bismillah ar-rahman ar-rahim...
Ya Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
Hari penting bagi ku dan sahabat-sahabatku semakin menghampiri..
Permudahkanlah urusan kami dalam mempersiapkan diri, rohani dan minda kami..
Kurniakanlah kami kejayaan dalam apa yang kami usahakan..
Berkatilah segala kesungguhan kami dan halalkanlah ilmu-Mu menjadi kegunaan kami...
Perkenankanlah..
* Semoga berjaya sahabat2 dalam peperiksaan akhir semester 2 sesi 2008/2009.. (^_^)
Philosophy
The Pearl of Heart
~ Lives with a heart full of trust to Allah,
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~
not by living for wealth,
not by living for beauty,
and not by living for complements~
Monday, February 23, 2009
Wednesday, February 18, 2009
Al - Iman
"Iman seseorang boleh jadi usang dan lusuh seperti usang dan lusuhnya
sehelai pakaian. Maka hendaklah kamu memohon ke hadrat Allah
supaya memperbaharui iman yang ada dalam hatimu.. "
(Hadith riwayat Tabrani dan Hakim)

Apabila hati seorang manusia mula mengakui Allah adalah tuhannya, kemudian lidahnya pun mula melafazkannya, diikuti jasadnya pun mula menzahirkannya..
Maka berimanlah dia kepada satu-satunya Rabb, iaitu Allah yang Maha Agung..
Apabila ia beriman dengan tenang, khusyuk dan bersungguh-sungguh..
Maka ia akan merasa betapa manisnya iman yang ada dalam hati..
Dan orang di sekelilingnya juga akan merasa manisnya iman yang terzahir pada lidah dan jasadnya..
* * *
Suasana di tepi surau mulai sunyi..
Seorang gadis tersenyum.. Gembira.. Matanya melirik ke wajah sahabatnya yang sedang makan sebahagian makanannya..
Betul kata Rasulullah s.a.w..
"Makanan untuk seorang mencukupi untuk 2 orang dan makanan untuk 2 orang mencukupi untuk 4 orang dan makanan untuk 4 orang mencukupi untuk 8 orang. "
(HR. Bukhari dan Muslim)
Walaupun ia baru memakan suapan pertamanya, ia berlapang dada mengajak sahabatnya berkongsi rezekinya.. Gembiranya ia tadi adalah kerana ia sedar, ia mulai mengutamakan orang lain.. terutama sahabat-sahabatnya.. Perutnya yang tadi menagih simpati sudah mulai kenyang puas walau tidak terus terisi.. Tiada langsung resah akan kerugian.. Inikah kemanisan iman? Manis.. memang manis.. Indahnya iman, dipauti pula kasih sayang sesama sahabat..

Azan berkumandang.. Tibalah waktunya setiap yang muslim menunaikan solatnya.. Masih ada kelibat yang sibuk menyiapkan kerja..
Apabila seorang muslim mula mencintai Allah dan Rasulnya..
Ia akan menzahirkan cintanya dengan mendahulukan Allah dan Rasul dalam setiap urusan hidupnya..
Apabila ia mula mencintai sesama manusia kerana Allah..
Suasana tenang di perpustakaan.. Angin sejuk yang keluar dari puncanya menghembus lembut seluruh isi bangunan..
Azan berkumandang.. Tibalah waktunya setiap yang muslim menunaikan solatnya.. Masih ada kelibat yang sibuk menyiapkan kerja..
Seorang penuntut kelihatan sedang duduk sambil merenung skrin.. Keyboard laptopnya masih ditekan-tekan.. Barangkali begitu penting tugasnya sehingga tidak sanggup untuk berhenti.. Jemarinya masih terus menari gigih..
5 minit berlalu..
Tiba-tiba ia pun berhenti.. "Astaghfirullah.. Mana menghilangnya imanku?" Ia pun bergegas ke surau.. Menunaikan amanah Rabbnya.. Ia muhasabah diri.. Teringat ia akan suatu peringatan..
"Kerjakanlah urusan dunia seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan

kerjakanlah urusan akhirat seolah kamu akan mati keesokan harinya.. "
Ia perlu sedar, kerja untuk dunia masih boleh ditangguh.. Tetapi kerja untuk akhirat, jangan pernah berani ditangguh.. Ditakdirkan ajalnya tiba, bagaimana ia harus berhadapan dengan Rabbnya?
Akalnya berterusan berfikir hingga ia duduk semula ditempat ia menyelesaikan tugasnya tadi.. Ia dapat suatu tekad, jangan hanya setiap perkara yang besar sahaja ia mendahulukan Allah dan Rasulnya , perkara yang kecil dan ringkas juga perlu ia titik beratkan.. Ia menggelengkan kepala.. Masih jauh lagi untuk ia merasai manisnya iman.. Adakah ia akan berputus asa? Tidak dan tidak...
Ia perlu sedar, kerja untuk dunia masih boleh ditangguh.. Tetapi kerja untuk akhirat, jangan pernah berani ditangguh.. Ditakdirkan ajalnya tiba, bagaimana ia harus berhadapan dengan Rabbnya?
Akalnya berterusan berfikir hingga ia duduk semula ditempat ia menyelesaikan tugasnya tadi.. Ia dapat suatu tekad, jangan hanya setiap perkara yang besar sahaja ia mendahulukan Allah dan Rasulnya , perkara yang kecil dan ringkas juga perlu ia titik beratkan.. Ia menggelengkan kepala.. Masih jauh lagi untuk ia merasai manisnya iman.. Adakah ia akan berputus asa? Tidak dan tidak...
* * *
Apabila seorang muslim mula mencintai Allah dan Rasulnya..
Ia akan menzahirkan cintanya dengan mendahulukan Allah dan Rasul dalam setiap urusan hidupnya..
Apabila ia mula mencintai sesama manusia kerana Allah..
Ia akan terbiasa melakukan kebaikan kepada mereka..
Dan apabila ia membenci untuk mengulangi kejahilan yang pernah ia lakukan..

Ia akan cuba sedaya upaya untuk menghindarinya..
Sesungguhnya, apabila salah satunya telah berjaya menapak dalam peribadinya..

Ia telah pun tiba di pulau kemanisan Iman...
Tetapi, ia perlu tegar berdiri agar ombak kelalaian tidak lagi membawanya pergi jauh dari pulau impian..
Dan ia perlu bina benteng-benteng Taat agar ia mampu berpaut tatkala dilanda ribut dugaan dunia..

Monday, February 9, 2009
Gemersik hati
Bismillah Ar-rahman Ar-rahim..
::
Hembusan lembut angin Subuh beralun pergi..
Mutiara yang terbit di pinggir mata cepat2 diseka..
Bait-bait doa mulai singgah di kamar kata..
" اللهم إنى أعوذبك من الهم والحزن "
"Allah, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari perasaan sedih dan gelisah.."
Redhalah hati akan ketentuan Rabb..
Yang mengaturkan dugaan buat hambaNya..
Yang menguji betapa kuatkah keimanan seorang hamba pada Rabb yang Maha Berkuasa..
Kali ini ada ujian baru buat hati, yang benar2 bakal menyentap tenang jiwanya.. Ia benar2 kesal akan ketidaksempurnaan ia melunaskan suatu hak yang menjadi tanggungjawabnya..
Bagaimana harus ia hadapi? Berdiam diri dan hanya tangisan jiwanya menyulam hari atau ia perlu keluar dari kota Gelisah dan menawan kota Damai berbekalkan kekuatan bala tentera Redha?
Terikatnya ia dengan urusan dunia membuatkan ia kadangkala goyah. Bukan kerana kelalaian, tetapi kerana pasti ada sahaja kurangnya tiap apa yang ia usahakan. Urusan dunia yang menjadikannya goyah bukanlah sang hiburan, tetapi apabila ia harus melunaskan hak-hak hidupan yang ada di sekelilingnya. Kegagalan yang hadir menebuk dinding kesabarannya.
TANGGUNGJAWAB SEORANG MUSLIM
1) Allah
2) Rasul
3) Keluarga
4) Sahabat
5) Tarbiyah Diri
6) Kerjaya
7) Lain2
Hak-hak inilah yang menjadikan ia gusar berpanjangan. Dinding-dinding sabarnya hampir roboh. Wajarkah ketidaksempurnaan itu dibiarkan terus menaungi kota Gelisahnya atau ia perlu serang balas dengan senjata Sabarnya berserta jentera-jentera Azam Baik Pulih?
Firman Allah s.w.t. :
" Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah.. "
(Al- A'raaf : 128)
Maka, seharusnya ia tahu bahawa ia punyai Rabb tempatnya meluahkan segala payah dan tempatnya memohon segala pertolongan..
Kerna sesiapa yang sentiasa merasakan Allah sentiasa bersamanya, ia akan sanggup menghadapi segala kesulitan dan bersabar dengan tiap penderitaan.
Ia sedar, mutiara jernih tadi tidak lagi ingin menunjukkan diri..
Ada ukiran senyum pada wajahnya..
Tahulah ia, tiap waktunya bukanlah dalam keseorangan..
Tegarlah hatinya membuka lembaran baru, mencari wasilah paling utuh baginya menunaikan hak yang belum tertunai..
::
Wahai Allah yang Maha Bijaksana, ajarkanlah kami menjadi insan yang menyenangi hati-hati insan yang kami terikat dengannya hanya keranaMu..

Subscribe to:
Posts (Atom)