Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Wednesday, July 15, 2009

The End Of O&G posting

Bismillah Ar-Rahman Ar-rahim..

Wahai yang Maha Mengetahui akan isi hati..

Sudah tentunya terlalu banyak ucapan yang lahir sentiasa Engkau (Allah) perhati..

Jika nafsu yang berkata-kata..

" Sungguh letih ! Mahu cepat-cepat selesai.."

Jika akal yang berkata-kata..

"Akhirnya dah nak habis, selamat tak perlu berfikir.."

Jika hati yang berkata-kata..

" Sedihnya mahu tinggalkan posting ini.."

Jika ilmu yang berkata-kata..

" Masih belum puas lagi ni.. terlalu banyak lagi input yang perlu dipelajari.."

Banyakkan ngomelan seorang manusia, ya Allah ?

Ya, manusia memang suka mengomel tentang hidupnya..

Jarang sekali jumpa yang tersenyum samada dalam musibah mahupun mendapat kemudahan..

Tetapi jika ada, alangkah mulianya manusia itu kan?

Jadi.. Tidak perlu mengomel wahai diri.. Teruskan usahamu menyelesaikan posting ini dengan baik..

Seterusnya meletakkan azam dan semangat yang tinggi untuk posting seterusnya..

InsyaAllah... (^^,)

Wednesday, July 8, 2009

Ke mana hala tuju mu?

Bismillah Ar-rahman Ar-rahim...

Salam'alaikum... semoga sentiasa dirahmati Allah..

Kali ini ana ingin brainstorm sahabat2 sekalian.. Tentang apakah hala tuju anda dalam hidup?

Ke mana arah yang akan dituju dan sebab2 nya..?

Atau mungkin anda juga masih tercari2 mengapa aku di sini?

Atau mungkin juga anda tertanya2 apakah aku sudah ada matlamat untuk dicapai?

mari sama2 kita cari jawapan objektif hala tuju yang telah kita rancang..

Atau mungkin ada yang masih belum tahu hala tujunya?

mari kita sama2 cari sebuah hala tuju yang penuh makna...

(^^,)

para sahabat dialukan berkongsi pendapat...

Wednesday, July 1, 2009

Fastaqim..

Alunan suara Imam Said Al-Ghamidi yang merdu kedengaran lagi..

Suara kegemaran yang mampu menarik para hati..

Bait-bait ayat Al-Quran yang dialun terasa tenang pabila menyusupi kamar kalbu..

Inilah penawar ketika diri mula dijangkiti malas dan kurang tegas..

Bagaimana agaknya kalian menilai tahap iman?

Ana juga masih berfikir.. Penilaiannya adalah subjektif.. Bergantung pada tiap individu..

Tetapi yang ana jelas adalah tahap istiqamah ana dalam setiap urusan yang dilakukan.. Atau bahasa melayu nya "konsisten".. Yang paling utama menjadi alat petunjuk di manakah tahap iman ana dalam sehari-harian..

Selagi istiqamah, selagi itulah iman masih dalam kawalan.. Dan apabila tiba2 mula ada gap2, atau miss perkara konsisten yang seharusnya dilakukan.. Itu adalah tanda2 iman mula ingin turun.. Tindakan perlu diambil supaya tidak terus berlarutan..

Istiqamah adalah suatu kebiasaan.. Jika kita sudah biasa membaca Al-Quran contohnya setiap kali lepas maghrib, kemudian ada suatu hari kita rasa ingin menangguhkan rutin itu.. Berjaga-jagalah.. Sebenarnya iman kita sedang diuji.. Sama ada untuk terus konsisten atau mula berdolak dalik dengan rutin yang telah diaturkan.. Dan akhirnya ia refleks kepada iman yang ada dalam diri..

Jadi, bertindak awal ketika tanda2 malas atau tangguh mula timbul..

Pilihlah suatu agenda yang boleh membangkitkan insaf dalam diri seterusnya mendorong kalian ingin terus istiqamah melakukan rutin harian(ibadah)... Mendengar ayat2 suci Al-Quran seperti yang dilakukan ana juga memang berkesan..

Selamat menjaga istiqamah dan iman buat diri dan para sahabat.. (^^,)

" Ya Allah, aku berlindung padaMu dari sifat sedih dan gelisah,
dan aku berlindung padaMu dari sifat LEMAH dan MALAS,
dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut dan bakhil,
dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan.."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails