Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Friday, August 14, 2009

Tangis

Dengan nama Allah,
Yang Maha Mendengar,
Lagi Maha Mengetahui...

Ya Allah..
Ia kedengaran lagi..
Murmur yang datang dari jantung..
Cukup2 menyengat kalbu..

Walaupun,
Bagi mereka tiada kerisauan..
Tapi yang memiliki..
Bukankah gusar bertamu di hati?

Fikiran yang dikurniakan Illahi..
Mampu berlayar sejauh2 nya..
Jika engkau mampu melihat hari esok..
Tetapi akalku mampu melihat lebih jauh dari esok..

Apakah yang ditakutkan wahai diri?
Takut jantungmu tenat?

Tidak..
Bukankah itu suatu nikmat dari Tuhan?
Kesakitan umpama penawar kelalaian..

Jadi, apa yang dirisaukan lagi?

Aku risau..
Jika jantungku penat lalu berhenti..
Aku tidak sanggup..

Tiada yang perlu dirisau,
Dunia serba maju..
Engkau bakal peroleh jantung baru..!

Tidak,
Bukan itu yang aku risau..

Jadi?

Jika ia benar2 terhenti..
Aku bakal mati..

Engkau takut mati wahai diri?
Dunia terlalu indah untuk dilambai pergi?

Tidak!
Aku tidak takut berpisah dengan dunia..
Tetapi..
Aku bakal bertemu Illahi..

Baguslah,
Akhirnya hasratmu akan termakbul..

Mudah-mudahan..

Tetapi..
Aku terlalu hina untuk kembali..

Bertaubatlah!
Rahmat Allah sentiasa..
Bersama mereka yang bertaubat..



Sunday, August 9, 2009

Making Confession..

In the name of Allah, The Most Merciful..

Fragile..

You can't barely get into trouble,

When you are in the middle of guilt,

You difficult to survive,

Its haunting the rest of breathe,

Gasping for relieve,

But, still..

Difficult.


There must be a way

Where U, fragile..

Try not to be a fragile..

Overcome the fears..

Climb up the mountain of confidence..

Clearing your mind of those thoughts..

You will be fine..

No more guilt and miserable..

Monday, August 3, 2009

Masih bisa memijak daratan..

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Syukur dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan alam semesta..

Hari minggu ini ana dan keluarga bercuti di Port Dickson.. Atas permintaan nenek yang teringin untuk ke pantai..

Di sana, kami menginap di sebuah resort.. Kali ini, pertama kali 6 keluarga bersama-sama pergi bercuti..

Semuanya amat sempurna.. Kami sangat gembira bermain di pantai.. Atuk dan nenek turut bermain bersama kami.. Senyuman bahagia terbit pada wajah2 yang berada di situ..

Kemudian, nenek bercadang untuk mengajak keluarga ana menaiki banana boat.. Tahukah apa itu banana boat? Anda akan menaiki pelampung seperti pisang dan ditarik oleh motor boat menyusuri lautan..

Kami setuju, dengan syarat tidak mahu dijatuhkan ketika berada di atas banana boat itu.. Kerana atuk dan nenek ada, ana cukup risau..

8 orang mula menaiki pelampung itu.. Atuk, nenek, mama, kakak, kawan kakak (kak aini), ana dan 2 orang adik.. Selepas mengambil gambar.. perjalanan pun bermula...

Kedengaran suara penumpang yang gembira bergerak di atas lautan.. Namun, cuma untuk seketika..

Apabila sampai di tengah lautan.. 200m dari pantai.. pelampung yang kami naiki terbalik.. Ana tenggelam.. Separuh sedar di bawah permukaan laut.. Pemegang yang ana pegang dilepaskan.. Kembali terapung di permukaan..

Nenek sudah panik.. Mama pun sama2 panik.. Semuanya terapung di permukaan laut.. Ana lihat sekeliling, syukur semuanya ada.. Cepat-cepat ana capai mama.. Waktu itu ana sedar, ana bertindak luar dari biasa.. Lebih tegas dan bengis mungkin..

Pemandu motor boat ana arah menyelamatkan nenek dahulu.. sementara kami menunggu giliran.. terapung.. dan terus terapung..

Ana akui, ana memang takut berada di tengah laut.. Fobia itu memang ada.. Inikan pula terapung dan tidak tahu apa yang menanti di dasar lautan? Cukup ana gentar.. Tapi, ana cuba untuk tenang dan redha pada Allah.. Biarlah apa yang bakal berlaku walau maut sekalipun.. Ana lihat langit.. Kebiruan yang menenangkan.. Ana sempat tersenyum..

10 minit berlalu.. Masih lagi terapung.. Ana bersama mama dan kak aini.. Adik bongsu pula bersama atuk.. Kakak dan adik ketiga bersama berdua.. Makin lama kakak makin menjauh.. Dari 1 meter.. sehinggalah 10 meter.. Dan pemandu boat dan seorang penyelamat masih lagi belum selesai menaikkan nenek ke atas boat..

Setelah itu.. Baru motor boat mula bergerak ke arah 6 orang kami.. Atuk dan adik bongsu lebih dekat dari pantai berbanding ana yang berada di tengah2 dan kakak yang lebih jauh dari pantai.. Ana terdengar suara pemandu boat mahu mengambil ana, mama dan kak aini dahulu.. Waktu itu ana terpaksa memarahi 2 orang di atas boat itu..

Sementara ingin menyelamatkan kami nanti, ana khuatir akak dan adik mungkin terlalu jauh.. Jadi, ana arah mereka untuk mengambil kakak dan adik dahulu..

Syukur alhamdulillah.. Hampir 30 minit kemudian.. Semuanya selamat menaiki banana boat semula.. Kali ini, kami perlu bersabar jika kami bakal jatuh sekali lagi sebelum sampai ke pantai..

Boat yang dipandu perlahan itu tiba di pantai tanpa ada sebarang kemalangan.. Lega..

Kini, fobia itu menghalang ana untuk berada di tengah laut untuk sekali lagi..

Segala puji bagi Allah... Banyak pengajaran yang dapat kami peroleh sepanjang minggu ini..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails