Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Wednesday, January 27, 2010

Saudaramu

Bismillah..

Saudaramu



Sesama Islam adalah bersaudara..
Kamu setuju?

Saudaramu..
Adalah,
Sahabatmu..

Masih setuju?

Jika tidak,
bagaimana kamu bersaudara jika kamu tidak bersahabat?

Adakah kamu berlapang dada menganggapnya saudara?
Dan juga seorang sahabat/kawan?

Pernahkah dirimu teringat,

Mungkin jua kamu pernah mempengaruhi sahabatmu yang lain
agar tidak menyukai sahabatmu itu..

Atas dasar marah,
kamu mahu sahabat2mu
turut marah pada seorang lagi sahabatmu itu..

Atau kamu tidak pernah mengakuinya sahabat..

rakan-rakan bilik sebelahmu yang Islam..
mereka saudaramu..

rakan-rakan seIslam di tempat belajar..
mereka jua adalah saudaramu..

pensyarah2mu yang Islam..
mereka jua saudaramu..

pesakit/pengguna/tetamu/pelanggan beragama Islam..
mereka pun adalah saudaramu..

pemilik/pekerja/pelayan restoran seIslam..
mereka saudaramu jua..

bagaimana adabmu bersaudara..?
bagaimana hormatmu pada mereka?

contohnya..
bagaimana sikapmu pada seorang Indonesia Muslim?

kamu mungkin pernah pandang hina..
kamu mungkin pernah merendahkannya..

ingatlah..
dalam dunia ini seluruh isinya..
tidak kira bangsa..
tidak kira rupa..
tidak kira cara hidup dan tabiat..
selagi kamu dan mereka berkongsi syahadah yang sama..
taat pada yang Esa..

mereka dan kamu adalah saudara Islam..

sekurang mana dirinya darimu..

jika
kamu mengasihinya..
kamu mulia..

kamu membenci dan menzahirkannya..
apakah mulia masih milikmu?

beristighfar lah..
Atas keterlanjuran sikap kita bersaudara..

Capailah,
Mulia di sisi Allah lebih tinggi nilainya..


Rasulullah s.a.w. bersabda :

" Kalian jangan saling menghasut, saling menawar harga satu barang dengan menaikkan harganya bukan membelinya, saling membenci, dan menjual jualan orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang Muslim itu adalah saudara orang Muslim lainnya. Ia tidak boleh menzalimi , menghina, dan merendahkannya. Ketakwaan ada di sini. (Baginda bersabda sambil menunjuk ke dada baginda hingga tiga kali). Seseorang cukup dikatakan melakukan tindak kejahatan jika ia menghina saudaranya sesama Muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap orang Muslim itu haram dinodai orang Muslim lainnya.



(Diriwayatkan Muslim)

Monday, January 18, 2010

kemaafan..

salam 'alaik sahabat2..

maafkan ana jika terlalu lama menyepikan blog ini..

insyaAllah..

bila masanya tiba..

akan kembali menuturkan kata-kata..

di lembaran gardens of words ini ye..

jaga diri semua..

doakan ana dan sahabat2 yang bakal berjuang di medan pertempuran ilmu..

moga kami dipermudahkan segala urusan persediaan fizikal, spiritual dan mental..

insyaAllah..

kejayaan bersama2 kami..

salam ukhuwah fillah..

Tuesday, December 29, 2009

Mukhayyam Khoriji 2

Alhamdulillah..
^^,

1 lagi aktiviti bermanfaat yang dilakukan bersama sahabat2..

kami pergi ke kem sekali lagi.. fasa 2..

3 hari 2 malam..

insyaAllah..

akan dikongsikan manfaatnya bersama..

* * *

jumaat :

tiba di lokasi kem awal pagi..
pendaftaran..
break the ice..
temui ahli kumpulan..
lagi..
ukhuwah baru bakal terjalin..
^^,

seterusnya..
talk pertama..

" Iman Membangkitkan Kekuatan Terpendam.."

^ manusia itu sama sahaja JASMANInya..
tetapi mereka berbeza kerana JIWAnya..
Orang yg berjaya adalah..
JIWA nya yang KUAT..
AKAL nya yang CERDAS..
TEKAD yang TEGUH..
dan,
keMAHUan yang CEKAL..^

kita jarang melihat kekuatan dalam diri..
benar kan?

" Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan? "
(Az-Zariyat : 20-21)

seandainya diri kita ini..
yakin akan kekuatan dan kelebihan yang dikurniakanNya..
mempunyai IMAN..

yang sentiasa dipelihara..
sering digilap sinarkan..

insyaAllah..

kita pasti mampu menjadi seorang Muslim..
yang mulia akhlaknya..
yang dikagumi peribadinya..
yang berjaya dalam kerjayanya..
yang diredhai Allah dalam urusan2nya..

kerna..

berbekalkan IMAN..
iaitu keyakinan terhadap 6 perkara.. (rukun Iman)
ia berkuasa mendorong kita..
pada keMAHUan mencipta cita2 tinggi..
mencapai tujuan AGUNG..

Memiliki cinta dari Ilahi..



p/s : to be continued..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails