Philosophy


" Change the way you design your world.. "

The Pearl of Heart

~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~

Tuesday, June 30, 2009

Mahu Teka? 2

Bismillah..

Salam'alaikum buat semua..

Maaf kerana lama menunggu jawapan teka teki yang diadakan sebelum ini :

"Ia selalu dekat dengan kita
Ia amat mengenali kita
Dan adalah yang paling lama bersama kita
Apakah ia ? "

Buat yang telah mencuba untuk menjawab teka teki ini.. Sebenarnya jawapan anda bergantung kepada apa yang anda kerap fikirkan ataupun sesuatu yang mempengaruhi fikiran anda..

Pada saat ana mewujudkan teka2 ini, fikiran ana sedang dilayarkan kepada ibu ana yang berada di rumah..

Jadi jika soalan ini diajukan kepada ana, jawabnya adalah :

Ibuku selalu dekat denganku
Ibuku amat mengenaliku
Dan dialah yang paling lama bersama sepanjang usiaku..

Tika itu, ana baru mendapat kesedaran bahawa ibu ana adalah yang terbaik.. Memang sebelum ini pun begitu, namun kali ini lebih2 lagi.. Dulu mungkin ana agak tertutup dengan ibu kerana ana lah yang paling gemar berdikari dan bersendiri.. Tetapi kini, sudah tiada segan di antara kami.. Hingga mampu menangis bersama.. Syukur pada Allah..

Kadangkala, sebagai seorang anak.. Kita lebih gemar melakukan sesuatu yang kita sukai.. Dan apabila kita dilarang, pasti ada sahaja protesnya..

Tetapi, apabila kita cuba untuk menoleh ke belakang dan menghayati mengapa ibu kita melarang dan tidak menyokong kita.. Baru kita nampak kesungguhan si ibu kerana tahu sikap dan kekurangan anaknya.. Andai dia tidak bersuara, nanti kesal pula berpanjangan..

Oleh itu,
Ana menyarankan kepada sahabat2 yang mungkin baru2 ini ada berdalih dengan si ibu.. Jangan segan untuk toleh ke belakang dan memandang wajah ibu.. Dan fikirkan mengapa si ibu melarang atau tidak bersetuju dengan anda..

Ibu hanya seorang, dari ia kita dilahirkan.. Dan dari ia kita berteduh kasih..

Buat ibuku,
Ketahuilah anakmu ini amat menghargai pengorbanan dan kasih sayangmu..
Semoga dirimu sentiasa dirahmati Allah selamanya..



Thursday, June 25, 2009

Planning

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

The end of posting is just nearby

Feeling awake
and
trying to plan

Need a better strategy

Being a competent medical learner
in 2 weeks time

No more adequate rest
No more adequate consumes

Prepare for being assessed
Failure or survivor

Today's plans for tomorrow success

Sunday, June 21, 2009

monolog 1

tiba-tiba

rasa kurang tenteram

apa nak buat agaknya

serba tak kena

angin apakah yang menimpa diri?

adakah saya dijangkiti..

kurang minat?

kurang semangat?

atau kurang sehat?

yang manakah?

masih keliru..

Perlu pesan pada diri...

" Dan janganlah kamu bersikap lemah,
dan jangan pula bersedih hati,
padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya)
jika kamu orang beriman.. "

(Al-'Imran:139)


insyaAllah!

kuatkan semangat..

tambahkan minat..

maintainkan sehat..

ayuh~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails