Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Monday, December 21, 2009

Sudah ku bilang..



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..



Sudah ku bilang
ROKOK itu tidak baik..

Tidak baik buat dirimu..
Tidak baik buat diriku..
Tidak baik juga buat orang lain..

Berhentilah menyakiti diri sendiri..
Berhentilah menyukarkan orang lain..






Kamu tidak tahu..
Sekali kamu menghidu asap ROKOK..
Kamu sedang mengganggu peparumu..
Peparu yang kamu bebankan selalu..
Giat bekerja untuk kamu kekal bernafas..
Kamu seperti kacang lupakan kulit!

Kamu yang egois..
Sungguh tegar kamu tak mahu henti..
Masih mahu meROKOK..
barangkali percaya ia membuatmu tampak 'macho'..

Lihat..
Kamu yang sungguh angkuh..
Akibatnya,
Peparumu sudah tenat!
Kini tak mampu bekerja sekuat dulu..
Kamu termengah-mengah..
Terbatuk-batuk..
Terpaksa terlantar menahat sakit..

Nah..
Bahananya telah menghinggapimu..
Bila umurmu telah menginjak tua..
Kamu mula mengeluh..

" Daripada sakit begini baikku mati!"

Kamu yang angkuh tika muda..
Akhirnya mengalah di usia tua..
Tidak tahan sakit..
Tidak gemar sesak nafas..
Lagi-lagi bila kamu dapati..
Usiamu bakal berakhir..






Berhentilah..
Dari menyakiti dirimu sendiri..

Gantilah masa ROKOKmu..
Jadi masa kamu bajai dengan amal..

* * *

Hadith Rasullulah s.a.w. :

"Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam"

(Abu Hurairah r.a.)

p/s : Info tentang hukum ROKOK



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails