada yang tak kena kamu rasai!
Berhentilah membiarkan hati kamu tidak sihat..
Kamu dalam kerugian..
Mulakan langkah baru..
Jika kamu pernah merasai nikmat menabur cinta pada-Nya,
kembalilah pada kesukaanmu itu..
Jika kamu mungkin tidak tahu bagaimana nikmat sedemikian,
sekaranglah ayuh belajar menikmatinya..
Sibukkan diri berusaha melakukan kesukaan-Nya..
Menilai adakah dirimu sedang bahagia BERCINTA*..
" Dengan mengingati Allah, hatikan menjadi tenang.. "
" Dengan berkhidmat diri kerana Allah, hatikan menjadi riang.."

No comments:
Post a Comment